Soalan Kuiz Pelaburan PNB 2020 – Kategori Remaja
Apakah Kuiz Pelaburan PNB -Kategori Remaja
Kuiz Pelaburan PNB – Kategori Remaja ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia antara 13 hingga 17 tahun
Bilakah tarikh tutup penyertaan?
25 Oktober 2020
Bagaimana pemilihan pemenang dilakukan?
Terdapat 2 peringkat pemilihan pemenang:
Bagaimana untuk menyertai Kuiz Pelaburan PNB 2020 - Kategori Remaja ini?
Sempena Kuiz Pelaburan PNB 2020, ASNB akan menerbitkan artikel beserta 6 soalan Kuiz Pelaburan PNB dalam dua akhbar iaitu Berita Harian dan Sinar Harian selama 5 hari berturut-turut bermula dari 1 Oktober hingga 5 Oktober 2020.
Petunjuk untuk jawapan bagi setiap soalan ada disediakan dalam artikel berkenaan yang dterbitkan bersama soalan Kuiz Pelaburan PNB termasuk 5 kata kunci yang diperlukan untuk soalan ke-6.
Artikel juga akan dipaparkan di laman web ASNB (www.asnb.com.my) sehingga tarikh tutup Kuiz Pelaburan PNB - Remaja.
Penyertaan adalah secara dalam talian di www.asnb.com.my.
Apakah hadiah yang ditawarkan untuk kategori ini?
Hadiah ditawarkan untuk kategori Remaja seperti berikut :
Pemenang x Nilai Hadiah | |
Pertama | 5,000 |
Kedua | 2 X 3,500 |
Ke-tiga | 3 X 2,500 |
Ke-empat | 5 X 1000 |
Ke-lima | 20 X 300 |
Saguhati | 225 X 100 |
Semua hadiah adalah dalam bentuk unit amanah ASNB
Adakah saya perlu menjadi pelabur mana-mana unit amanah ASNB untuk menyertai Kuiz Pelaburan ini?
Tidak perlu.
Bagaimanapun anda perlu membuka mana-mana akaun unit amanah ASNB (akaun akan ditetapkan penganjur) sekiranya terpilih sebagai pemenang dan belum mempunyai akaun dengan ASNB.
Dimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut Kuiz Pelaburan PNB 2020
Sila layari laman web asnb di www.asnb.com.my untuk terma dan syarat lengkap Kuiz Pelaburan PNB 2020