i-Invest adalah platform layan diri atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP yang membantu di dalam pengurusan pelaburan ahli dalam dana unit amanah yang diluluskan. Platform ini menyediakan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat keputusan pelaburan yang termaklum. Melalui i-Invest, ahli turut menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap, akses yang mudah bila-bila masa/di mana sahaja, caj perkhidmatan yang lebih rendah (kerana tidak melalui khidmat ejen), dan lain-lain fungsi (boleh melihat semua pegangan pelaburan ahli).
Ahli KWSP boleh menggunakan kemudahan ini jika memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:-
Anda boleh melaksanakan transaksi berikut:-
Boleh, anda boleh melaksanakan permohonan pelaburan melalui i-Invest dan anda telah mendaftar akaun portal myASNB. Sekiranya anda belum mendaftar akaun portal myASNB, skrin yang dipaparkan akan membantu anda membuka akaun portal myASNB.
Tidak boleh. Anda perlu mempunyai akaun unit amanah dengan ASNB untuk melabur wang KWSP anda melalui portal i-Akaun (Ahli) KWSP. Pembukaan akaun unit amanah ASNB boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau Ejen ASNB
Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-
Baki dikemaskini di portal myASNB | 3 hari bekerja |
Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP | 4 hari bekerja |
Bagi penukaran dana unit amanah ATAU jualan balik, baki akan dikemaskini seperti berikut :-
Baki dikemaskini di portal myASNB | 3 hari bekerja |
Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP | 4 hari bekerja |
Anda tidak boleh menambah jumlah pelaburan di portal myASNB. Hanya pengurangan jumlah pelaburan sahaja dibenarkan di portal myASNB. Sekiranya anda ingin menambah pelaburan kepada jumlah baharu ia perlu dilaksanakan menerusi i-Invest semula.
Transaksi | Minimum | Maksimum |
Pembelian | RM1,000 | Berdasarkan had pelaburan di KWSP |
Penukaran (switching) | RM0.01 | Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda |
Jualan balik | RM1.00 | Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda |
Transaksi | Caj |
Pembelian | Unit amanah harga berubah: Caj jualan 0.5% Unit amanah harga tetap: Tiada |
Penukaran (switching) | hanya pertukaran daripada unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5% |
Jualan balik | Tiada |
Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi transaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 8 tabung pada satu masa pengeluaran.
Ya. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian menerusi i-Invest melebihi satu tabung unit amanah dalam satu-satu masa. Pemilihan unit amanah perlu dilaksanakan di i-Akaun (Ahli) KWSP dan ia tidak boleh ditambah ketika anda berada di akaun portal myASNB.
Kemudahan penukaran untuk unit amanah harga berubah ASNB dalam SPA-KWSP melalui i-Invest telah ditangguhkan sementara mulai 6 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Anda boleh melakukan transaksi penukaran untuk unit amanah harga berubah ASNB di semua cawangan ASNB seluruh negara.
Ya, anda masih boleh melakukan transaksi pembelian dan jualan balik unit amanah harga berubah ASNB dalam SPA-KWSP menerusi platform i-Invest.
Tidak. Tiada pindaan terhadap caj penukaran bagi SPA-KWSP. Rujukan mengenai caj penukaran SPA-KWSP melalui transaksi kaunter boleh diakses melalui laman web rasmi ASNB. Klik di sini.