AMANAH SAHAM DIDIK

Maklumat Tabung

Nama Tabung
AMANAH SAHAM DIDIK (ASD)
Jenis
Pertumbuhan.
Kategori
Ekuiti.
Tarikh Pelancaran
20 April 2001.
Pengurus Pelaburan
Permodalan Nasional Berhad.
Objektif
Untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.
Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mengharapkan pertumbuhan modal bagi jangka masa panjang dari pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada), sebagai persediaan keperluan kewangan bagi tujuan perbelanjaan pendidikan pelabur dan ahli keluarga pada masa hadapan.
Kelayakan
Bumiputera.
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah
berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur
bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18
tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak
mestilah bumiputera.

Maklumat Urusniaga

Harga Seunit
RM 1.00.
Bentuk Pelaburan
- Buku Pelaburan.
- Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Pelaburan Permulaan Minimum
Buku Pelaburan - 100 unit.
Pelaburan Tambahan Minimum
- Buku Pelaburan - 1 unit.
- KWSP - RM1,000.
Pelaburan Maksimum
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung
5.742 billion unit.
Caj Jualan
Tiada.
Caj Jualan Balik
Tiada.
Pembayaran Jualan Balik
Serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang
Tiada.
Tahun Kewangan Berakhir
30 Jun.
Penutupan Akaun dan Kelayakan
bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi Tabung

Tahun Berakhir 30 Jun 2012 2013 2014
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.60 6.80 6.60

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham Didik yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah

Kembali
Ke Atas