KEMUDAHAN PELABURAN MENGGUNAKAN KAD DEBIT


  1. Apakah yang ditawarkan oleh kemudahan ini?

    Kemudahan ini membenarkan pemegang unit menggunakan kad debit sebagai ganti tunai atau cek untuk membuat pelaburan permulaan atau tambahan di Cawangan ASNB, Unit Bergerak ASNB (UBA) atau ASNB “Mobile Sales”.

  2. Apakah kebaikan pelaburan melalui kemudahan kad debit ini?

    Dengan adanya kemudahan ini, pemegang unit tidak perlu lagi membawa wang tunai apabila ingin melabur sama ada di Cawangan ASNB, Unit Bergerak ASNB (UBA) atau ASNB “Mobile Sales”. Untuk pelaburan menerusi UBA, jumlah pelaburan juga tidak lagi terhad kepada jumlah pelaburan tunai yang dibenarkan (ketika ini jumlah pelaburan tunai di UBA adalah terhad kepada RM200 untuk satu transaksi).

  3. Adakah semua Cawangan ASNB menawarkan kemudahan ini?

    Kemudahan ini telah ditawarkan di semua cawangan ASNB seluruh negara.

  4. Adakah saya akan dikenakan sebarang caj menggunakan kemudahan kad debit ini?

    Tidak. Tiada sebarang caj dikenakan untuk kemudahan ini.

  5. Adakah ASNB boleh menerima kad debit yang dikeluarkan oleh bank luar negara?

    ASNB hanya menerima kad debit yang dikeluarkan oleh bank Malaysia yang mempunyai logo MyDebit untuk kemudahan ini.

  6. Adakah terdapat sebarang jumlah pelaburan minimum atau maksimum untuk pelaburan menerusi kad debit ini?

    Jumlah pelaburan minimum adalah tertakluk kepada had pelaburan permulaan/pelaburan tambahan minimum mengikut sesuatu tabung unit amanah ASNB. Jumlah pelaburan maksimum pula adalah tertakluk kepada jumlah had maksimum yang dibenarkan oleh bank bagi kad debit pelabur terlibat ataupun had pelaburan maksimum sesuatu tabung unit amanah ASNB, yang mana lebih rendah.

  7. Adakah saya perlu mengisi borang pelaburan permulaan/tambahan sekiranya melabur menggunakan kad debit?

    Ya, borang pelaburan permulaan/tambahan perlu diisi seperti biasa.

  8. Adakah kemudahan ini turut disediakan di ejen-ejen ASNB?

    Kemudahan ini hanya disediakan di cawangan-cawangan ASNB, Unit Bergerak ASNB (UBA) dan ASNB “Mobile Sales” sahaja.

  9. Adakah pelaburan melalui kad debit akan dikreditkan serta merta ke dalam akaun pemegang unit?

    Ya, unit akan dikreditkan serta merta ke dalam akaun pemegang unit.

  10. Adakah waktu urus niaga pelaburan menggunakan kad debit sama seperti waktu urus niaga di cawangan ASNB?

    Ya, waktu urus niaga pelaburan menggunakan kad debit adalah sama seperti waktu urus niaga sedia ada Cawangan ASNB.

Back To Top