Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah ASN, ASN 2, ASN 3, ASG-Pendidikan, ASG- Kesihatan, ASG-Persaraan, ASB, ASW 2020, ASM dan ASD.
ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. Selama lebih 25 tahun bertapak dalam industri ini, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengurusan unit amanah utama di negara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran.
Kami adalah organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia.






