Kuiz Pelaburan PNB dianjurkan bertujuan menyampaikan ilmu pelaburan dan perancangan kewangan dengan menggabungkan elemen pendidikan dan ujian minda untuk menarik minat masyarakat supaya cuba memahami kedua-dua perkara penting berkenaan, yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam kehidupan mereka.

Penganjuran Kuiz ini merupakan sebahagian usaha berterusan ASNB untuk menyampaikan ilmu Literasi Kewangan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengurus kewangan yang lebih bijak dan berkesan.

Tahun ini, Kuiz Pelaburan PNB dianjurkan dalam 2 kategori iaitu Kategori Dewasa yang terbuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan Kategori Remaja yang terbuka kepada mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun.

Lima soalan dikemukakan untuk setiap kategori dan peserta hanya perlu membaca artikel yang disertakan untuk mendapatkan petunjuk jawapan.

Penyertaan adalah secara dalam talian di www.asnb.com.my

Back To Top