TUNTUTAN HARTA PUSAKA
PELABURAN SIMATI RM 10,000 DAN KURANG
PELABURAN SIMATI MELEBIHI RM10,000
REMAJA MENINGGAL DUNIA
PENJAGA BERDAFTAR MENINGGAL DUNIA
...................................................................................................................................................................................
TUNTUTAN HARTA PUSAKA – JUMLAH KESELURUHAN PELABURAN SIMATI RM10, 000 DAN KURANG
Pemohon
Waris simati (Anak/Suami/Isteri/Ibu/Bapa/Adik-Beradik/Datuk/Nenek)
Borang Dan Dokumen Diperlukan
- Borang Tuntutan Baki Unit Pelaburan ( T1 )
- Sijil Kematian atau Permit Menguburkan asal dan salinan
- Kad Pengenalan Waris asal dan salinan
- Buku dan Sijil Pelaburan Asal Simati (jika ada)
- Dokumen pengesahan hubungan waris dengan simati - asal dan salinan.
Contoh:- - Sijil Nikah/Sijil Lahir Anak (jika suami/isteri) atau
- Sijil Lahir (jika anak/adik-beradik/datuk/nenek) atau
- Kad Pesara Kerajaan (jika suami/isteri) atau
- Dokumen Rasmi dari JPN bagi kehilangan sijil lahir (semua agama) dan sijil nikah (bukan beragama Islam) atau
- Dokumen Rasmi dari Pejabat Agama Islam bagi kehilangan sijil nikah (beragama Islam) atau
- Dokumen Rasmi dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi pengesahan pertalian atau
- Dokumen Rasmi dari Mahkamah Anak Negeri Sabah bagi kehilangan sijil nikah
Sekiranya tiada waris dan dokumen seperti di atas, sila sertakan dokumen berikut (asal dan salinan):-
- Sijil Pembahagian Faraid atau Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Syariah atau
- Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Sivil atau
- Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil dari Pejabat Tanah atau
- Surat Akuan dan Arahan dari Amanah Raya Berhad atau
- Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Anak Negeri Sabah atau
- Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Anak Negeri Sarawak
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.






