Versi Bahasa
 

SKIM PELABURAN AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

S1 Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP ?

Skim Pelaburan Ahli KWSP ini adalah satu kemudahan kepada pemegang unit yang mempunyai simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP. Mereka boleh melabur sebahagian daripada jumlah tersebut ke dalam unit-unit amanah ASNB yang dibenarkan. Sebarang perubahan pada kemudahan ini tertakluk pada KWSP.
 
Jadual dibawah menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur :

Umur
 (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

Umur
 (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000

Anda boleh mengeluarkan tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP.

Anda boleh membuat pelaburan setiap 90 hari dari tarikh pemindahan yang terakhir dibuat.

 
S2 Bolehkah saya menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk semua unit-unit amanah yang diuruskan oleh ASNB?
 

Tidak boleh. Anda hanya boleh membuat pelaburan melalui KWSP ke dalam unit-unit amanah AS 1Malaysia, ASW 2020,ASD, ASN 2, ASN 3 dan ASG sahaja. 

Semua  pelaburan  yang  dibuat  melalui  KWSP  ini  adalah  tertakluk  kepada jumlah unit yang ada di dalam mana-mana tabungan tersebut.
   
S3 Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ini?

Anda perlulah menjadi ahli di dalam unit amanah tersebut terlebih dahulu. Seterusnya, anda perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut ke mana-mana Pejabat ASNB:-

  1. Kad Pengenalan asal dan salinan
  2. Penyata Kira-Kira KWSP yang terkini
  3. Borang Pelaburan Tambahan ASNB yang telah dilengkapkan
  4. Borang KWSP 9N (AHL) yang telah dilengkapkan

Borang-borang di atas boleh diperolehi di Pejabat-pejabat ASNB yang berhampiran.

   
S4 Bolehkah saya menjual balik pelaburan ini?

Boleh, tetapi semua perolehan dari jualan balik pelaburan melalui KWSP ini akan dibayar terus kepada KWSP untuk dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.

   
S5 Bolehkah saya mengeluarkan pengagihan pendapatan daripada pelaburan ini?

Tidak boleh. Semua pengagihan pendapatan tahunan daripada pelaburan melalui KWSP ini (jika ada) akan dikreditkan semula ke dalam akaun pelaburan melalui KWSP anda.  Jika sekiranya saiz tabungan telah penuh, semua pengagihan pendapatan tahunan daripada pelaburan melalui KWSP ini akan dibayar kepada KWSP untuk dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.

   
S6 Bagaimanakah saya boleh mengetahui simpanan saya layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan yang layak dilaburkan.

Ahli

Umur

Simpanan Akaun 1 (RM)

Simpanan Asas(RM)

Pengiraaan:Simpanan Akaun 1- Simpanan Asas x 20%

Kelayakan Ahli

A

22

4,000

5,000

-

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

B

22

8,000

5,000

(8,000-5,000) x 20%    = RM600

Ahli tidak layak memohon.  Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.

C

25

20,000

9,000

(20,000-9,000) x 20%  = RM2,200

Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200.

D

40

40,000

44,000

-

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

E

45

100,000

64,000

(100,000-64,000) x 20% = RM7,200

Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.