1. Apakah perbezaan antara Portal myASNB dan Aplikasi myASNB?

Portal myASNB dan Aplikasi myASNB merupakan dua kemudahan yang disediakan ASNB untuk membolehkan semua pemegang unit mempunyai akses untuk melabur dalam unit-unit amanah ASNB secara atas talian. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin menggunakan aplikasi myASNB, perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal myASNB untuk menetapkan Kata Pengguna dan Kata Laluan.

Pada masa ini, sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal myASNB belum lagi ditawarkan oleh Aplikasi myASNB seperti Auto Labur dan Pelaburan dalam Akaun Remaja oleh Penjaga Berdaftar.

Kedua-dua perkhidmatan ini akan diperkenalkan menerusi Aplikasi myASNB dalam sedikit masa lagi.

2. Menerusi Aplikasi myASNB, pemegang unit boleh :

  • Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma*;
  • Menyemak urusniaga terkini;

  • Nota : Caj perkhidmatan untuk Unit Amanah Harga Berubah Masih Dikenakan
  • Butiran pelaburan terperinci;
  • Membuka akaun baharu unit amanah ASNB

3. Berapakah jumlah minimum dan maksimum pelaburan tambahan yang boleh dilakukan menerusi Aplikasi myASNB?

Kategori Produk Unit Amanah ASNB Pelaburan Minimum Pelaburan Maksimum
Harga Tetap RM100 RM30,000 bagi setiap urusniaga
Harga Berubah RM150

4. Waktu berurus niaga menerusi Aplikasi myASNB

Kategori Produk ASNB Hari Waktu
Unit Amanah Harga Tetap Ahad – Jumaat 7.00 pagi – 6.00 petang
Unit Amanah Harga Berubah

*Nota : Ahad hingga Jumaat dan setiap Sabtu minggu ketiga, tidak termasuk cuti umum

5. Jika anda adalah pengguna portal myASNB, sila klik pautan berikut untuk capaian terus muat turun aplikasi myASNB.

Capaian ke Apple Appstore https://apple.co/2UrwweJ
Capaian ke Google Playstore http://bit.ly/myASNBapp

6. Saya ingin menggunakan Aplikasi myASNB, tetapi saya belum mendaftar di portal myASNB, apakah yang perlu saya lakukan?

Back To Top