AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

Maklumat Tabung

Nama Tabung
AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
(AS 1Malaysia)
Jenis
Pendapatan.
Kategori
Ekuiti.
Tarikh Pelancaran
5 Ogos 2009.
Pengurus Pelaburan
Permodalan Nasional Berhad.
Objektif
Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
Pelabur Sasaran
- Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
- Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
- Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.
Kelayakan
Warganegara.
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah
berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur
bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18
tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak
mestilah warganegara.

Maklumat Urusniaga

Harga Seunit
RM 1.00.
Bentuk Pelaburan
- Buku Pelaburan.
- Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Pelaburan Permulaan Minimum
Buku Pelaburan - 100 unit.
Pelaburan Tambahan Minimum
- Buku Pelaburan - 1 unit.
- KWSP - RM1,000.
Pelaburan Maksimum
Tiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS 1Malaysia.
Saiz Tabung
14.0 bilion unit.
Caj Jualan
Tiada. Walaubagaimanapun, Pengurus mempunyai budibicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut.
Caj Jualan Balik
Tiada.
Pembayaran Jualan Balik
Serta-merta.
Tempoh Bertenang
Tiada.
Tahun Kewangan Berakhir
30 September.
Penutupan Akaun dan Kelayakan
bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi Tabung

Tahun Berakhir 30 September 2012 2013 2014
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.60 6.70 6.60

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham 1Malaysia yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah

Kembali
Ke Atas