PENDAFTARAN
     
  1. Pendaftaran Akaun
  2. Akaun Dewasa

    Pemohon Warganegara Malaysia - tertakluk pada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Pendaftaran Unit Amanah (ASNB P1/ASNB DF)
    • Kad Pengenalan
    • Wang Tunai (bersamaan/lebih dari nilai pelaburan permulaan bagi setiap tabung unit amanah)
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur, cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB

    Akaun Remaja / Bijak

    Pemohon Penjaga berdaftar dan pemohon yang layak
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Pendaftaran Unit Amanah (ASNB P1/ASNB DF)
    • Kad Pengenalan dan/atau Sijil Lahir Remaja
    • Kad Pengenalan Penjaga Berdaftar
    • Tunai yang sama dengan/lebih daripada pelaburan awal yang diperlukan untuk setiap dana unit amanah
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur, cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB

    Borang

    Panduan &
    Contoh Pengisian Borang
     
  3. Permohonan Kelayakan
  4.  SOALAN LAZIM
     

    Skim yang terlibat secara langsung dengan urusan kelayakan adalah skim yang dikhaskan untuk golongan Bumiputera serta golongan Minoriti yang telah mendapat kelulusan khas dari Perdana Menteri Malaysia. Skim-skim yang terlibat adalah seperti berikut:

    • Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)
    • Sekim Amanah Saham Nasional (ASN)
    • Amanah Saham Didik (ASD)
    • Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)
    • Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)
    • Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

    Golongan Bumiputera Golongan Minoriti

    Berdasarkan Surat Ikatan Amanah seorang Bumiputera adalah Melayu, Peribumi Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperti yang didefinasikan di dalam Akta Orang Asli 1954.

    Golongan ini merupakan warganegara Malaysia yang telah mendapat kebenaran untuk melabur didalam unit amanah ASNB. Golongan tersebut terdiri daripada:

    • Siam/Thai
    • Portugis/Eurasian/Serani
    • Mualaf/Beragama Islam tetapi Bukan Bumiputera
    • India Muslim
    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan
    Pengesahan kelayakan
    • Salinan MyKad/MyKid dan
    • Cetakan GMPC (Government Multi Purpose Card) yang menunjukkan bangsa atau
      Salinan Sijil Lahir (yang menunjukkan keturunan) atau
      Salinan Surat Pengesahan Bumiputera (Sabah atau Sarawak) daripada:
      • Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (PHEANS)
      • Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (MANWPL)
      • Sijil Anak Negeri dari Mahkamah Bumiputera Sarawak (SAN)
    • Pengesahan taraf kewarganegaraan

     

    Semua salinan dokumen hendaklah disahkan

    Penutupan kelayakan
    (bagi serahak kewarganegaraan dan bukan warganegara)
    • Surat Permohonan Penutupan dan
    • Pasport Luar Negara/Akuan Pelepashak Kewarganegaraan Malaysia atau
    • Kad Pengenalan Penduduk Tetap (MyPR)/Negara Asing

     

    Semua salinan dokumen hendaklah disahkan

    Pengesahan dokumen

    Semua salinan dokumen perlu disahkan (pada setiap muka surat) terlebih dahulu sebelum membuat permohonan sama ada pendaftaran atau penutupan kelayakan dihantar ke Unit Kelayakan, ASNB bersama cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan pegawai.

    Pengesahan dokumen boleh dibuat oleh mana-mana yang berikut:

    • Pegawai Cawangan ASNB/Pegawai Ejen ASNB
    • Penghulu/Ketua Kampung (termasuk Ketua Kaum/Tuai Rumah bagi Sabah dan Sarawak)
    • Pegawai Hal Ehwal Orang Asli
    • Majikan dari Bahagian Sumber Manusia
    • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
    • Pesuruhjaya Sumpah
    Cara permohonan dihantar Dokumen boleh dihantar melalui:
    • Faksimili: 03 2050 5225 (U/P: Unit Kelayakan) atau
    • Anda boleh berhubung terus dengan mana-mana cawangan ASNB yang berdekatan
    Maklumat Tambahan
    1. Matrik Kelayakan

    2. Kategori
      Maklumat dari MYKAD
      Keturunan
      Warganegara
      Islam
      Dokumen sokongan
      BumiputeraMelayu 
      Peribumi Sabah  
      Peribumi Sarawak  
      Orang Asli
      Campuran Sabah (Sino Native)  
      Campuran Sabah (Lain-lain) Surat PHEANS/MANWP Labuan
      Campuran Sarawak Sijil Anak Negeri Sarawak
      MinoritiSiam/Thai  
      Portugis/Eurasian/Serani  
      Mualaf Pengesahan penukaran kepada Islam
      Beragama Islam Bukan Bumiputera  
      India Muslim  

    3. Matrik Campuran Sabah

    4. Matrik
      Bapa
      Peribumi
      Sino
      Bukan Peribumi
      Ibu Peribumi LayakLayakLayak
      SinoLayakLayakLayak
      Bukan PeribumiLayakLayakLayak (sekiranya Mengemukakan Surat PHEANS/MANWPL)

      PHEANS = Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
      MANWPL = Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan


    5. Matrik Campuran Sarawak

    6. MatrikBapa
      Peribumi Sino
      Ibu PeribumiLayak Layak (sekiranya mengemukakan surat SAN)
      Bukan PeribumiLayakTidak Layak

      SAN = Sijil Anak Negeri dari Mahkamah Bumiputera Sarawak

PELABURAN
     
  1. Pelaburan Tambahan
  2. PemohonPemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Pelaburan Tambahan (ASNB 21/ASNB PT)
    • Buku Pelaburan
    • Wang Tunai atau
    • Cek/Bank Deraf/Banker's Cheque*
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur, cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB
    Maklumat tambahan
    • Pelaburan melalui cek atau bank deraf atau Banker's Cheque hanya boleh dilakukan di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan ASNB beroperasi penuh.
    • Permohonan secara tunai akan diproses serta merta.
    • Permohonan melalui Cek/Bank Deraf/Banker's Cheque adalah tertakluk kepada tarikh cek dijelaskan.
     
  3. Skim Pelaburan Ahli KWSP
  4.  SOALAN LAZIM
     

    Skim Pelaburan Ahli KWSP merupakan satu kemudahan dan kaedah pelaburan khusus untuk ahli dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur di dalam tabung unit amanah ASNB. Pelaburan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP serta bagi Pemegang Unit berdaftar yang berumur 18 tahun ke atas (Akaun Dewasa) dan belum mencapai umur 55 tahun.

    Tabung amanah yang masih dibuka untuk pelaburan menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP) ialah:

    • Amanah Saham Gemilang
    • Amanah Saham Nasional 2
    • Amanah Saham Nasional 3
    • Amanah Saham 1Malaysia (tertakluk kepada unit yang masih ada)
    • Amanah Saham Wawasan 2020 (tertakluk kepada unit yang masih ada)
    • Amanah Saham Didik (tertakluk kepada unit yang masih ada)
    • Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

    Pelaburan Melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Permohonan Pengeluaran Pelaburan Ahli – KWSP 9N (AHL)
    • Penyata Akaun KWSP terkini
    • Kad Pengenalan asal dan salinan (muka depan dan belakang di helaian kertas yang sama bersaiz A4)
    Tempat memohon
    • ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur
    • Cawangan ASNB

     

    Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada pegawai cawangan ASNB (Pegawai Pemasaran) yang berhampiran

    Pelepasan Kawalan Unit Pelaburan KWSP
    Pemohon

    Pemegang unit atau sekiranya pemegang unit telah meninggal dunia, waris atau pentadbir yang dilantik melalui Surat Kuasa Mentadbir boleh mengeluarkan caruman KWSP di bawah skim-skim berikut:

    • Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun
    • Skim Pengeluaran Kematian
    • Skim Pengeluaran Hilang Upaya
    • Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen
    Dokumen yang diperlukan Sila hubungi Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di talian 03-8732 6000 atau layari laman web www.kwsp.gov.my untuk pertanyaan lanjut.
    Cara permohonan dihantar Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat KWSP dan pejabat-pejabat KWSP yang berhampiran.
    Maklumat tambahan
    • Bagi Skim Pengeluaran Kematian, Skim Pengeluaran Hilang Upaya dan Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen, unit-unit pelaburan menerusi KWSP akan dipindahkan ke buku pelaburan pemegang unit setelah ASNB menerima Surat Pelepasan Kawalan yang asal daripada KWSP.
    • Bagi Skim Pengeluaran Persaraan 55 tahun pula, ASNB tidak memerlukan surat pelepasan kawalan daripada KWSP. Unit-unit pelaburan menerusi KWSP akan dipindahkan ke buku pelaburan pemegang unit selepas ASNB mengesahkan bahawa pemegang unit telah mencapai usia 55 tahun.
     
  5. Skim Potongan Gaji
  6.  SOALAN LAZIM
     

    Skim Potongan Gaji PPS (Pelan Pelaburan Sistematik) merupakan satu kemudahan kepada pemegang-pemegang unit ASNB bagi menambah pelaburan mereka tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Tabung yang dibenarkan untuk PPS adalah ASB, ASW 2020, ASD dan mana-mana unit amanah yang dibenarkan oleh ASNB dari masa ke masa, tertakluk kepada baki dana sedia ada.

    Hanya pemegang unit yang menepati kriteria kelayakan pemegang unit berdaftar ASNB sahaja yang akan diterima untuk menyertai PPS ini di mana kelayakan sebagai pemegang unit berdaftar ASNB adalah seperti berikut:

    • Mempunyai baki unit pelaburan sekurang-kurangnya had minimum pelaburan yang ditetapkan bagi setiap tabung unit amanah yang menawarkan SPG di bawah pengurusan ASNB seperti dinyatakan di dalam suratikatan masing-masing.
    • Mempunyai status akaun yang tidak bermasalah.
    • Belum mencapai tahap maksima bagi pemegang-pemegang unit ASB dan selagi unit masih ada untuk tabung-tabung ASW 2020 dan ASD.

    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan
    Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

    Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bayaran gajinya diuruskan oleh Pejabat Perakaunan

    Dokumen yang diperlukan
    • Surat Kebenaran Potongan Gaji Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (Borang PPS ASNB) yang telah disahkan oleh majikan/jabatan/bahagian gaji
    • Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh majikan/jabatan/bahagian gaji
    • Salinan Buku Pelaburan Unit Amanah ASNB yang telah disahkan oleh majikan/jabatan/bahagian gaji
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan ASNB yang berhampiran

    Pemegang unit hanya perlu menghantar satu salinan Borang PPS ASNB sahaja kepada cawangan ASNB untuk pengesahan sebelum diserahkan kepada majikan/jabatan/bahagian gaji untuk tindakan lanjut iaitu penghantaran kepada Pejabat Perakaunan.

    Kakitangan Swasta
    Dokumen yang diperlukan Surat Kebenaran Potongan Gaji BS 1F (1)

    Majikan perlu mendaftar terlebih dahulu dengan ASNB

    Tempat memohon Unit gaji majikan masing-masing
    Kemudahan Potongan Gaji Keluarga
    Dokumen yang diperlukan Surat Kebenaran Potongan Gaji Keluarga BS 1F (2)
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan ASNB
    Penambahan/pengurangan atau pemberhentian
    Kakitangan Swasta Pemegang unit hendaklah memaklumkan kepada majikan masing-masing
    Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
    • Sekiranya telah membuat potongan gaji melalui ANGKASA, pemegang unit hendaklah memaklumkan melalui surat kepada ANGKASA
    • Sekiranya bayaran gajinya diuruskan oleh Pejabat Perakaunan, pemegang unit hendaklah memaklumkan kepada majikan/jabatan/bahagian gaji
    Kemudahan Potongan Gaji Keluarga Surat kebenaran Potongan Gaji Keluarga BS 1F(2)

     

    Penyerahan Permohonan
    ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan ASNB

     
    Senarai Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) & Majikan Swasta yang berdaftar untuk kemudahan potongan gaji
    Borang
    Panduan & contoh pengisian borang
     
  7. Sijil Pelaburan
  8.  SOALAN LAZIM
     

    Sijil merupakan satu kemudahan dan kaedah pelaburan yang diperkenalkan oleh ASNB selain daripada pelaburan tambahan menerusi buku pelaburan. Tabung Unit Amanah yang menawarkan kemudahan pelaburan melalui sijil adalah:

    • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
    • Amanah Saham Nasional (ASN)

     

    Pelaburan Melalui Sijil
    Pemohon Pemegang unit ASNB
    Dokumen yang diperlukan Borang Tambahan (Borang ASNB 21)
    Tempat memohon
    • ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur
    • Cawangan ASNB
    • Ejen ASNB yang terpilih (Maybank,CIMB, RHB, BSN, Affin Bank)
    Gantian Sijil Rosak
    Pemohon Pemegang Unit ASNB
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang gantian sijil BS1B
    • Bayaran setem hasil RM 10
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur
    Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin oleh kerajaan yang melibatkan tabung unit amanah ASNB

    Program ini dianjurkan oleh pihak kerajaan dengan menggunakan tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB sebagai mekanisma pelaburannya. Antara tabung unit amanah yang terlibat adalah:

    • Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk program ASB Sejahtera
    • Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) untuk program ASW Bandar

      ASW Bandar ASB Sejahtera
    Kumpulan sasaran Golongan miskin tegar di kawasan bandar Golongan miskin tegar di kawasan luar bandar
    Kriteria penerima Ketua Isi Rumah (KIR) atau
    Ibu Tunggal (IT)

    * Senarai penerima disalurkan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

    Ketua Isi Rumah (KIR) atau
    Ibu Tunggal (IT)

    * Senarai penerima disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

    Kelayakan peserta
    • Pendapatan isi rumah bulanan kasar kurang daripada paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
    • Peserta telah berdaftar di dalam sistem e-Kasih
    • Mempunyai ramai tanggungan
    • Mempunyai keluarga golongan istimewa/anak yatim piatu/orang tua dan tidak menerima bantuan
    • Mempunyai ahli isi rumah uzur/perlu bantuan perubatan
    • Tidak pernah menerima bantuan unit amanah dari mana-mana agensi (PPRT, UPEN, ASB Sejahtera)
    • Jumlah simpanan di dalam ASB, ASN atau mana-mana tabung unit amanah ASNB kurang dari RM 1,000
    • Tidak muflis
    • Warganegara Malaysia
    • Pendapatan isi rumah bulanan kasar kurang daripada paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar semasa
    • Peserta telah berdaftar di dalam sistem e-Kasih
    • Tidak pernah menerima bantuan unit amanah dari mana-mana agensi (PPRT, UPEN, ASW Bandar)
    • Jumlah simpanan di dalam ASB, ASN atau mana-mana tabung unit amanah ASNB kurang dari RM1,000
    • Tidak Muflis
    • Warganegara Malaysia
    Tempat memohon

    Sila berhubung dengan Kementerian yang terlibat

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) - http://www.kpkt.gov.my Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) - http://www.rurallink.gov.my
    Program SARA 1Malaysia

    SARA 1Malaysia adalah skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menyimpan dan melabur, selain daripada untuk membantu mereka dalam menguruskan kesan kos semasa sara hidup yang meningkat. Maklumat lanjut berkenaan SARA 1MALAYSIA, sila layari laman web http://www.sara1malaysia.com.my.


     
  9. Perbankan Dalam Talian
  10. logo_maybank
    Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar M2U
    Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga
    Pendaftaran 'Add Favourite' bagi pengguna
    Pelaburan Tambahan bagi pengguna berdaftar
    Unit Amanah
    ASB, AS 1Malaysia, ASB 2
    Had pelaburan tambahan
    Minimum: RM1.00

    Maksimum:
    ASB: Tertakluk pada had pelaburan maksima individu
    Unit Amanah lain: Tertakluk pada baki unit amanah yang masih ada
    Caj urus niaga
    RM1.00 + GST bagi setiap urus niaga tanpa mengira jumlah pelaburan

    Caj ini akan didebitkan dari akaun simpanan/semasa pengguna

    Waktu operasi
    24 jam 7 hari seminggu
    Pengesahan tarikh urusniaga dalam buku pelaburan
    Waktu Transaksi
    12.01 mlm – 5.00 ptg
    5.01 ptg – 12.00 mlm

    Tarikh Pengesahan
    Hari Sama
    Hari Bekerja Berikutnya

    Urus niaga pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan akan diproses pada hari bekerja berikutnya

    Kemaskini buku pelaburan
    Kaunter Utama dan cawangan ASNB
    Ejen ASNB (CIMB/RHB/MBB/POS)
    Pertanyaan
    1-300-88-6688 (24 jam)
    logo_cimb
    Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar CIMB Clicks
    Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga
    Pendaftaran 'Add Favourite' bagi pengguna
    Pelaburan Tambahan bagi pengguna berdaftar
    Unit Amanah
    ASB, AS 1Malaysia, ASB 2, ASD, ASW 2020, ASM
    Had pelaburan tambahan
    Minimum: RM1.00

    Maksimum:
    ASB: Tertakluk pada had pelaburan maksima individu
    Unit Amanah lain: Tertakluk pada baki unit amanah yang masih ada
    Caj urus niaga
    RM1.00 + GST bagi setiap urus niaga tanpa mengira jumlah pelaburan

    Caj ini akan didebitkan dari akaun simpanan/semasa pengguna

    Waktu operasi
    24 jam 7 hari seminggu
    Pengesahan tarikh urusniaga dalam buku pelaburan
    Waktu Transaksi
    12.01 mlm – 5.00 ptg
    5.01 ptg – 12.00 mlm

    Tarikh Pengesahan
    Hari Sama
    Hari Bekerja Berikutnya

    Urus niaga pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan akan diproses pada hari bekerja berikutnya

    Kemaskini buku pelaburan
    Kaunter Utama dan cawangan ASNB
    Ejen ASNB (CIMB/RHB/MBB/POS)
    Pertanyaan
    1-300-88-0900 (24 jam)
    logo_affin
    Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar affinOnline
    Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga
    Pendaftaran 'Add Favourite' bagi pengguna
    Pelaburan Tambahan bagi pengguna berdaftar
    Unit Amanah
    ASB, AS 1Malaysia, ASB 2
    Had pelaburan tambahan
    Minimum: RM1.00

    Maksimum:
    ASB: Tertakluk pada had pelaburan maksima individu
    Unit Amanah lain: Tertakluk pada baki unit amanah yang masih ada
    Caj urus niaga
    RM1.00 + GST bagi setiap urus niaga tanpa mengira jumlah pelaburan

    Caj ini akan didebitkan dari akaun simpanan/semasa pengguna

    Waktu operasi
    24 jam 7 hari seminggu
    Pengesahan tarikh urusniaga dalam buku pelaburan
    Waktu Transaksi
    12.01 mlm – 4.00 ptg
    4.01 ptg – 12.00 mlm

    Tarikh Pengesahan
    Hari Sama
    Hari Bekerja Berikutnya

    Urus niaga pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan akan diproses pada hari bekerja berikutnya

    Kemaskini buku pelaburan
    Kaunter Utama dan cawangan ASNB
    Ejen ASNB (CIMB/RHB/MBB/POS)
    Pertanyaan
    03-5522-3000
    waktu pejabat

    03-7803-2836
    selepas waktu pejabat
    logo_rhb
    Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar RHBNow
    Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga
    Pendaftaran 'Add Favourite' bagi pengguna
    Pelaburan Tambahan bagi pengguna berdaftar
    Unit Amanah
    ASB, AS 1Malaysia, ASB 2, ASD, ASW 2020, ASM
    Had pelaburan tambahan
    Minimum: RM1.00

    Maksimum:
    ASB: Tertakluk pada had pelaburan maksima individu
    Unit Amanah lain: Tertakluk pada baki unit amanah yang masih ada
    Caj urus niaga
    RM1.00 + GST bagi setiap urus niaga tanpa mengira jumlah pelaburan

    Caj ini akan didebitkan dari akaun simpanan/semasa pengguna

    Waktu operasi
    12.30 mlm – 4.30 ptg

    Hari bekerja Wilayah Persekutuan sahaja

    Pengesahan tarikh urusniaga dalam buku pelaburan
    Waktu Transaksi
    12.30 mlm – 4.30 ptg

    Tarikh Pengesahan
    Hari Sama
    Kemaskini buku pelaburan
    Kaunter Utama dan cawangan ASNB
    Ejen ASNB (CIMB/RHB/MBB/POS)
    Pertanyaan
    03-9206-8228
JUALAN BALIK
     
  1. Jualan Balik Unit Pelaburan
  2. Jenis urus niaga Melalui Buku Pelaburan
    Pemohon Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Jualan Balik (ASNB 31/ASNB JB)
    • Buku Pelaburan
    • Kad pengenalan pemegang unit
    Tempat memohon
    • Permohonan jualan balik melalui buku pelaburan boleh dibuat di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur, cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB
    Maklumat tambahan
    • Pemegang unit remaja bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik sebanyak 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu
    • Jualan balik bagi Akaun Remaja/Bijak ASW 2020, ASM, ASD dan ASG hanya boleh dilakukan oleh penjaga berdaftar sahaja
    • Jualan balik pihak ketiga adalah tidak dibenarkan
     
  3. Jualan Balik Sijil Pelaburan
  4. Jenis urus niaga Melalui Sijil Pelaburan (Sijil berstatus normal)
    Pemohon Pemegang unit
    Dokumen yang diperlukan
    • Sijil Pelaburan (bagi Jualan Balik Sijil pastikan ruang Jualan Balik di bahagian belakang Sijil telah lengkap ditandatangani dan cap ibu jari kiri pemegang unit hendaklah sama seperti di buku pelaburan)
    • Salinan kad pengenalan/pasport antarabangsa yang belum tamat tempoh dan telah disahkan dari salinan asal
    Tempat memohon Permohonan jualan balik Sijil Pelaburan boleh dibuat di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur dan cawangan ASNB sahaja
     
  5. Jualan Balik Pelaburan oleh Pemegang Unit Di Luar Negara Melalui Pembayaran "Telegraphic Transfer"
  6. Pemohon Pemegang unit
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Jualan Balik (ASNB 31)
    • Buku Pelaburan
    • Sijil Pelaburan (bagi Jualan Balik Sijil pastikan ruang Jualan Balik di bahagian belakang Sijil telah lengkap ditandatangani dan cap ibu jari kiri pemegang unit hendaklah sama seperti di buku pelaburan)
    • Salinan kad pengenalan/pasport antarabangsa yang belum tamat tempoh dan telah disahkan dari salinan asal
    • Surat arahan yang menyatakan maklumat berikut:
      • Nombor akaun pemegang unit
      • Bank sort code/swift code (bagi akaun bank luar negara)
      • Matawang yang dipilih
      • Nama dan alamat bank penerima
      • Nama pemegang unit seperti di akaun bank
      • Salinan penyata bank
    Tempat memohon ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur sahaja
    Maklumat tambahan
    • Pembayaran dibuat melalui "Telegraphic Transfer" ke dalam akaun bank pemegang unit (caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank akan ditolak dari jumlah wang yang dikeluarkan).
    • Sekiranya permohonan dibuat melalui wakil pemegang unit dan bukan melalui pos, pemegang unit perlu menyatakan di dalam surat arahan nama penuh dan nombor kad pengenalan wakil yang telah diberi kebenaran untuk menguruskan Jualan Balik tersebut.
     
  7. Jualan Balik Unit Pelaburan KWSP
  8. Pemohon Pemegang unit yang mempunyai pegangan unit pelaburan menerusi KWSP
    Dokumen yang diperlukan
    • Borang Jualan Balik (ASNB 31/ASNB JB)

      Sila isi borang berasingan bagi setiap pelaburan menerusi KWSP yang hendak dijual balik

    • Kad pengenalan asal dan salinan (muka depan dan belakang di helaian kertas yang sama bersaiz A4)
    Tempat memohon Permohonan boleh dibuat di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan ASNB
TUNTUTAN HARTA PUSAKA

Sebagai panduan kepada waris mengenai cara-cara mengeluarkan baki pelaburan unit amanah ASNB apabila pemegang unit meninggal dunia.

     
  1. Kategori Tuntutan Harta di ASNB
  2.  SOALAN LAZIM
     
    Kategori harta dan surat kuasa mentadbir yang terlibat dalam urusan pembahagian harta pusaka
    • Harta alih tidak melebihi RM600,000 - Surat Akuan/Arahan dari Amanah Raya Berhad
    • Harta alih dan tidak alih tidak lebih/kurang dari RM2 juta - Perintah Pembahagian dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
    • Harta alih dan tidak alih lebih dari RM 2 Juta - Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Sivil
    • Harta yang dihibahkan - Mahkamah Tinggi Syariah
    Institusi yang terlibat dalam urusan pembahagian harta pusaka di Sabah dan Sarawak
    • Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Anak Negeri
    • Surat Kuasa Mentadbir Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah Sabah dan Sarawak
    • Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Sivil
    Kategori Tuntutan Harta Pusaka di ASNB
    • Unit pelaburan terkumpul RM10,000 dan ke bawah
    • Unit pelaburan terkumpul melebihi RM10,000
    Waris yang dibenarkan membuat tuntutan baki simati di ASNB
    • Suami atau isteri atau
    • Ibu atau bapa atau
    • Anak kandung atau
    • Adik beradik atau
    • Datuk atau nenek atau
    • Waris/wasi atau pentadbir seperti yang dinyatakan di Geran Probet/Surat Kuasa Mentadbir atau perintah
    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan
    Dokumen yang diperlukan

    Unit Pelaburan Terkumpul RM10,000 dan ke bawah

    • Borang Tuntutan Unit Pelaburan (Borang T1)
    • Salinan Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan waris/pentadbir/wasi
    • Buku dan Sijil Pelaburan Asal Simati (jika ada)
    • Salah satu dari dokumen berikut:
      1. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan/Cabutan Daftar Perkahwinan
      2. Sijil Kelahiran
      3. Kad Pesara Kerajaan
      4. Sijil Faraid
      5. Salah satu dokumen rasmi yang membuktikan pertalian daripada:
        1. Jabatan Kemajuan Orang Asli
        2. Jabatan Pendaftaran Negara
        3. Pejabat Agama Islam
        4. Mahkamah Anak Negeri Sabah/Sarawak

    Unit Pelaburan Terkumpul melebihi RM10,000

    • Borang Tuntutan Unit Pelaburan (Borang T1)
    • Salinan Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan waris/pentadbir/wasi
    • Buku dan Sijil Pelaburan asal simati (jika ada)
    • Salah satu dari dokumen berikut:
      1. Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet dari Mahkamah Tinggi Sivil
      2. Surat Akuan/Arahan dari Amanah Raya Berhad
      3. Perintah Pembahagian dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
      4. Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Anak Negeri Sabah/Sarawak
      5. Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah Sabah/ Sarawak
      6. Perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah yang menyatakan aset simati adalah 'Hibah'
    Pengesahan dokumen

    Semua salinan dokumen mesti disahkan dari salinan asal oleh:

    • Pegawai ASNB/pegawai dari ejen ASNB/ketua kampung/majikan dari bahagian sumber manusia/pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan professional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan
    • Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet dan Senarai Aset dari Mahkamah Tinggi Sivil perlu disahkan oleh pendaftar mahkamah yang mengeluarkan perintah
    Maklumat tambahan

    Borang T1 di bahagian Surat Akuan dan Jaminan Gantirugi

    • Sila isi ruangan yang disediakan dengan menyatakan perbezaan maklumat (sekiranya ada) di antara sistem ASNB dan dokumen yang dikemukakan
    • Perlu dilekatkan setem hasil RM10 dan dibatalkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau LHDN
    • Pentadbir/waris/wasi perlu menandatangani dan menurunkan cop ibu jari kiri di ruangan yang disediakan
    • Pada surat akuan dan jaminan gantirugi perlu ditandatangani beserta nama dan cop rasmi oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah
    Tempat memohon Permohonan boleh dibuat di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan ASNB
    Cara Permohonan Dihantar
    1. Waris mengunjungi cawangan ASNB untuk mendapatkan penerangan mengenai tuntutan harta pusaka
    2. Waris mengambil dan melengkapkan Borang Tuntutan Unit Pelaburan (Borang T1)
      1. Bahagian A - waris perlu melengkapkan maklumat simati
      2. Bahagian B1 - waris perlu melengkapkan maklumat waris (sekiranya permohonan mempunyai lebih dari satu waris sila isi Bahagian B2)
      3. Bahagian C (diisi oleh waris yang sama di Bahagian B1)
        • Lengkapkan ruangan yang disediakan sekiranya terdapat perbezaan maklumat antara dokumen dan sistem ASNB
        • Bahagian C2 diisi dan ditandatangani diruangan yang disediakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah
        • Sila lekatkan setem hasil RM10 dan dibatalkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri atau oleh Pesuruhjaya Sumpah
        • Ruangan 'Dihadapan Saya' perlu diisi oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah
    3. Borang yang telah dilengkapkan serta dokumen asal dan salinannya perlu dibawa ke cawangan ASNB
    4. Dokumen akan disahkan dan disemak oleh pegawai cawangan ASNB bertugas
    5. Waris akan diberikan Akuan Penerimaan Dokumen (BS5) sebagai bukti dokumen telah diterima
    Borang
logo_HA PERANCANGAN PERWARISAN logo_PA
     
  1. Hibah Amanah
  2.  SOALAN LAZIM
     

    Hibah Amanah ialah gabungan konsep Hibah dan amanah. Ianya adalah pemberian yang berupa tabung unit amanah ASNB dari Pemegang Unit (Pelabur) kepada Penerima atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian ini dilakukan semasa hayatnya dan dinyatakan dalam Suratikatan Hibah Amanah


    Syarat-syarat kelayakan Pemberi hibah/pemohon
    • Beragama Islam
    • Berumur 18 tahun dan ke atas
    • Pemegang unit ASNB
    Penerima hibah
    • Tiada had umur (bagi Penerima bawah 18 tahun, seorang penjaga yang sah mestilah dilantik dari kalangan ibu, bapa, datuk, nenek, abang, kakak atau mana-mana pihak yang dibenarkan ASNB)
    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan
    Dokumen yang diperlukan

    Pendaftaran

    • Borang PH1A dan PH1A(A)
    • 2 salinan asal Surat Kuasa Wakil
    • Dokumen pengenalan diri asal Pemberi Hibah dan salinan yang disahkan
    • Salinan pengenalan diri Penerima Hibah yang disahkan
    • Salinan pasport Penerima Hibah bukan warganegara atau dokumen pengenalan diri dari negara asal yang disahkan
    • Salinan pengenalan diri Penjaga kepada Penerima Remaja bawah 18 tahun yang disahkan

    Pembatalan

    • Borang PH4A
    • Dokumen pengenalan diri asal pemohon dan salinan yang disahkan

      Pembatalan Hibah Amanah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan Hibah kepada anak kandung atau cucu kandung


    Pindaan Penerima/Penjaga sah

    • Borang PH2A
    • Salinan dokumen pengenalan diri Penerima Hibah/Penjaga yang disahkan
    • Salinan Surat Ikatan pendaftaran terdahulu

    Penukaran butir peribadi Penerima/Penjaga sah

    • Borang PH3
    • Salinan dokumen pengenalan diri Penerima Hibah/Penjaga yang disahkan

    Tuntutan

    • Borang PH6A
    • Sijil Kematian asal Pemberi Hibah dan salinan yang disahkan
    • Dokumen pengenalan diri asal Penerima Hibah/Penjaga yang menuntut dan salinan yang disahkan
    Pengesahan dokumen

    Pengesahan dokumen boleh dibuat oleh:

    • Pegawai ASNB/Ejen ASNB
    • Penghulu/Ketua Kampung (termasuk Ketua Kaum/Tuai Rumah bagi Sabah dan Sarawak)
    • Pegawai Hal Ehwal Orang Asli
    • Pegawai Pengurusan dari Bahagian Sumber Manusia
    • Pegawai kerajaan dari kumpulan pengurusan & profesional
    Cara permohonan dihantar

    Pendaftaran Hibah

    1. Cetak borang PH1A, PH1A(A) dan Surat Kuasa Wakil dari laman sesawang ASNB
    2. Lengkapkan borang PH1A, PH1A(A) dan Surat Kuasa Wakil
    3. Kemukakan permohonan dan dokumen sokongan yang disahkan ke cawangan ASNB

    Tuntutan Hibah

    1. Dapatkan borang PH6A dari cawangan ASNB
    2. Lengkapkan Borang PH6A dan sertakan Sijil Kematian Pemberi Hibah dan dokumen pengenalan diri asal Penerima Hibah yang menuntut
    3. Pembayaran diutamakan secara pindahan unit ke akaun ASNB. Bayaran secara cek ataupun pindahan ke akaun bank akan dibuat jika penerima tidak layak mendaftar tabung unit ASNB
    Tempat memohon Permohonan boleh dibuat di cawangan ASNB
    Maklumat tambahan Yuran Hibah Amanah*
    BilJenis yuranBayaran (RM)
    1PendaftaranRM180
    2Pendaftaran selanjutnyaRM90
    3PembatalanRM70
    4Pindaan Penerima/PenjagaRM20
    5PentadbiranRM10 setiap tahun
    6TuntutanNilai baki unitKadar (%)
    25,000 yang pertama1.5%
    225,000 yang berikutnya1.00%
    250,000 yang berikutnya0.50%
    500,000 yang berikutnya0.25%
    Ke atas baki selebihnya0.10%
    Borang

    * Yuran Hibah Amanah akan dikenakan kos tambahan 6% GST

     
  3. Pengisytiharan Amanah
  4.  SOALAN LAZIM
     

    Pengisytiharan Amanah adalah perkhidmatan yang menerapkan konsep amanah dalam pengurusan harta. Konsep Pengisytiharaan Amanah yang diterapkan di ASNB merangkumi perkara-perkara berikut:

    • Pemberi mengamanahkan baki tabung unit amanah atas dasar kasih sayang secara sukarela
    • Pemegang unit mengisytiharkan pembentukan amanah dalam pelantikan Penerima sewaktu hayat melalui perjanjian yang dimeterai di dalam Suratikatan Amanah berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui
    • Harta-harta Amanah akan ditadbir oleh Pemegang Amanah sebelum diserahkan kepada Penerima-penerima selepas kematian pemegang unit menurut terma-terma dan syarat-syarat Suratikatan Amanah yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat

    Syarat-syarat kelayakan Pemilik harta/pemohon
    • Berumur 18 tahun dan ke atas
    • Bukan beragama Islam
    • Pemegang unit ASNB
    Penerima
    • Tiada had umur (bagi Penerima bawah 18 tahun, Penjaga yang sah mestilah dilantik dari kalangan ibu, bapa, datuk, nenek, abang, kakak atau mana-mana pihak yang dibenarkan ASNB)
    • Penerima adalah Penerima mutlak harta-harta Amanah
    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan
    Dokumen yang diperlukan

    Pendaftaran

    • Borang PH1B
    • 2 salinan asal Surat Kuasa Wakil
    • Dokumen pengenalan diri asal Pemberi dan salinan yang disahkan
    • Salinan pengenalan diri Penerima yang disahkan
    • Salinan pasport Penerima bukan warganegara atau dokumen pengenalan diri asal dari negara yang disahkan
    • Salinan pengenalan diri Penjaga kepada Penerima Remaja bawah 18 tahun yang disahkan

    Pembatalan

    • Borang PH4B
    • Dokumen pengenalan diri asal pemohon dan salinan yang disahkan

    Pindaaan Penerima/Penjaga

    • Borang PH2B
    • Salinan dokumen pengenalan diri Penerima/Penjaga yang disahkan
    • Salinan Surat Ikatan Pendaftaran terdahulu

    Penukaran butir peribadi Penerima/Penjaga sah

    • Borang PH3
    • Salinan dokumen pengenalan diri Penerima/Penjaga Penerima remaja bawah 18 tahun yang disahkan

    Tuntutan

    • Borang PH6B
    • Sijil kematian asal Pemberi dan salinan yang disahkan
    • Dokumen pengenalan diri asal Penerima/Penjaga bagi Penerima remaja bawah 18 tahun yang menuntut dan salinan yang disahkan
    Pengesahan dokumen

    Pengesahan dokumen boleh dibuat oleh:

    • Pegawai ASNB/Ejen ASNB
    • Penghulu/Ketua Kampung (termasuk Ketua Kaum/Tuai Rumah bagi Sabah dan Sarawak)
    • Pegawai Hal Ehwal Orang Asli
    • Pegawai Perhubungan dari Bahagian Sumber Manusia
    • Pegawai kerajaan dari kumpulan pengurusan & professional
    Cara permohonan dihantar

    Permohonan Pengisytiharan Amanah

    1. Cetak borang PH1B dan Surat Kuasa Wakil daripada laman sesawang ASNB
    2. Lengkapkan borang PH1B dan Surat Kuasa Wakil
    3. Kemukakan permohonan dan dokumen sokongan yang disahkan ke cawangan ASNB

    Tuntutan Pengisytiharan Amanah

    1. Dapatkan borang PH6B dari cawangan ASNB
    2. Lengkapkan Borang PH6B berserta Sijil Kematian Pemberi dan dokumen pengenalan diri asal Penerima Amanah yang menuntut
    3. Pembayaran diutamakan secara pindahan unit ke akaun Penerima ASNB. Bayaran secara cek ataupun pindahan ke akaun bank akan dibuat jika penerima tidak layak mendaftar tabung unit ASNB
    Tempat memohon Permohonan boleh dibuat di cawangan ASNB
    Maklumat tambahan Yuran Pengisytiharan Amanah*
    BilJenis yuranBayaran (RM)
    1PendaftaranRM180
    2Pendaftaran selanjutnyaRM90
    3PembatalanRM70
    4Pindaan Penerima/PenjagaRM20
    5PentadbiranRM10 setiap tahun
    6TuntutanNilai baki unitKadar (%)
    25,000 yang pertama1.5%
    225,000 yang berikutnya1.00%
    250,000 yang berikutnya0.50%
    500,000 yang berikutnya0.25%
    Ke atas baki selebihnya0.10%
    Borang

    * Yuran Pengisytiharan Amanah akan dikenakan kos tambahan 6% GST

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
     
  1. Permohonan Dokumen Maklumat Urus Niaga
  2.  SOALAN LAZIM
     

    Permohonan dokumen maklumat urus niaga adalah salah satu perkhidmatan yang diberikan kepada pemegang unit/waris/pihak ketiga yang memerlukan maklumat terperinci urus niaga setiap unit amanah ASNB bagi tempoh yang dipohon.

    Permohonan yang dibuat adalah bagi kegunaan sendiri dan rujukan peribadi sahaja. Pemegang Unit adalah dilarang membuat penyebaran dan tuntutan rasmi terhadap mana-mana pihak.

    Tanpa prejudis, data dan maklumat yang dikeluarkan di atas adalah sulit dan hanya untuk rujukan pemegang unit sahaja dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan prosiding mahkamah dan tujuan-tujuan lain. Pemegang unit adalah dilarang membuat penyebaran dan tuntutan rasmi terhadap mana-mana pihak dengan menggunakan data dan maklumat tersebut. Pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berkaitan dengan data dan maklumat tersebut serta kesalahan penyebaran data dan maklumat yang diberikan.

    Jenis Permohonan Dan Tempoh Masa Yang Dibenarkan
    NoJenis PermohonanTempoh Maklumat Yang Dikemukakan (Had Masa)
    1Permohonan Data Urus NiagaSehingga 7 tahun ke belakang dari tarikh permohonan
    2Pengiraan Terperinci Pengagihan Pendapatan dan Bonus
    3Permohonan Penyataan Pengagihan Pendapatan & BonusSehingga 3 tahun kebelakang dari tarikh permohonan
    Kategori Pemohon Yang Layak Membuat Permohonan
    NoPermohonan
    1Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    2Wakil yang dilantik oleh Pemegang Unit/Penjaga berdaftar melalui Borang Kebenaran Wakil
    3Waris/pentadbir bagi Pemegang Unit yang telah meninggal dunia
    4Peguam dilantik waris bagi Pemegang Unit yang telah meninggal dunia
    5Pihak ketiga (individu) melalui Peguam yang dilantik
    Syarat-syarat Dan Dokumen Permohonan
    1. Waris/Pentadbir bagi Pemegang Unit yang telah meninggal dunia

    2. Jenis Permohonan Jumlah pegangan keseluruhan si mati (pemegang unit) dalam unit-unit amanah ASNB melebihi 10,000 unit
      Syarat/Dokumen Permohonan boleh dibuat sebelum dan selepas bayaran dibuat kepada waris/pentadbir. Nama permohonan mesti tertera pada dokumen sokongan seperti berikut:
      • Surat Kuasa Mentadbir atau
      • Geran Probet atau
      • Perintah Mahkamah
    3. Permohonan Waris/Pentadbir bagi Pemegang Unit yang telah meninggal dunia

    4. Jenis Permohonan Jumlah pegangan keseluruhan si mati (Pemegang Unit) dalam Unit-unit Amanah ASNB melebihi 10,000 unit Tuntutan oleh Waris/Pentadbir
      Syarat/Dokumen

      Permohonan hanya dibenarkan dibuat oleh waris/pentadbir yang telah menerima pembayaran unit

      atau

      Permohonan hanya boleh dibuat jika waris/pentadbir mempunyai nama dia dalam dokumen berikut:

      • Surat Kuasa Mentadbir atau
      • Geran Probet atau
      • Perintah Mahkamah
      Permohonan boleh dibuat sebelum dan selepas bayaran dibuat kepada waris/pentadbir sekiranya:
      • Mempunyai surat rasmi Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah atau
      • Atas arahan Pihak Berkuasa yang berkaitan di dalam Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
    5. Permohonan dari Pihak Ketiga

    6. Jenis Permohonan Permohonan dari Pihak Ketiga Permohonan dari Wakil Yang Mendapat Kebenaran Pemegang Unit
      Syarat/Dokumen

      Permohonan boleh dibuat oleh Pemegang Unit yang masih hidup atau telah meninggal dunia

      Dokumen sokongan:

      • Perintah Mahkamah
        dan
      • Dokumen pertalian (sekiranya berkaitan)
      • Surat perlantikan peguam (sekiranya melantik peguam*)

       

      * Permohonan Melalui Perlantikan Peguam

      1. Surat perlantikan peguam perlu ditandatangani oleh pemohon
      2. Surat perlantikan peguam perlu menyenaraikan maklumat berikut dengan jelas:
        • Anak guam yang dikendali dan sertakan Salinan Dokumen Pengenalan Diri Anak Guam yang telah disahkan
        • Maklumat Pemegang Unit ASNB yang berkaitan dalam Permohonan Maklumat Urus Niaga
          1. No Kad Pengenalan
          2. Nama Pemegang Unit
          3. Skim/Unit Amanah yang dikehendaki
          4. Tempoh masa maklumat dikehendaki
      3. Surat pertalian untuk membuktikan hubungan pemegang unit dengan pihak ketiga (sekiranya berkaitan)

      Permohonan boleh dibuat oleh Pemegang Unit yang masih hidup yang memberi kebenaran kepada wakil

      Dokumen Sokongan:

      • Pengesahan dokumen pengenalan diri asal Wakil yang diberi kebenaran
      • Salinan dokumen pengenalan diri Pemegang Unit/Penjaga berdaftar
      • Salinan muka hadapan Buku Pelaburan (BP) Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
      • Borang Kebenaran Wakil - borang ASNB B/6 yang dilengkapkan oleh Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan

    Setiap permohonan maklumat urus niaga unit amanah perlu diisi dengan menggunakan borang permohonan yang berasingan.

    Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai ASNB /Pegawai dari Ejen ASNB/ Ketua Kampung /Majikan dari Bahagian Sumber Manusia/Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.

    Pemohon Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar Waris/Pentadbir/Peguam/Pihak Ketiga
    Dokumen yang diperlukan
    • Melengkapkan Borang Permohonan Maklumat Urus Niaga
    • Menyertakan Salinan Dokumen Pengenalan Diri Yang Telah Disahkan
    • Membuat bayaran Caj Perkhidmatan mengikut jenis permohonan, jumlah tahun yang dipohon dan unit amanah secara berasingan
    • Melengkapkan Borang Permohonan Maklumat Urus Niaga
    • Serahkan Surat Kuasa Wakil/Geran Probet/Perintah Mahkamah
    • Serahkan Surat Perlantikan Peguam (Jika melantik peguam)
    • Menyerahkan Borang Kebenaran Wakil/Surat Kuasa Wakil
    • Membuat bayaran Caj Perkhidmatan mengikut jenis permohonan, jumlah tahun yang dipohon dan unit amanah secara berasingan
    Tempat memohon Permohonan maklumat urus niaga ini boleh dibuat di cawangan ASNB berdekatan
    Maklumat tambahan
    Caj Perkhidmatan

    Setiap permohonan akan dikenakan bayaran caj perkhidmatan mengikut jenis permohonan, tempoh masa maklumat data urus niaga yang dipohon. Caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

    Jenis permohonan Data urus niaga Pengiraan terperinci pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) Penyata pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada)
    Tempoh maklumat data urus niaga dan caj perkhidmatan
    1. Tahun Semasa
      Tiada caj dikenakan
    2. Selain daripada Tahun Semasa
      RM22.00 bagi setiap permohonan
    RM5.00 bagi setiap tahun RM5.00 bagi setiap tahun
    Tempoh masa maklumat yang dikemukakan Dibenarkan untuk 7 tahun ke belakang sahaja dari tarikh permohonan Dibenarkan untuk 7 tahun ke belakang sahaja dari tarikh permohonan Dibenarkan untuk 3 tahun ke belakang sahaja dari tarikh permohonan
    Borang
     
  3. Penukaran Butir Peribadi
  4.  SOALAN LAZIM
     

    Permohonan penukaran butir peribadi adalah salah satu urus niaga bukan kewangan bagi unit amanah ASNB yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar mengemaskini maklumat peribadi di rekod ASNB.

    Permohonan penukaran butir peribadi boleh dibuat di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur, cawangan ASNB serta ejen-ejen ASNB.

    Kategori Permohonan
    BilKategoriKeterangan
    1Pembetulan nombor kad pengenalan/nama Pemegang Unit/Penjaga BerdaftarMengemaskini kesilapan maklumat peribadi ketika pendaftaran akaun
    2Penukaran nombor kad pengenalan Pemegang Unit/Penjaga BerdaftarPenukaran nombor kad pengenalan
    DariKepada
    No. KP LamaNo. KP Baru
    No. KP AwamNo. KP Tentera/Polis
    No. KP Tentera/PolisNo. KP Awam
    No. KP Tentera/Polis LamaNo. KP Tentera/Polis Baru
    3Penukaran nama Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    • Penukaran nama kerana telah memeluk agama Islam
    • Perubahan nama dengan pengesahan surat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Negara
    4Penukaran alamat Pemegang UnitUntuk mengemas kini maklumat peribadi
    Tatacara Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan
    Pemohon
    • Permohonan penukaran butir peribadi adalah terhad kepada permohonan daripada Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar yang sah sahaja
    • Bagi Akaun Bijak/Akaun Remaja, permohonan mestilah dibuat oleh Penjaga Berdaftar
    Dokumen yang diperlukan Dokumen Pengenalan Diri yang diperlukan adalah:
    1. MyKAD/MyTENTERA/MyKID
    2. Sijil Kelahiran
    3. Sijil Pelantikan Anggota Polis
    4. Dokumen Pengenalan Sementara KPPK 09
    5. Dokumen Pengenalan Sementara KPPK 11

    BilKategoriKeterangan
    1 Pembetulan nombor Kad Pengenalan/nama Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    • Borang Penukaran Butir Peribadi (BS 4)/Borang Kemaskini Maklumat Pemegang Unit (ASNB KM)
    • Dokumen Pengenalan Diri asal dan salinan yang disahkan
    2 Penukaran nombor kad pengenalan Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    • Borang Penukaran Butir Peribadi (BS 4)/Borang Kemaskini Maklumat Pemegang Unit (ASNB KM)
    • Dokumen Pengenalan Diri asal dan salinan yang disahkan
    • Sijil Kelahiran asal dan salinan yang disahkan (bagi penukaran nombor sijil lahir ke nombor kad pengenalan)
    • Surat pengesahan majikan berhubung no. KP awam dan no. KP tentera/polis (jika berkenaan)
    • Surat pengesahan majikan berhubung no. KP tentera/polis yang lama dan no. KP tentera/polis yang baru (jika berkenaan)
    • Salinan surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan)
    3 Penukaran nama Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
    • Borang Penukaran Butir Peribadi (BS 4)/Borang Kemaskini Maklumat Pemegang Unit (ASNB KM)
    • Dokumen Pengenalan Diri asal dan salinan yang disahkan
    • Salinan surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan)
    • Salinan surat pengesahan Jabatan Agama Islam (jika berkenaan)
    • Kad Perakuan Memeluk Islam asal dan salinan yang disahkan
    4 Penukaran alamat Pemegang Unit Borang Penukaran Butir Peribadi (BS 4)/Borang Kemaskini Maklumat Pemegang Unit (ASNB KM)
    Pengesahan dokumen Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai ASNB/Pegawai dari Ejen ASNB/Ketua Kampung/Majikan dari Bahagian Sumber Manusia/Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan
    Tempat memohon Permohonan penukaran butir peribadi boleh dibuat di ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur, cawangan ASNB serta ejen-ejen ASNB
     
  5. Lain-lain
SENARAI CAJ PERKHIDMATAN

Berkuatkuasa 1 September 2008, berikut adalah senarai caj perkhidmatan ASNB:

BilPerkhidmatanKadar Caj (tertakluk kepada caj GST 6%)
1Tukar bentuk buku ke sijilRM10.00
2Gantian kehilangan/kerosakan buku pelaburanRM10.00
3Gantian kehilangan/kerosakan semua jenis sijilRM10.00
4Gantian buku - ruangan butir peribadi penuhRM10.00
5Penutupan akaun disebabkan tidak layak (kelayakan diragui)RM10.00
6Penutupan akaun yang di bawah pelaburan minimumRM10.00 (sekiranya baki pelaburan kurang RM10.00, jumlah yang ada akan diserap sebagai yuran)
7Pengaktifan semula akaunRM5.00
8 Tuntutan baki pelaburan disebabkan kematian/tidak siuman/gila:
  • Baki pelaburan kurang 100 unit
  • Baki pelaburan 100 unit dan ke atas
 
  • RM1.00
  • RM5.00
9Pindahan cek tuntutan pihak berkuasaRM10.00
10Permintaan bayaran agihan pendapatan melalui cekRM10.00
11 Permohonan imej cek bayaran  
  • Bagi permohonan yang melibatkan tempoh kurang setahun dari tarikh cek dikeluarkan
  • RM10.00 bagi setiap imej cek
  • Bagi permohonan yang melibatkan tempoh lebih setahun dari tarikh cek dikeluarkan
  • RM20.00 bagi setiap imej cek
12Pentadbiran wang tidak dituntut oleh pemegang unitRM10.00 (sekiranya baki pelaburan kurang RM10.00, jumlah yang ada akan diserap sebagai yuran)
13Cetakan semula penyata pengagihan pendapatanRM5.00 setiap tahun
14Cetakan data urus niaga terperinci
  • Tiada caj dikenakan bagi tahun semasa
  • RM22.00 setiap permohonan bagi tempoh selain daripada tahun semasa
15Pengesahan baki pelaburanRM10.00
16Pengesahan status sijilRM10.00 bagi setiap sijil
BORANG-BORANG ASNB
PUSAT MAKLUMAT
  1. Apakah tabung unit amanah
  2. Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus.

    Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah. Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.


  3. Bagaimana unit amanah berfungsi
  4. proses


  5. Faedah melabur dalam unit amanah
    1. Kepelbagaian
    2. Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.

    3. Pengurus yang profesional
    4. Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.

    5. Pentadbiran yang mudah
    6. Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur.

    7. Kecairan
    8. Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.

    9. Berkemampuan untuk melabur
    10. Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.


  6. Risiko berkaitan unit amanah
    • Risiko Am
      1. Risiko Pengurusan Tabung
      2. Pemilihan saham-saham yang akan membentuk aset bagi tabung unit amanah merupakan satu proses yang subjektif. Jenis saham yang dipilih oleh seorang pengurus portfolio mempunyai risiko turun naik yang berbeza berbanding portfolio yang dipilih oleh pengurus portfolio lain.

      3. Risiko Pematuhan
      4. Ketidak patuhan ke atas peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dan lain-lain peraturan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Unit Amanah dan Surat Ikatan, mungkin akan memberi kesan ke atas wang pelabur.

      5. Risiko Kecairan
      6. Pelaburan yang mudah dikeluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Tabung unit amanah yang melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah disebabkan oleh pasaran bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak mudah untuk menjual dan membeli bon pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan memberi kesan kepada kemampuan tabung untuk membayar balik pelabur apabila tabung unit amanah itu dibubarkan.

      7. Risiko Inflasi/Risiko Penurunan Kuasa Membeli
      8. Inflasi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang di mana ia boleh mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan. Dalam suasana inflasi, sekiranya pulangan pelaburan lebih rendah daripada kadar inflasi, ianya akan menurunkan nilai sebenar pelaburan/kuasa membeli.

      9. Risiko Pembiayaan Pinjaman
      10. Melabur di dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding apabila menggunakan wang sendiri. Tabung unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran saham dan instrumen pasaran modal yang lain dan ini menyebabkan nilai unit-unit akan turun naik mengikut portfolionya. Apabila pasaran saham mencatat penurunan, pelabur terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk menampung margin pinjaman mereka. Begitu juga apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan menanggung kos pinjaman yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami kerugian modal pelaburan mereka.

    • Risiko Pelaburan
      1. Risiko Pasaran Modal
      2. Pelabur perlu memahami bahawa tabung unit amanah adalah terdedah kepada turun-naik pasaran modal yang terdiri daripada pasaran saham dan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran modal dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi, pergerakan kadar faedah, prestasi pasaran modal antarabangsa dan polisi fiskal sesebuah negara.

        Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam pasaran ekuiti, prestasinya akan dipengaruhi oleh prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham antarabangsa dan polisi fiskal negara tersebut.

        Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, prestasinya akan dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan polisi fiskal.

      3. Risiko Khusus/Risiko Saham
      4. Risiko khusus atau risiko saham merupakan risiko yang berkaitan dengan syarikat yang menerbitkan saham tersebut. Risiko ini berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat yang tidak cekap, perubahan kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan, tindakan perundangan dan suasanan industri yang kompetitif.


  7. Siapa yang selalu melabur dalam Unit Amanah
  8. Unit amanah adalah satu mekanisma tidak langsung untuk menyertai dalam instrumen pasaran modal Umumnya ia adalah pelaburan berisiko rendah. Oleh itu ia amat bersesuaian bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam jangkamasa yang panjang tetapi kesuntukan masa dan kemahiran untuk mengawasi sendiri prestasi pelbagai instrumen pasaran modal.


  9. Yuran dan Caj
  10. Dalam pelaburan unit amanah terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj jualan/ perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian dan jualan unit dilakukan, yuran jualan balik dan caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

    Dalam menguruskan tabung unit amanah, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah.

    Anda dinasihatkan agar mempertimbangkan semua yuran dan caj yang dikenakan sebelum membuat pelaburan.


  11. Rangka Kerja Badan Kawal Selia Unit Amanah Di Malaysia
  12. Penubuhan dan operasi tabung unit amanah adalah tertakluk di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan garis panduan yang dipantau dari semasa ke semasa dan diuruskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, sebuah badan kawal selia untuk tabung unit amanah di Malaysia. Mengikut undang-undang, surat ikatan perlu didaftarkan pada Suruhanjaya Sekuriti dan perlantikan pengurus, pemegang amanah, pengurus pelaburan, lembaga pengarah, pegawai ketua eksekutif, ahli jawatankuasa pelaburan dan ahli jawatankuasa syariah perlu diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.


  13. Mengukur Prestasi Unit Amanah
  14. Bagi mengukur prestasi tabung unit amanah, pelabur perlu memahami definasi asas pulangan pelaburan.

    1. Jumlah Pulangan
    2. Perubahan di dalam Nilai Aset Bersih (NAB), dengan andaian pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dan tiada transaksi jualan balik dibuat sepanjang tempoh tersebut.

    3. Purata Pulangan Tahunan
    4. Jumlah pulangan untuk tempoh tersebut di bahagikan dengan bilangan tahun dalam tinjauan.

    5. Pulangan Pengagihan Pendapatan (bagi tabung unit amanah berharga tetap)
    6. Pengagihan pendapatan dibahagikan dengan harga tabung, yang ditetapkan pada RM1.00 se unit.

    7. Penanda Aras
    8. Walaupun prestasi masa lalu tabung unit amanah tidak dapat menunjukkan prestasinya untuk masa hadapan, prestasi masa lalu sebuah tabung unit amanah boleh digunakan sebagai perbandingan dengan penanda aras dan tabung unit amanah lain yang mempunyai objektif pelaburan yang sama. Penggunaan penanda aras yang sesuai dengan objektif tabung atau kelas aset banyak memberi faedah kerana kelas aset yang berbeza mempunyai prestasi yang berlainan mengikut keadaan pasaran. Sebagai contoh, kebanyakkan tabung ekuiti melabur dalam ekuiti Malaysia menggunakan penanda aras Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) atau mana-mana indeks Bursa Malaysia. Bagi tabung imbang pula, ia akan menggunakan penanda aras yang mempunyai kombinasi kelas aset. Contohnya, 50:50 iaitu kombinasi KLCI dan 3-bulan KLIBOR. Apabila memilih tabung unit amanah, pelabur harus memilih tabung yang secara konsisten mencatat prestasi melebihi penanda aras atau pesaingnya.


  15. Perbandingan Unit Amanah Dan Instrumen Pelaburan Lain
  16. Semua instrumen pelaburan mempunyai tahap risiko dan pulangan berbeza. Secara amnya, perbandingan risiko dan pulangan bagi pelbagai pelaburan boleh diringkaskan seperti berikut:

      Jenis Pelaburan Tahap Risiko Tahap Jangkaan Pulangan
    1. Produk Derivatif Kewangan Tinggi Tinggi
    2. Pelaburan dalam saham icon_arrow icon_arrow
    3. Hartanah
    4. Unit amanah
    5. Deposit tetap
    6. Tunai Rendah Rendah
SEMAKAN KEPERLUAN KEWANGAN
Back To Top