Versi Bahasa
 

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 5 Ogos 2009
Objektif Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
 
Pelabur Sasaran
  • Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
  • Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.
 
Kelayakan Warganegara Malaysia.
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus PelaburanPermodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Permulaan Minimum Buku Pelaburan - 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan - 1 unit
  • KWSP - RM1,000
Pelaburan Maksimum Tiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS 1Malaysia. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh tawaran permulaan, had pelaburan maksimum sebanyak 50,000 unit akan dikenakan bagi setiap pelabur yang berumur 55 tahun dan ke bawah manakala pelabur yang berumur melebihi 55 tahun akan dikenakan had pelaburan maksimum sebanyak 100,000 unit. Pengurus juga mempunyai budibicara untuk mengenakan sebarang had pelaburan maksimum pada sebarang tempoh yang lain.
 
Saiz Tabung 14.0 bilion unit
Caj Jualan Tiada. Walaubagaimanapun, Pengurus mempunyai budibicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut.
 
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta-merta
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 30 September


Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan

Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

   

PRESTASI TABUNG

Tahun Berakhir 30 September
2011
2012
2013
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
6.50
6.60
6.70
Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham 1Malaysia yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.

Cetak Laman Ini               Anda Perlukan Khidmat Nasihat?