11. Bolehkan saya mendaftar semula Auto Labur untuk unit amanah harga berubah selepas menamatkannya?
Langkah 1: Log masuk ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my
Langkah 2: Klik Auto Labur. Kemudian klik Pendaftaran
Langkah 3: Pilih akaun yang dikehendaki untuk membuat potongan Auto Labur dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 4: Pilih unit amanah yang dikehendaki serta lengkapkan maklumat Nama Bank, Tarikh Potongan dan Jumlah Potongan.
Langkah 5: Resit Transaksi akan dipaparkan setelah pendaftaran berjaya. Caj RM1.00 akan ditolak dari akaun bank anda untuk process pengesahan akaun. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB anda dalam bentuk unit.
Langkah 6: Jika pilihan Auto Labur adalah untuk unit amanah yang tiada dalam portfolio sedia ada pelabur, pelabur perlu membuat pelaburan permulaan terlebih dahulu. Pendaftaran bagi Auto Labur hanya boleh dibuat setelah perlaburan permulaan telah berjaya.