GANTIAN / PEMBAHARUAN CEK
Pemohon
Pemegang Unit atau Penjaga Berdaftar atau Waris
Borang Dan Dokumen Diperlukan
- Borang Tuntutan Cek Gantian
- Kad Pengenalan pemohon - asal dan salinan
- Cek - asal dan salinan (bagi kes cek tamat tempoh/maklumat di cek salah)
- Yuran Pemprosesan (Sila rujuk Senarai Caj Perkhidmatan)
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.
Nota :-
- ASNB hanya akan mengeluarkan cek gantian bagi permohonan yang masih belum diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. ("Pendaftar")
- Jika serahan telah dilaksanakan kepada Pendaftar, ASNB hanya mengeluarkan surat Pengesahan dan Borang UMA 7.
- Pemegang Unit perlu menghantar terus surat pengesahan dari ASNB (asal) borang UMA 7 (asal) yang telah lengkap diisi, salinan kad pengenalan/ passport, dan salinan buku bank/ penyata bank yang masih aktif. Bagi permohonan Harta Pusaka, dokumen tambahan iaitu, Surat Mentadbir Harta Pusaka (Probet/ Surat Pusaka Kecil/ Arahan Mahkamah/ Surat kuasa dari Amanah Raya Berhad perlu disertakan.






