1. Apakah perbezaan antara Portal myASNB dan aplikasi myASNB?

Portal myASNB dan Aplikasi myASNB merupakan dua kemudahan yang disediakan ASNB untuk membolehkan semua pemegang unit mempunyai akses untuk melabur dalam unit-unit amanah ASNB secara atas talian. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin menggunakan aplikasi myASNB, perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal myASNB untuk menetapkan Kata Pengguna dan Kata Laluan.

Pada masa ini, sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal myASNB belum lagi ditawarkan oleh Aplikasi myASNB seperti Auto Labur, Pemindahan dan Penukaran.

2. Menerusi aplikasi myASNB, pemegang unit boleh:

  • Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma*;
  • Menyemak urusniaga terkini;
  • Butiran pelaburan terperinci;
  • Membuka akaun baharu unit amanah ASNB
  • Jualan Balik
  • Penyata Akaun
  • Pelaburan Akaun Bijak/Remaja oleh Penjaga Berdaftar

  • *Nota: Caj Jualan untuk Tabung Unit Amanah Harga Berubah masih dikenakan

3. Berapakah jumlah minimum dan maksimum pelaburan tambahan yang boleh dilakukan menerusi aplikasi myASNB?

Produk Unit Amanah ASNB Pelaburan Minimum Pelaburan Maksimum
Harga Tetap RM10 RM30,000 bagi setiap urus niaga
Harga Berubah

4. Waktu berurus niaga menerusi aplikasi myASNB

Jenis Transaksi Hari Waktu Operasi
Pelaburan Isnin – Ahad 2.00 pagi - 11.00 malam
Jualan Balik 2.00 pagi - 11.59 malam
Penukaran 2.00 pagi - 4.00 petang

Nota: Isnin higga Ahad, waktu tempatan. Bagi transaksi menggunakan perkhidmatan e-dompet, waktu operasi hanya sehingga 4.00 petang.

5. Di manakah aplikasi myASNB boleh di muat turun?

Aplikasi myASNB boleh di muat turun melalui Apple App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery atau klik di sini untuk capaian terus.

6. Versi Android/Huawei/iOS manakah yang menyokong aplikasi baharu myASNB?

Android/Huawei versi 5.0 hingga versi terkini 14.0
iOS versi 13.0 hingga iOS terkini versi 17

7. Apakah perkhidmatan yang terdapat di dalam aplikasi baharu myASNB?

myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya termasuklah:

Sedia ada

  • Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
  • Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan tabung unit amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 30 hari lalu.
  • Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
  • Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
  • Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian.
  • Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama.
  • Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada).
  • Permohonan Penyata – permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya.
  • Perancangan Perwarisan - Pra-pendaftaran Perancangan Perwarisan ASNB.
Baru
Robo Portfolio – Akan datang!

8. Adakah saya masih boleh menggunakan aplikasi myASNB yang lama untuk membuat urus niaga?

Tidak, aplikasi yang lama akan diberhentikan sepenuhnya.

9. Kenapa saya perlu guna aplikasi baharu myASNB?

Kami telah dengar cadangan anda dan ingin menyediakan aplikasi yang lebih mesra pelanggan dengan ciri-ciri serta produk baru.

9. Adakah semua rekod urus niaga saya di aplikasi myASNB yang lama akan dipaparkan di aplikasi myASNB baharu?

Ya kerana semua urus niaga anda dipautkan kepada akaun ASNB anda.

10. Adakah semua rekod urus niaga saya di aplikasi myASNB yang lama akan dipaparkan di aplikasi myASNB baharu?

Ya kerana semua urus niaga anda dipautkan kepada akaun ASNB anda.

11. Perlukah saya membuat ID pengguna/Kata laluan yang baru untuk menggunakan aplikasi baharu myASNB?

Sekiranya ada sudah mempunyai akaun myASNB, anda boleh log masuk ke aplikasi baharu myASNB dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama.

12. Adakah selamat untuk saya membuat transaksi melalui aplikasi myASNB?

Transaksi anda di myASNB adalah selamat kerana ditingkatkan dengan sistem keselamatan yang merangkumi ID pengguna, kata laluan unik anda, SMS TAC, pengesahan frasa keselamatan dan soalan keselamatan.

13. Siapakah yang boleh menggunakan aplikasi myASNB ini?

Aplikasi ini boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia yang merupakan pemegang unit dan bukan pemegang unit ASNB berumur 18 dan ke atas.

14. Saluran manakah saya boleh hubungi sekiranya menghadapi masalah mengakses aplikasi myASNB?

Pihak kami sedia membantu anda! Anda boleh menghubungi kami kami melalui saluran berikut:

Pusat Khidmat Pelanggan ASNB
Tel: 03 -7730 8899
Emel: asnbcare@pnb.com.my
Cawangan ASNB
ASNB Chatbot

15. Apakah akan terjadi kepada Portal myASNB?

Portal myASNB akan berfungsi seperti biasa. Anda boleh log masuk dan menggunakannya seperti normal.

Back To Top