MAKLUMAT KORPORAT

Pengurus Dana iaitu ASNB adalah anak syarikat milik penuh PNB. ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 dan telah berada dalam industri lebih 40 tahun. ASNB kini mengurus 18 dana yang bernilai RM276.48 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2023.

MAKLUMAT KEWANGAN ASNB

Berikut adalah ringkasan prestasi lalu ASNB berdasarkan akaun beraudit bagi tempoh lima tahun lepas dari tahun 2019 hingga 2023:

Tahun Berakhir 31 Disember
  RM’000
2023
RM’000
2022
RM’000
2021
RM’000
2020
RM’000
2019
Modal Terbayar 30,000 30,000 30,000 30,000 30,000
Dana-dana Pemegang Saham 281,962 233,138 323,604 331,191 264,819
Hasil 857,918 902,245 1,287,501 1,216,277 1,345,089
Untung Sebelum Cukai 70,540 156,746 551,254 505,496 601,077
Untung Selepas Cukai & Zakat 48,824 109,535 407,412 375,372 451,675
AHLI LEMBAGA PENGARAH

ASNB mempunyai ahli-ahli Lembaga Pengarah berpengalaman yang mempunyai latar belakang dalam bidang pelaburan, kewangan dan pengurusan sektor awam. Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan secara berkala bagi memantau dan memastikan objektif-objektif dana tercapai. Ia bertanggungjawab untuk merangka dasar dan garis panduan syarikat ke arah pencapaian objektif tersebut.

 



YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda
Pengerusi
Pengarah Bukan Eksekutif/Bukan Bebas




YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Ahmad
Pengarah
Pengarah (Bukan Bebas)




nik-norzru-thani-nik-hassan-thani

YBhg Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani
Pengarah
Bukan Eksekutif/Bebas
 



nik-ramlah-mahmood

YBhg Dato' Dr. Nik Ramlah
Nik Mahmood
Pengarah
Bukan Eksekutif/Bebas
 



enMH

YBhg Datuk Mohd Anwar
Yahya
Pengarah
Bukan Eksekutif/Bebas
 



muzz

Encik Faisal Ariff
Pengarah
Bukan Eksekutif/Bebas
 



enmuzz

Encik Muzzaffar
Othman
Pengarah Eksekutif
Eksekutif/Bukan Bebas
 



muzz

Encik Mohd Irwan Ahmad Mustafa @ Mustafa
Pengarah
Pengarah Eksekutif/Bukan Bebas
 
AHLI JAWATANKUASA PELABURAN
Jawatankuasa Pelaburan Dana bertanggungjawab dalam yang berikut:
  • Menyediakan polisi pelaburan dan garis panduan bagi pengurusan dana yang berkesan dan cekap dengan menggabungkan tadbir urus korporat yang baik dan amalan terbaik dalam pengurusan dana.
  • Menyediakan panduan ke arah memenuhi objektif dana dan memastikan pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit.
  • Meluluskan pelan dan strategi pelaburan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi meningkatkan dan memaksimumkan nilai portfolio pelaburan.
  • Mempertimbangkan semua perkara yang difikirkan sesuai.
  • Secara purata, Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat sekali sebulan tetapi mungkin berjumpa dengan lebih kerap jika perlu.
Ahli Jawatankuasa Pelaburan bagi Tabung Unit Amanah di bawah Pengurusan ASNB
1 YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda
Pengerusi, Ahli Bukan Bebas
2 YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Ahmad
Ahli Bukan Bebas
3YBhg. Datin Norazah binti Mohamed Razali
Ahli Bebas
4YBhg Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani
Ahli Bebas
5YBhg Dato’ Johan Ariffin
Ahli Bebas
PANEL PENASIHAT SYARIAH PNB

Panel Penasihat Syariah PNB ditugaskan untuk memberi nasihat dan panduan tentang perkara-perkara berkaitan
Syariah bagi pelaburan PNB, serta memastikan pematuhan PNB terhadap prinsip-prinsip Syariah pada setiap masa.




sMD

Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
Pengerusi

sNG

Dato’ (Dr.) Haji
Nooh Gadot
 
sMS

SS Dato’ Haji Mohamad Shukri
Mohamad
 
sAO

Dr. Aida Othman
 
sMZ

Prof. Dr. Ashraf Md Hashim
 
JAWATANKUASA PENASIHAT SYARIAH BAGI TABUNG PATUH SYARIAH ASNB

Jawatankuasa penasihat syariah bagi tabung patuh syariah ASNB ditubuhkan untuk memberi nasihat berkenaan sebarang perkara-perkara
berkaitan Syariah bagi tabung Islamik ASNB, mengikut Garis Panduan Dana Unit Amanaholeh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).




sMZ

Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
 
sNG

Dato’ (Dr.) Haji
Nooh Gadot
 
sAO

Dr. Aida Othman
 
KUMPULAN PENGURUSAN
enmuzz

Encik Muzzaffar Othman
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif
 



Encik Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee
Ketua Pegawai Strategi
 



Encik Mohd Azlan Masood
Ketua Pegawai Operasi
 



Encik Mohd Ikhram Mokhtar
Ketua, Intitutional Sales
 



Puan Normazura Berahim
Ketua, Pengurusan Produk
 



Encik Chai Han Hsiang
Ketua, Jualan Digital
 



Cik Natasha Abd Aziz
Ketua Pemasaran & Penjenamaan
 



Puan Rose Emalinda Jamiah Mahat
Ketua, Unit Trust Governance, Risk & Compliance
 



Encik Mohd Izzat Fadhli Azman
Naib Presiden, Robo Advisory
 
PENYEDIA PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA
Pengurus mendapatkan perkhidmatan fungsi-fungsi berikut secara sumber luar daripada PNB agar operasinya konsisten dengan amalan Kumpulan PNB di mana pentadbiran dan fungsi penyeliaan bagi semua entiti dalam Kumpulan PNB disatukan dan dilaksanakan di peringkat kumpulan. Oleh sebab ASNB adalah anak syarikat milik penuh PNB dan sebahagian daripada Kumpulan PNB, fungsi penyeliaan ASNB diberi kepada PNB untuk mengurangkan pertindihan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dalam Kumpulan PNB untuk mencapai kecekapan operasi optimum.

  1. Perkhidmatan Undang-undang
  2. Perkhidmatan Sumber Manusia
  3. Perkhidmatan Perolehan
  4. Perkhidmatan Teknologi Maklumat
  5. Perkhidmatan Komunikasi Korporat
  6. Perkhidmatan Pemprosesan Pelaburan
  7. Fungsi Audit Dalaman
  8. Fungsi Pengurusan Risiko
  9. Fungsi Pematuhan
 
SETIAUSAHA SYARIKAT KUMPULAN

Puan Hartini binti Zainal Abidin, Group Head
Ketua, Setiausaha Syarikat & Undang-Undang Kumpulan, PNB
 
PERSEKITARAN BEBAS RASUAH
Kami komited dalam mengguna pakai piawaian tertinggi tingkah laku integriti dan etika di setiap aspek aktiviti dan operasi perniagaan kami. Kami menerapkan Persekitaran Perniagaan Bebas Rasuah daripada segala bentuk rasuah dan suapan, dan mengambil pendirian tegas terhadap perilaku tersebut.




PEMBERIAN MAKLUMAT


ASNB komited kepada piawaian tertinggi dalam mengamalkan sikap terbuka, kejujuran dan akauntabiliti. Selaras dengan komitmen tersebut, ASNB mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat terhadap sebarang salah perilaku dalam organisasi ASNB untuk tampil dan menyuarakan keprihatinan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Nota Penting Polisi Pemberian Maklumat Kumpulan PNB.




Borang Pemberian Maklumat

KOD ETIKA PERNIAGAAN (CoBE) KUMPULAN PNB


CoBE ini terpakai kepada Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNB serta rakan perniagaannya. Mereka hendaklah bertindak dan bekerja dengan jujur dan berintegriti pada setiap masa dan mematuhi CoBE ini. Untuk butiran terperinci mengenai CoBE ini, sila klik di sini.

PERNYATAAN POLISI PENCEGAHAN SOGOKAN DAN PENCEGAHAN RASUAH KUMPULAN PNB (Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNB)


Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNB ini menetapkan tanggungjawab Lembaga Pengarah, pengurusan kanan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNB serta rakan perniagaannya berkenaan dengan memperhatikan dan menegakkan prinsip Persekitaran Perniagaan Bebas Sogokan/Rasuah, yang merupakan sebahagian daripada usaha pencegahan rasuah Kumpulan PNB. Ianya juga memberikan panduan dan sebilangan besar standard yang wajib dipatuhi oleh mereka, tanpa terkecuali. Untuk perincian mengenai Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNB, sila klik di sini.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KUMPULAN PNB 2022 - 2024


OACP Kumpulan PNB ini adalah dokumen pelan antirasuah bersepadu dan salah satu komitmen peringkat tertinggi oleh Kumpulan PNB dalam mencegah rasuah. Ia menggariskan potensi risiko berkaitan tadbir urus, integriti dan rasuah dalam Kumpulan PNB, dan akan menjadi rujukan dan panduan utama mengenai isu-isu berkaitan pencegahan rasuah, untuk diterima pakai dan dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalaman Kumpulan PNB. OACP ini memenuhi inisiatif No. 6.2.1 Pelan Antirasuah Negara 2019 - 2023 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2019. Untuk perincian mengenai OACP Kumpulan PNB, sila klik di sini.






CARA MELAPORKAN SEBARANG KETIDAKPATUHAN, PENIPUAN, RASUAH ATAU SOGOKAN



Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan
Bahagian Pematuhan & Integriti,
Permodalan Nasional Berhad,
Tingkat 89, Menara Merdeka 118,
Presint Merdeka 118, 50118
Kuala Lumpur W.P. Kuala Lumpur
CIgO@pnb.com.my
603 - 2639 3797
Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Lembaga Pengarah Kumpulan PNB
Permodalan Nasional Berhad,
Tingkat 91, Menara Merdeka 118,
Presint Merdeka 118, 50118
Kuala Lumpur W.P. Kuala Lumpur
BCC_Chairman@pnb.com.my




Back To Top