Versi Bahasa
 

PERMOHONAN KELAYAKAN MENYERTAI UNIT AMANAH BAGI DIKATEGORIKAN SEBAGAI SEORANG BUMIPUTERA ATAU GOLONGAN MINORITI

 

Sekiranya anda ingin menyertai unit amanah ASNB dan anda ingin menyemak syarat-syarat kelayakan bagi kategori berikut:-

  1. Siam (Kumpulan Minoriti)
  2. Portugis (Kumpulan Minoriti)
  3. Campuran Sabah
  4. Campuran Sarawak
  5. Kelahiran Luar Negara
  6. Mualaf/ Warganegara Malaysia beragama Islam tetapi Bukan Bumiputera (Kumpulan Minoriti)

A. Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan & Sijil Lahir/Borang W/Sijil Warganegara Pemohon ATAU “Print-Out” MyKad/MyKid yang menyatakan keturunan pemohon.

B. Dokumen Tambahan Yang Diperlukan

1. Campuran Sabah/Labuan/Sarawak Sahaja
Surat pengesahan dari Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (PHEANS) / Mahkamah Anak Negeri Labuan / Sijil Anak Negeri from Mahkamah Bumiputera Residen Sarawak perlu dikemukakan

MATRIK KELAYAKAN UNTUK MELABUR BAGI PEMOHON NEGERI SABAH

 
BAPA
   
Peribumi
Sino
Bukan Peribumi
Ibu
Peribumi
Layak
Layak
Layak
Sino
Layak
Layak
Layak
Bukan Peribumi
Layak
Layak
Layak + surat PHEANS

 

 

 

PHEANS = Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah

2. Mualaf
Sijil Memeluk Islam/Sijil Nikah pemohon sekiranya tidak dinyatakan maklumat agama di dalam MyKad.

Peringatan
Dokumen-dokumen hendaklah disahkan dari salinan asal oleh Ketua Kampung, Penghulu, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau pegawai ASNB.

Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.