Versi Bahasa
 

SKIM POTONGAN GAJI

S1 Apakah yang dimaksudkan dengan kemudahan Skim Potongan Gaji (SPG)?

SPG merupakan satu kemudahan kepada pemegang unit ASB, ASW 2020* dan ASD* untuk menambah pelaburan setiap bulan secara berterusan tanpa perlu berurusan di kaunter.

  *  Tertakluk kepada unit yang ada dalam tabungan tersebut
 
S2 Siapakah yang layak untuk menyertai skim ini?

Kemudahan ini terbuka kepada semua kakitangan kerajaan dan swasta yang telah menjadi pemegang unit ASB/ ASW2020/ ASD. Potongan gaji minimum sebulan ialah sebanyak RM10.

   
S3 Bolehkah saya membuat potongan gaji untuk ahli keluarga?

Boleh, tetapi setiap ahli keluarga tersebut mestilah terlebih dahulu menjadi pemegang unit kepada ASB, ASW 2020 atau ASD. Potongan gaji minimum untuk setiap ahli keluarga adalah sebanyak RM10 sebulan.

   
S4 Adakah saya perlu membayar sebarang yuran untuk perkhidmatan ini?

Tidak.

   
S5 Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai skim SPG ini?

Pihak majikan perlu mendaftar terlebih dahulu dengan ASNB untuk menyertai skim ini. Anda dikehendaki berurusan terus dengan pihak majikan serta melengkapkan borang BS1F (1) untuk kakitangan swasta dan borang BS1G untuk kakitangan kerajaan.

Borang-borang tersebut boleh didapati di Pejabat ASNB.

Bagi kakitangan kerajaan, borang BS1G yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat ASNB untuk proses pengesahan dan pendaftaran dengan Angkatan Operasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).