Versi Bahasa
 

...................................................................................................................................................................................

JUALAN BALIK BUKU PELABURAN / SIJIL PEMEGANG UNIT DI LUAR NEGARA PEMBAYARAN MELALUI “TELEGRAPHIC TRANSFER”

Pemohon
Pemegang Unit

Borang Dan Dokumen Diperlukan

  • Borang Jualan Balik (ASNB 31) ( Bagi Jualan Balik Sijil pastikan ruang Jualan Balik di bahagian belakang Sijil telah  lengkap ditandatangani dan cap ibujari kiri pemegang unit hendaklah sama seperti di buku pelaburan)
  • Buku Pelaburan /Sijil
  • Salinan Kad Pengenalan / Passport Antarabangsa yang belum tamat tempoh dan telah disahkan dari salinan asal.
  • Surat arahan yang menyatakan maklumat berikut :
           * Nombor akaun Pemegang Unit
           * Bank sort code/Swift code (bagi akaun bank luar negara)
           * Matawang yang dipilih
           * Nama dan alamat bank penerima
           * Nama Pemegang Unit seperti di akaun bank
Nota
  1. Pembayaran dibuat melalui ”Telegraphic Transfer” ke dalam akaun bank pemegang unit ( caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank akan ditolak dari jumlah wang yang dikeluarkan ).
  2. Sekiranya permohonan dibuat melalui wakil pemegang unit dan bukan melalui pos, pemegang unit perlu menyatakan di dalam surat arahan nama penuh dan nombor kad pengenalan wakil yang telah diberi kebenaran untuk menguruskan Jualan Balik tersebut.

Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur sahaja.