PENUKARAN PENJAGA BERDAFTAR
...................................................................................................................................................................................
B. PENJAGA BERDAFTAR LAMA MENINGGAL DUNIA
i. BAKI PELABURAN RM10,000 ATAU KURANG BAGI PEGANGAN TERKUMPUL DI DALAM SEMUA UNIT AMANAH ASNB
Pemohon
Penjaga Berdaftar Baru
Borang Dan Dokumen Diperlukan
- Borang Tuntutan Baki Unit Pelaburan (T1) dengan melekatkan setem hasil RM10.00 dan mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah
- Borang Penukaran Penjaga Berdaftar (BS 10)
- Sijil Kematian atau Permit Menguburkan Penjaga Berdaftar Lama asal dan salinan
- Kad Pengenalan Penjaga Berdaftar Baru asal dan salinan
- Kad Pengenalan dan/atau Sijil Lahir Remaja/Kanak-kanak asal dan salinan
- Dokumen pengesahan hubungan Penjaga Berdaftar Baru dengan Remaja/Kanak-kanak - asal dan salinan. Contoh:- Sijil Lahir
- Buku Pelaburan Akaun Remaja/Bijak (jika ada)
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.
ii. BAKI PELABURAN MELEBIHI RM10,000 BAGI PEGANGAN TERKUMPUL DI DALAM SEMUA UNIT AMANAH ASNB
Pemohon
Penjaga Berdaftar Baru atau Pentadbir yang dilantik melalui Surat Kuasa Mentadbir
Borang Dan Dokumen Diperlukan
- Borang Penukaran Penjaga Berdaftar (BS 10)
- Borang Tuntutan Baki Unit Pelaburan (T1)
- Salah satu (1) dokumen berikut:
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Mahkamah Tinggi Sabah/Mahkamah Anak Negeri Sabah/Mahkamah Rendah Syariah Sabah/Mahkamah Tinggi Sarawak/Mahkamah Anak Negeri Sarawak
- Surat Akuan dan Arahan Amanah Raya Berhad
- Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil Pejabat Tanah & Daerah - asal dan salinan
- Sijil Kematian atau Permit Menguburkan Penjaga Berdaftar Lama - asal dan salinan
- Kad Pengenalan Penjaga Berdaftar Baru asal dan salinan
- Kad Pengenalan dan/atau Sijil Lahir Remaja/Kanak-kanak asal dan salinan
- Buku Pelaburan Akaun Remaja/Bijak (jika ada)
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.






