PENUKARAN BENTUK PELABURAN
...................................................................................................................................................................................
A. Penukaran Bentuk Buku Ke Sijil
Pemohon
Pemegang Unit Skim ASB, ASW 2020 dan ASN sahaja.
Borang Dan Dokumen Diperlukan
- Borang Penukaran Bentuk Buku ke Sijil (BS2)
- Buku Pelaburan
- Kad Pengenalan
- Yuran Pemprosesan (Sila rujuk senarai Caj Perkhidmatan).
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB atau Ejen ASNB.
Nota:-
- Sijil akan dikeluarkan serta-merta jika permohonan diproses di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB.
- Sijil akan dihantar melalui pos mengikut alamat pemegang unit dalam rekod ASNB jika permohonan diproses di Ejen ASNB.






