Menepati keperluan gaya hidup proaktif dan terancang



Objektif Pelaburan

Menjana peningkatan modal yang berpatutan dan agihan pendapatan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

Perumpukan Aset

70% - 90% daripada aset dilaburkan dalam ekuiti dan selebihnya dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang.

Strategi Pelaburan

Strategi pelaburan aktif demi mencapai objektif tabung dengan melabur dalam portfolio yang dipelbagai terutamanya sekuriti tersenarai dan tidak tersenarai, pendapatan tetap dan instrumen pasaran tunai.






Tahun Kewangan Berakhir 30 September
Penilaian Unit Menggunakan asas harga masa hadapan. Harga unit akan ditentukan berdasarkan NAB tabung pada masa penilaian seterusnya selepas permohonan untuk membeli atau menjual unit diterima
Kategori Tabung Ekuiti Pertumbuhan
Penanda Aras • 80% FBM 100
• 20% Simpanan Tetap Maybank 12 Bulan
Pilihan Perlaburan Semula Pengagihan Pendapatan Pengagihan pendapatan (sekiranya ada) yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dalam akaun pelabur
Caj Jualan 5% dari NAB seunit
Tempoh Bertenang Enam (6) hari perniagaan
Pelaburan Permulaan Minima RM10.00 melalui tunai atau eek
Pelaburan Maksima Tiada had
Kelayakan • Warganegara Malaysia
• Seawal usia bayi baru lahir








Melengkapi persaraan yang lebih bermakna



Objektif Pelaburan

Menyediakan peluang aliran tunai dan pendapatan yang berterusan dengan potensi pertumbuhan dalam jangka panjang.

Perumpukan Aset

Di antara 20% ke 80% daripada aset akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang, manakala selebihnya dalam ekuiti.

Strategi Pelaburan

Strategi pelaburan aktif demi mencapai objektif tabung dengan melabur terutamanya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair, serta ekuiti dan lain-lain pelaburan yang dibenarkan.






Tahun Kewangan Berakhir 30 September
Penilaian Unit Menggunakan asas harga masa hadapan Harga unit akan ditentukan berdasarkan NAB tabung pada masa penilaian seterusnya selepas permohonan untuk membeli atau menjual unit diterima
Kategori Tabung Aset Campuran Konservatif
Penanda Aras • 30% FBM 100
• 70% Simpanan Tetap Maybank 12 Bulan
Pilihan Perlaburan Semula Pengagihan Pendapatan Pengagihan pendapatan (sekiranya ada) yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dalam akaun pelabur
Caj Jualan 3.5% dari NAB seunit
Tempoh Bertenang Enam (6) hari perniagaan
Pelaburan Permulaan Minima RM10.00 melalui tunai atau cek
Pelaburan Maksima Tiada had
Kelayakan • Warganegara Malaysia
• Seawal usia bayi baru lahir




Langgan Sekarang!

Dapatkan khidmat Penasihat Kewangan di cawangan kami atau di lebih 2,600 ejen ASNB

Ejen ASNB:

Maybank, CIMB Bank, RHB, BSN, Affin Bank, Alliance Bank, Ambank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank dan Pos Malaysia




Back To Top