SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Maklumat Tabung

Nama Tabung
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
Jenis
Pendapatan.
Kategori
Ekuiti.
Tarikh Pelancaran
2 Januari 1990.
Pengurus Pelaburan
Permodalan Nasional Berhad.
Objektif
Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
Kelayakan
Bumiputera.
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
- Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah
berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur
bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18
tahun ke bawah).

Maklumat Urusniaga

Harga Seunit
RM 1.00.
Bentuk Pelaburan
- Buku Pelaburan.
- Sijil.
Pelaburan Permulaan Minimum
Buku Pelaburan- 10 unit.
Pelaburan Tambahan Minimum
- Buku Pelaburan - 1 unit.
- Sijil - Gandaan 1,000 unit.
Pelaburan Maksimum
- Akaun Dewasa - 200,000 unit.
- Akaun Remaja* - 50,000 unit.

* Remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan Remaja berkenaan telah mencapai umur dua belas (12) tahun dan permohonan untuk menjual semula unit tidak boleh melebihi dua ratus (200) unit Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh satu (1) minggu. Unit Akaun Remaja akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa setelah Remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti.
Saiz Tabung
Tiada Had.
Caj Jualan
Tiada.
Caj Jualan Balik
Tiada.
Pembayaran Jualan Balik
Serta-merta.
Tempoh Bertenang
Tiada.
Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember.
Penutupan Akaun dan Kelayakan
bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi Tabung

Tahun Berakhir 31 Disember 2012 2013 2014
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 7.75 7.70 7.50
Bonus Seunit (Sen) 1.15 1.00 1.00

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Skim Amanah Saham Bumiputera yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah

Kembali
Ke Atas