PERUNTUKAN LANGGANAN AS 1MALAYSIA MENGIKUT KAUM DILANJUTKAN
28 Ogos 2009

 

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan bahawa tempoh peruntukan mengikut kaum bagi langganan AS 1Malaysia dilanjutkan sehingga 30 September, 2009.

Walaubagaimanapun, had pelaburan maksima bagi langganan unit-unit tersebut akan dimansuhkan mulai 4 September, 2009.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah Che Othman berkata keputusan untuk melanjutkan tempoh peruntukan kepada kumpulan etnik adalah untuk memberi peluang dan masa secukupnya kepada semua kaum untuk mengambil bahagian dalam tawaran dana amanah AS1Malaysia ini.

”Saya berharap para pelabur akan mengambil peluang untuk menyertai skim dana AS 1Malaysia ini dengan membuat pelaburan baru ataupun menambah pelaburan yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amanah Saham 1Malaysia ialah dana berharga tetap dengan saiz 10 billion unit yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 31 Julai 2009.

Semasa tempoh tawaran awal selama 30 hari yang bermula pada 5 Ogos 2009, had pelaburan maksima telah dikenakan sebanyak 50,000 unit bagi pelabur yang berumur 18 sehingga 55 tahun dan 100,000 unit bagi pelabur yang berumur melebihi 55 tahun .

Penyertaan untuk dana ini adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan peruntukan 50 peratus untuk kaum Bumiputera, 30 peratus untuk kaum Cina, 15 peratus untuk kaum India dan 5 peratus untuk kaum-kaum lain.

Tan Sri Hamad turut mengumumkan bahawa sehingga 25 Ogos 2009, lebih dari 2 bilion unit AS 1Malaysia telahpun dilanggan oleh 148,830 pelabur .

"Jumlah langganan dan bilangan pelabur yang diterima adalah seperti jangkaan bagi dana yang bersaiz besar seperti AS1M alaysia ini, ” kata nya.

AS 1Malaysia merupakan tabung unit amanah berharga tetap RM1 unit yang ke lima yang dilancarkan oleh PNB selepas ASB, ASM, ASD dan ASW 2020.

AS 1Malaysia merupakan tabung ekuiti pendapatan yang berharga tetap dengan ciri-ciri yang sama seperti ASM dan ASW 2020 , seperti kecairan yang tinggi, tidak dikenakan caj jualan dan juga transaksi pada harga tetap RM1 seunit. Dana ASM dan AS W 2020 telah menunjukkan prestasi cemerlang sejak dari pelancaran dengan rekod pengagihan pendapatan yang kompetitif melebihi instrumen tabungan lain di pasaran.

Perbandingan kadar pengagihan p endapatan ASW 2020 dan ASM
dengan deposit tetap dan tabungan

 

Untuk melanggan unit AS 1 Malaysia, pelabur boleh berurusan di Pejabat ASNB bermula 8 pagi hingga 4 petang dan Pos Malaysia mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Sementara urus niaga dengan ejen-ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank pula bermula jam 9.15 pagi hingga antara jam 4.00-4.30 petang bergantung kepada waktu urusniaga bank berkenaan.

Langganan unit-unit , AS 1Malaysia tidak dikenakan sebarang caj jualan.