AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2
 

Maklumat Tabung

Nama Tabung
AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2)
Jenis
Pendapatan.
Kategori
Aset Campuran.
Tarikh Pelancaran
2 April 2014.
Pengurus Pelaburan
Permodalan Nasional Berhad.
Objektif
Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran.
Pelabur Sasaran
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang berikut:
- Memahami risiko dan pulangan pelaburan.
- Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk menjana pulangan
tahunan yang lebih baik daripada kadar
pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia
(Malaysia Government Securities, MGS)
5-Tahun.
Kelayakan
Bumiputera.
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
- Akaun Bijak (ibubapa atau penjaga sah
berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur
bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18
tahun ke bawah).

Maklumat Urusniaga

Harga Seunit
RM 1.00.
Bentuk Pelaburan
- Buku Pelaburan.
- Sijil.
Pelaburan Permulaan Minimum
- Buku Pelaburan- 10 unit.
- Sijil – 1,000 unit.
Pelaburan Tambahan Minimum
- Buku Pelaburan - 10 unit.
- Sijil - Gandaan 1,000 unit.
Pelaburan Maksimum
- Akaun Dewasa - 200,000 unit.
- Akaun Bijak* - 50,000 unit.

* Walau bagaimanapun, had pelaburan maksimum di dalam tempoh tawaran awal atau dalam mana-mana tempoh yang lain mungkin berubah dari semasa ke semasa, tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurus. Pengurus juga berhak untuk membenarkan pelaburan maksimum melebihi had pelaburan maksimum yang ditetapkan, di mana unit ini diwarisi daripada pemegang unit yang telah meninggal dunia atau kerana pelaburan semula pengagihan pendapatan.
Saiz Tabung
10.0 bilion unit.
Caj Jualan
Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada jumlah yang dilaburkan.
Caj Jualan Balik
Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan balik buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan balik sehingga 1% daripada jumlah yang dikeluarkan.
Pembayaran Jualan Balik
Berdasarkan kepada Garis Panduan Tabung Unit Amanah, pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan jualan balik. Walau bagaimanapun, Pengurus akan berusaha untuk membuat pembayaran serta-merta.
Tempoh Bertenang
Tiada.
Tahun Kewangan Berakhir
31 Mac.
Penutupan Akaun dan Kelayakan
bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung unit amanah ASB 2, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus ASB 2.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi Tabung

Tahun Berakhir 31 Mac 2015
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (Sen) 7.50
Kadar Pengagihan Pendapatan Khas Seunit (sen) 0.25

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham Bumiputera 2 yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah

Kembali
Ke Atas