Versi Bahasa
 

...................................................................................................................................................................................

JUALAN BALIK UNIT PELABURAN

Jenis Urus Niaga :-

i.        Melalui Buku Pelaburan
ii.       Melalui Sijil Pelaburan (Sijil berstatus normal)

Pemohon
Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar

Borang Dan Dokumen Diperlukan

  • Borang Jualan Balik  (ASNB 31)
  • Buku Pelaburan
  • Kad Pengenalan Pemegang Unit
  • Sijil Pelaburan (Sijil berstatus normal) jika jualan balik sijil pelaburan

Tempat Memohon

  1. Permohonan jualan balik melalui buku pelaburan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB Beroperasi Penuh atau Ejen ASNB di seluruh negara.
  2. Jualan balik sijil pelaburan hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur atau Pejabat ASNB Beroperasi Penuh sahaja.

Nota :-

  1. Pemegang Unit Remaja bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik sebanyak 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu
  1. Jualan balik bagi Akaun Remaja/Bijak ASW 2020, ASM, ASD dan ASG hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar sahaja.
  1. Jualan balik pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.