...................................................................................................................................................................................
PELEPASAN KAWALAN UNIT PELABURAN MENERUSI KWSP
Pemohon
Pemegang Unit atau sekiranya pemegang unit telah meninggal dunia, waris atau Pentadbir yang dilantik melalui Surat Kuasa Mentadbir boleh mengeluarkan caruman KWSP di bawah skim-skim berikut:-
- Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun
- Skim Pengeluaran Kematian
- Skim Pengeluaran Hilang Upaya
- Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen
Borang Dan Dokumen Diperlukan
Sila hubungi Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP / Call Management Centre di talian 03-8732 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my untuk pertanyaan lanjut i.e. dokumen yang perlu dibawa.
Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di di Ibu Pejabat KWSP dan Pejabat-Pejabat KWSP yang berhampiran.
Nota:-
(i)Bagi Skim Pengeluaran Kematian, Skim Pengeluaran Hilang Upaya dan Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen, unit-unit pelaburan menerusi KWSP akan dipindahkan ke buku pelaburan pemegang unit setelah ASNB menerima Surat Pelepasan Kawalan yang asal daripada KWSP.
(ii)Bagi Skim Pengeluaran Persaraan 55 tahun pula, ASNB tidak memerlukan surat pelepasan kawalan daripada KWSP. Unit-unit pelaburan menerusi KWSP akan dipindahkan ke buku pelaburan pemegang unit selepas ASNB mengesahkan bahawa pemegang unit telah mencapai usia 55 tahun.






