1. Apakah Kempen Kumpul & Menang
    Kempen Kumpul & Menang bertujuan untuk menggalakkan pelabur membina tabungan kukuh melalui pelaburan dalam ASB yang merupakan unit amanah yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dan telah berada di pasaran lebih 30 tahun

  2. Bilakah tempoh Kempen?
    1 Mac– 31 Disember 2022.

  3. Siapakah yang layak menyertai Kempen ini?
    Kempen ini terbuka kepada pemegang unit ASB seperti berikut:
    a) Pemegang unit sedia ada; dan
    b) Pemegang unit yang membuka ASB semasa tempoh kempen.

  4. Bagaimana untuk menyertai kempen ini?
    Untuk layak menyertai kempen ini, anda mesti memenuhi syarat berikut:
    • Membuat pelaburan ASB (tambahan atau pendaftaran baharu) minimum RM10 dalam tempoh kempen;
    • Pelaburan adalah dalam bentuk tunai melalui platform pelaburan berikut:-
      1. Kaunter cawangan ASNB dan ejen ASNB;
      2. Portal dan aplikasi mudah alih myASNB (www.myasnb.com.my);
      3. Perbankan internet di Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, affinOnline, AmOnline dan HLB Connect;
      4. Mesin ATM Maybank, CIMB dan Ambank;
      5. Skim Potongan Gaji (SPG) (kerajaan dan swasta); dan
      6. Arahan Tetap menerusi Maybank dan Bank Simpanan Nasional
      7. Pelaburan menerusi Auto Labur

  5. Apakah hadiah yang ditawarkan?
    Hadiah ditawarkan dalam bentuk unit amanah ASB dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai

  6. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sekiranya saya adalah salah seorang pemenang?
    Senarai pemenang akan dimuat naik di Laman Web www.asnb.com.my dan media sosial ASNB serta menerusi mana-mana kaedah komunikasi yang bersesuaian.

  7. Bilakah pemenang akan menerima hadiah?
    Hadiah akan dikreditkan ke dalam akaun unit amanah pemenang selepas TIGA (3) bulan dari tempoh kempen berakhir.

  8. Adakah pelaburan menerusi Auto Labur layak menyertai kempen ini?
    Layak. Pelaburan bulanan menerusi Auto Labur juga termasuk dalam kelayakan kempen dan merupakan pelaburan digital.

  9. Adakah pelaburan melalui pembiayaan ASB layak untuk menyertai kempen ini?
    Tidak layak, hanya pelaburan secara tunai sahaja layak menyertai kempen ini.

  1. Apakah mekanisma kempen?
    Mekanisma kempen ialah seperti berikut:
    1. Pelabur layak menerima mata penyertaan bagi setiap pelaburan minimum RM10 dalam ASB;
    2. Mata penyertaan yang diperoleh akan melayakkan pelabur untuk cabutan secara rawak oleh sistem komputer ASNB untuk hadiah bulanan dan hadiah utama; dan
    3. Pelabur boleh mengumpul mata penyertaan sebanyak mungkin sepanjang tempoh kempen.

  2. Bagaimana saya boleh mengumpul lebih banyak mata penyertaan untuk kempen ini?
    Mata penyertaan diperoleh mengikut jumlah pelaburan, iaitu RM1 untuk 1 mata penyertaan bagi pelaburan menerusi saluran selain myASNB dan perbankan internet ejen. Manakala gandaan 3 mata penyertaan diberikan untuk pelaburan menerusi myASNB dan perbankan internet ejen bersamaan RM1 untuk 3 mata.

    Amaun Pelaburan Yang Layak Pelaburan di Cawangan Pelaburan digital melalui myASNB, Auto Labur, perbankan internet ejen, arahan tetap bank, mesin ATM & SPG
    Setiap RM1.00 1 Mata Penyertaan 3 Mata Penyertaan


    Contoh transaksi


    Peserta A
    Membuat pelaburan ASB di cawangan ASNB dan melalui portal myASNB

    Tarikh Amaun Pelaburan (RM) Platform Penyertaan Diperoleh
    1 Mac 150 Cawangan ASNB RM150 = 150 Mata Penyertaan
    25 Mac 1,000 myASNB RM1,000 = 3,000 Mata Penyertaan
    (3 kali ganda melalui myASNB)



    Peserta B
    Membuat pelaburan di cawangan ejen, melalui perbankan internet dan mempunyai Skim Potongan Gaji (“SPG”) ASB setiap bulan

    Tarikh Amaun Pelaburan (RM) Platform Penyertaan Diperoleh
    1 Ogos 100 Cawangan Maybank RM100 = 100 Mata Penyertaan
    15 Ogos 1,000 Perbankan internet ejen RM1,000 = 3,000 Mata Penyertaan
    (3 kali ganda melalui perbankan internet)
    26 Ogos 500 SPG RM500 = 1500 Mata Penyertaan
    (3 kali ganda melalui SPG)

    SERTAI SEKARANG

  1. Kempen ini menawarkan hadiah seperti berikut:

  2. Hadiah Bulanan

    Tempat Bilangan Pemenang  Hadiah
    Pertama 30 RM500.00
    Kedua 50 RM300.00
    Ketiga 250 RM150.00
    Saguhati 500 RM50.00
    Pelabur Milenial 100 E-Baucar bernilai RM30


    Kelayakan:
    1. Pelaburan minimum RM10.00
    2. Tidak membuat sebarang jualan balik untuk mana-mana bulan
    3. Layak menang 1 kali hadiah bulanan sepanjang tempoh kempen
    4. Hadiah bulanan bermula Mac sehingga tarikh penangguhan transaksi pada Disember
    5. Hadiah kategori Pelabur Milenial untuk peserta berusia antara 18 sehingga 30 tahun yang melabur menerusi platform digital

    Hadiah Utama

    Tempat Bilangan Pemenang Hadiah
    Pertama 1 RM10,000.00
    Kedua 2 RM5,000.00
    Ketiga 3 RM2,500.00
    Saguhati 100 RM500.00

    Kelayakan:
    1. Mempunyai minimum 500 Mata terkumpul pada akhir tempoh kempen.
    2. Mempunyai peningkatan ke atas jumlah pegangan pelaburan ASB, sebelum kempen bermula dengan tarikh akhir kempen.

  3. Pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan berkomputer yang diuruskan oleh pihak ASNB.

  4. Semua hadiah adalah dalam bentuk unit amanah ASB dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.


Senarai penuh pemenang Kumpul & Menang 2022

Hadiah Utama

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

SENARAI PENUH PEMENANG KUMPUL & MENANG 2021

Hadiah Utama

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Back To Top