SP360
spacer spacer
 
SEMINAR PELABURAN 360 HARI
SP1M logo
 
SP1M logo

Seminar Pelaburan 360 Hari, merupakan usaha ASNB untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai aspek-aspek perancangan kewangan. Usaha yang menyeluruh ini diadakan setiap hari, sepanjang tahun, meliputi 140 buah daerah di seluruh Malaysia.

Angka 360 memaparkan satu putaran lengkap 360 darjah. Seminar ini mengguna angka ini bagi menggambarkan pendidikan sepanjang hayat dan usaha ASNB untuk menukar persepsi serta sikap rakyat Malaysia daripada tiada kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan kepada individu yang berpengetahuan dan sedar akan kepentingan perancangan kewangan.

Melalui Seminar Pelaburan 360 Hari, ASNB menyediakan kemudahan perancangan kewangan untuk individu seawal umur 6 bulan sehinggalah ke umur persaraan.


shadow-separator
Statistik SP360
Nota: Untuk tahun 2017, data adalah sehingga 31 Julai 2017




 
Jumlah Seminar
6,445
 
Jumlah Peserta
626,263
 
Data: 1 Januari 2008 hingga 31 Julai 2017




Latar Belakang Seminar Pelaburan 360 Hari

Seminar Pelaburan 360 Hari merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNB untuk mendidik masyarakat umum tentang perancangan kewangan dan pelaburan dalam unit amanah ASNB, sebagai salah satu instrumen untuk merancang kewangan. Inisiatif ini bermula pada tahun 2003 dan pada mulanya ia dikenali sebagai “Seminar Perancangan Kewangan”. Bermula tahun 2008, seminar ini diadakan setiap hari dan namanya telah ditukar kepada Seminar Pelaburan 360 Hari.

Peserta seminar dikategorikan mengikut kumpulan sasar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian awam dan swasta/institusi pendidikan guru/maktab/pusat latihan, komuniti tidak bekerja, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Kategori lain ialah badan beruniform, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, persatuan/pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemegang unit ASNB.

Penceramah seminar pula terdiri daripada Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dan Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) dari ASNB. Manakala, modul yang digunakan bagi setiap seminar disesuaikan mengikut kumpulan sasar.


quotes-border


Objektif
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dikalangan masyarakat.
  • Memberi kesedaran dan kaedah untuk mengurus dan merancang kewangan secara komprehensif untuk mencapai matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.
  • Memberikan pendidikan berterusan kepada masyarakat tentang pentingnya perancangan kewangan untuk keperluan persaraan dan pendidikan anak-anak.
  • Menjadikan perancangan kewangan sebagai sebahagian cara hidup serta dapat mengekalkan gaya hidup yang selesa semasa persaraan.
  • Membantu masyarakat mencapai ketenangan fikiran dan kebebasan kewangan serta hidup sejahtera.
  • Memperkenalkan unit amanah ASNB sebagai instrumen pelaburan yang kompetitif bagi merangka pelan perancangan kewangan melalui aktiviti seminar SP360.

objective_words
 
quotes-border

Konsep SP360
  • Memberikan pendidikan perancangan kewangan setiap hari termasuk hari-hari perayaan utama.
  • Meliputi semua daerah di Malaysia.
  • Meliputi semua kaum di Malaysia.
  • Meliputi semua peringkat umur.
  • Meliputi semua lapisan masyarakat.
  • Meliputi semua latar belakang sosial.
  • Memberikan pendidikan perancangan kewangan yang mudah difahami, praktikal, menyeluruh dan kompherehensif.
  • Memberikan pendedahan berkaitan produk-produk ASNB sebagai instrumen pelaburan yang kompetitif bagi merangka pelan perancangan kewangan.


jadual_awam
jadual_setahun
 

Modul SP360*
Sekolah Menengah Golongan Muda Golongan Profesional Masyarakat Setempat
Pengenalan Modul 101 (A)
Asas Perancangan Kewangan
Modul 101 (B)
Asas Perancangan Kewangan
Modul 101 (C)
Asas Perancangan Kewangan
Modul 101 (D)
Asas Perancangan Kewangan
Pertengahan Modul 201 (A)
Kenali Asas Pelaburan

Modul 202 (A)
Membina Tabung Pendidikan

Modul 203 (A)
Asas Pengurusan Hutang & Pinjaman
Modul 201 (B)
Perancangan Pelaburan

Modul 202 (B)
Perancangan Cukai Pendapatan Individu

Modul 203 (B)
Perancangan Perlindungan Risiko
Modul 201 (C)
Perancangan Pelaburan

Modul 202 (C)
Perancangan Percukaian

Modul 203 (C)
Perancangan Perlindungan Risiko
Lanjutan Modul 301 (A)
Kenali Perlindungan Risiko, Percukaian & Harta Pusaka

Modul 302 (A)
Kitaran Hidup & Perancangan Kewangan
Modul 301 (B)
Perancangan Harta Pusaka

Modul 302 (B)
  1. Merancang Tabung Pendidikan
  2. Merancang Tabung Persaraan
Modul 301 (C)
Perancangan Harta Pusaka

Modul 302 (C)
Aplikasi Perancangan Kewangan
* Hak Cipta Terpelihara. Kandungan modul ini bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pembaca dan bukan sebagai pengganti nasihat perundangan atau pelaburan. Kandungan modul ini adalah dianggap tepat dan terkini pada tarikh ianya diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Ketelitian dan usaha sewajarnya telah diambil untuk memastikan bahawa maklumat dan data yang terkandung di dalam modul ini adalah tepat dan terkini pada tarikh ia diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. PNB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang maklumat di dalam modul ini yang tidak tepat atau tidak lengkap.
 



Sijil Kehadiran & Sijil Penuh



 



PENDAFTARAN
GALERI

 

Back To Top