SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

Maklumat Tabung

Nama Tabung
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis
Pertumbuhan.
Kategori
Ekuiti.
Tarikh Pelancaran
20 April 1981.
Pengurus Pelaburan
Permodalan Nasional Berhad.
Objektif
Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.
Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang.
Kelayakan
Bumiputera.
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
- Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah
berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur
bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18
tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak
mestilah warganegara.

Maklumat Urusniaga

Harga Seunit
Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan
- Buku Pelaburan.
- Sijil.
Pelaburan Permulaan Minimum
Buku Pelaburan - 10 unit.
Pelaburan Tambahan Minimum
- Buku Pelaburan - 1 unit.
- Sijil - Gandaan 1,000 unit.
Pelaburan Maksimum
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Caj Jualan
5% dari NAB seunit.
Caj Jualan Balik
Tiada.
Pembayaran Jualan Balik
Serta-merta.
Tempoh Bertenang
Tiada.
Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember.
Penutupan Akaun dan Kelayakan
bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi Tabung

Tahun Berakhir 31 Disember 2012 2013 2014
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.30 6.45 6.45
Jumlah Pulangan (%) 11.45 11.36 -5.11
NAB Seunit Tertinggi (RM) 0.9046 0.9391 0.8977
NAB Seunit Terendah (RM) 0.8127 0.8225 0.7981

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham Nasional yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah

Kembali
Ke Atas