Versi Bahasa
 

PENUKARAN BUTIR PERIBADI

Pemohon
Pemegang Unit atau Penjaga Berdaftar

Jenis Permohonan dan Dokumen Diperlukan :-

A. Pembetulan nombor kad pengenalan/nama pemegang unit

  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Sijil Lahir asal dan salinan (jika berkenaan)

B. Pembetulan nombor kad pengenalan/nama Penjaga Berdaftar

  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan

C. Penukaran nombor kad pengenalan pemegang unit/Penjaga Berdaftar

  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Sijil Lahir asal dan salinan (bagi penukaran nombor sijil lahir ke no kad pengenalan)
  • Salinan surat pengesahan majikan berhubung no. k/p awam dan no. k/p tentera/ polis (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan majikan berhubung no. k/p tentera/polis yang lama dan no. k/p tentera/polis yang baru (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan)

D. Penukaran nama pemegang unit/Penjaga Berdaftar

  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Sijil Lahir asal dan salinan (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan Jabatan Agama Islam (jika berkenaan)

E. Penukaran alamat pemegang unit

  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)

 

Tempat Memohon

  1. Permohonan penukaran alamat dan penukaran Nombor Kad Pengenalan Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar boleh dilakukan di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur, Pejabat ASNB serta Ejen-ejen ASNB.
  2. Permohonan pembetulan Nama dan/atau Nombor Kad Pengenalan Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar hanya diproses di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur sahaja.
  3. Permohonan Penukaran nama Pemegang Unit/ Penjaga Berdaftar hanya diproses di Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur sahaja.