Versi Bahasa
 

URUS NIAGA UNIT AMANAH ASNB

S1 Saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah ASNB. Apakah yang perlu saya lakukan?
 
 

Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) terkini bagi tabung-tabung terlibat, yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.

Naskah-naskah prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat ASNB dan Ejen ASNB. Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) juga boleh di muat turun melalui Laman Web ASNB.

   
S2 Di manakah saya boleh membuka akaun baru, menambah dan mengeluarkan pelaburan saya?
 

Anda boleh membuat urus niaga tersebut di Pejabat-Pejabat ASNB atau di Ejen-ejen ASNB iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

Tambahan pelaburan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnline dan RHBNow. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 
S3 Adakah saya dikenakan tempoh bertenang ("Cooling-off Period”) apabila saya membuat pelaburan?
 

Tidak ada. Anda boleh melakukan urus niaga pengeluaran pelaburan pada bila-bila masa di mana-mana Pejabat ASNB atau Ejen ASNB.

 
S4 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit antara unit amanah yang lain (“Switching Between Funds”) dan di mana ianya boleh dilakukan?
 

Boleh, tetapi ianya hanya terhad kepada unit-unit amanah berikut sahaja iaitu:

  • Antara tabung ASB dan ASN. Pindahan dari ASB ke ASN atau sebaliknya, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tiada had bilangan pindahan ditetapkan.
  • Antara tabung ASG (ASG Pendidikan, ASG Kesihatan dan ASG Persaraan). Pindahan unit antara tabung ASG hanya terhad kepada 4 kali sahaja di dalam setiap tahun kewangan.

Permohonan untuk pemindahan unit ini boleh dibuat di Pejabat ASNB atau Ejen ASNB yang terdekat dengan menggunakan borang khas yang ditetapkan.

   
S5 Di manakah saya boleh mengetahui harga Nilai Aset Bersih (NAB) unit-unit amanah ASNB?
 

Anda boleh mendapatkannya di akhbar-akhbar harian (seperti Berita Harian atau Utusan Malaysia atau The Star atau New Straits Times) atau di Pejabat ASNB atau di Ejen ASNB atau melalui Laman web ASNB atau telefon Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen di 03-2057 3000 / 2057 3111.

 
S6 Bagaimanakah harga Nilai Aset Bersih (NAB) bagi unit-unit amanah yang berharga berubah-ubah ditentukan?
 

NAB seunit ditentukan berdasarkan kepada harga silam ( ‘historical pricing’ ) dan dikira pada setiap penghujung hari perniagaan.

Penilaian semula NAB tabung akan dibuat pada setiap pertengahan hari urus niaga. Sekiranya berlaku perubahan (naik atau turun) ke atas NAB yang melebihi 5% daripada penilaian sebelumnya, harga jualan/belian pengurus bagi tabung unit amanah tersebut akan juga turut berubah. Masa penilaian semula pertengahan hari urusniaga adalah merujuk kepada masa waktu tutup tengahari pasaran saham.

 
S7 Bagaimanakah pengiraan Nilai Aset Bersih (NAB) seunit dilakukan?
 

Nilai Aset Bersih (NAB) seunit  dana dikira dengan membahagikan NAB Dana dengan unit dalam edaran, dan ianya digenapkan kepada empat titik perpuluhan. NAB seunit  ini akan dijadikan asas bagi pengiraan Harga Pengurus.

 
S8 Apakah kelebihan yang saya dapat jika saya membuat pelaburan di dalam unit-unit amanah ASNB?
 

Anda akan mendapat kelebihan-kelebihan seperti berikut :

  • Portfolio pelaburan yang dipelbagaikan membantu mengurangkan risiko pelaburan
  • Urusniaga serta-merta untuk belian dan jualan balik
  • Rangkaian ejen-ejen ASNB yang meluas di seluruh negara
  • Pengurusan yang profesional dan berpengalaman
  • Mampu dimiliki kerana tidak memerlukan modal yang besar
  • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustees Berhad, sebagai pemegang amanah
  • Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
 
S9 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit amanah ASNB ini?
 

Anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat ASNB yang berhampiran atau terus menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen di alamat dan nombor telefon yang berikut :

Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen
Amanah Saham Nasional Berhad
No 201-A, Tingkat UG, Balai PNB
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon   : 03-2057 3000 / 3111
Faks        : 03-2050 5220
Email       : asnbcare@pnb.com.my