Portal myASNB dan Aplikasi myASNB merupakan dua kemudahan yang disediakan ASNB untuk membolehkan semua pemegang unit mempunyai akses untuk melabur dalam unit-unit amanah ASNB secara atas talian.
Walau bagaimanapun, mereka yang ingin menggunakan aplikasi myASNB, perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal myASNB untuk menetapkan Kata Pengguna dan Kata Laluan.
Pada masa ini, sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal myASNB belum lagi ditawarkan oleh Aplikasi myASNB seperti Auto Labur, Pemindahan dan Penukaran.
Kategori Produk Unit Amanah ASNB | Pelaburan Minimum | Pelaburan Maksimum |
---|---|---|
Harga Tetap | RM100 | RM30,000 bagi setiap urusniaga |
Harga Berubah | RM150 |
Jenis Transaksi | Hari | Waktu Operasi |
---|---|---|
Pelaburan (Semua Dana) | Isnin – Ahad | 2.00 pagi - 11.00 malam |
Jualan Balik (Semua Dana) | 2.00 pagi - 11.59 malam | |
Penukaran (Semua Dana) | 2.00 pagi - 4.00 petang |
Nota: Isnin higga Ahad, waktu tempatan. Bagi transaksi menggunakan perkhidmatan e-dompet, waktu operasi hanya sehingga 4.00 petang.
Capaian ke Apple Appstore | https://apple.co/2UrwweJ |
Capaian ke Google Playstore | http://bit.ly/myASNBapp |
Sebelum anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih myASNB, anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB Portal terlebih dahulu di www.myasnb.com.my. Sekiranya anda sudah mendaftar myASNB, anda boleh terus log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan myASNB Portal sedia ada anda.