KEHILANGAN BUKU PELABURAN UNIT AMANAH ASNB
| S1 | Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya kehilangan buku pelaburan? |
|---|---|
Anda perlu mengambil tindakan seperti berikut
Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Buku pelaburan baru akan dikeluarkan serta-merta oleh Ibu Pejabat ASNB atau Pejabat-pejabat ASNB. Walau bagaimanapun, sekiranya baki pelaburan anda melebihi 5,000 unit; anda hanya boleh membuat urusniaga (jualan balik/simpanan) selepas 10 hari bekerja dari tarikh buku gantian anda dikeluarkan. |
|
|
|
| S2 | Setelah membuat laporan kehilangan buku, saya telah menjumpai semula buku berkenaan. Apakah yang harus saya lakukan? |
Proses pelepasan dari status pembekuan akan dilakukan oleh Ibu Pejabat ASNB setelah menerima dokumen lengkap dari Pejabat ASNB Negeri atau ejen-ejen ASNB. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Buku tersebut boleh digunakan setelah pelepasan dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya buku gantian telah dikeluarkan; buku asal tersebut telah dibatalkan dan tidak lagi boleh digunakan. |






