...................................................................................................................................................................................
SKIM PELABURAN AHLI KWSP
Pemohon
Pemegang Unit berdaftar yang berumur 18 tahun ke atas (Akaun Dewasa) dan belum mencapai umur 55 tahun serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Borang Dan Dokumen Diperlukan
- Borang Pelaburan Tambahan (ASNB 21)
- Borang Permohonan Pengeluaran Pelaburan Ahli – KWSP 9N (AHL)
- Penyata Akaun KWSP terkini
- Kad Pengenalan asal dan salinan (muka depan dan belakang di helaian kertas yang sama bersaiz A4 beserta cap ibu jari kiri dan kanan di bahagian bawah salinan kad pengenalan)
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.
Nota:
Permohonan adalah tertakluk kepada:-
(i) Pelaburan dalam tabung unit amanah yang dibenarkan sahaja
(ii) Telah mendaftar di dalam unit amanah tersebut
(iii) Masih terdapat baki unit yang boleh dibeli.
(iv) Memenuhi syarat-syarat pelaburan yang ditetapkan oleh KWSP
EPF Smart Kiosk kini terdapat di UG Balai PNB, Jalan Tun Razak bagi memudahkan Ahli KWSP mencetak penyata dengan segera.






