Anda boleh mula melakukan urus niaga jualan balik melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB bermula pada 27 April 2020.
Mengikut waktu operasi sedia ada bagi portal myASNB dan aplikasi mudah alih myASNB; iaitu
Jualan Balik (semua dana)
Isnin – Ahad, 02:00 pagi hingga 11.59 malam (waktu tempatan)
Pemegang unit boleh mendaftar di laman web portal www.myasnb.com.my.
Klik pautan di sini untuk cara-cara mendaftar portal myASNB.
Anda juga boleh akses kepada aplikasi mudah alih myASNB selepas mendaftar di portal myASNB.
Pastikan nombor telefon bimbit anda telah dikemas kini di mana-mana cawangan atau ejen ASNB sebelum mendaftar portal.
Tidak. Buat masa ini hanya laman web portal myASNB (https://www.myasnb.com.my/) menyediakan perkhidmatan urus niaga jualan balik unit amanah ASNB dalam talian.
Perkhidmatan ini juga tersedia di aplikasi mudah alih myASNB. Anda boleh memuat turun aplikasi di Google Play dan App Store.
Anda boleh melakukan jualan balik dalam talian untuk kesemua unit amanah ASNB.
Tiada sebarang caj dikenakan.
Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:
Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik (unit) | Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan Ogo | Status urus niaga |
---|---|---|---|---|
11/8 | ASB | 1400 | 600 | Berjaya |
15/8 | ASB 3 Didik | 600 | 0 | Berjaya |
20/8 | ASN | 100 | 0 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 2,000.00 unit bagi bulan Ogos.
Ya. Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos :
Tarikh | Unit Amanah (Unit) | Jumlah Jualan Balik | Baki Bilangan Urus Niaga Jualan Balik yang dibenarkan bulan Ogos |
Status urus niaga |
---|---|---|---|---|
6/8 | ASB | 500 | 2 | Berjaya |
11/8 | ASB | 200 | 1 | Berjaya |
15/8 | ASB 3 Didik | 100 | 0 | Berjaya |
20/8 | ASN | 1000 | 0 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Ogos.
Walau bagaimanapun, bagi urus niaga yang dilakukan selepas jam 04.00 petang pada hari terakhir mana-mana bulan boleh menjejaskan had jualan balik anda untuk bulan berikutnya, bergantung kepada tarikh transaksi diproses.
Had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak 2,000 unit sebulan kerana ia merupakan satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera untuk pemegang unit pada waktu memerlukan.
Memandangkan unit amanah adalah bentuk pelaburan jangka sederhana dan panjang, pemegang unit digalakkan untuk mengekalkan pelaburan untuk memperoleh manfaat pelaburan dan hanya melakukan jualan balik ketika perlu.
Tidak boleh. Had maksimum telah ditetapkan di dalam sistem.
Ya. Anda boleh melaksanakan urus niaga jualan balik unit amanah yang berbeza pada hari yang sama, tertakluk kepada jumlah had maksimum yang dibenarkan dalam talian.
Ya. Anda boleh menjual balik berulang kali dalam talian pada hari yang sama tetapi tertakluk kepada jumlah had maksimum dan had bilangan urus niaga yang dibenarkan.
Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Nota: Anda tidak dibenarkan menambah dan menjual balik dalam unit amanah ASNB yang sama pada hari yang sama.
Tidak. Pemindahan dan pertukaran unit antara unit amanah ASNB tidak akan menjejaskan had jualan balik dalam talian
Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya. Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
Boleh. Anda boleh kemas kini butiran akaun bank semasa dalam membuat urus niaga jualan balik di portal myASNB. Terdapat butang pilihan untuk mengemas kini butiran akaun bank.
Pemegang unit bertanggung jawab memastikan nombor akaun bank anda adalah di atas nama anda, betul dan berstatus aktif.
Jualan Balik akan dikreditkan ke dalam akaun bank berdaftar anda pada hari bekerja berikutnya. Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 untuk maklumat lanjut berkenaan urus niaga anda.
Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan. Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
Tidak boleh. Urus niaga jualan balik dalam talian hanya dibenarkan untuk Akaun Dewasa sahaja.
Anda berkemungkinan telah terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan akaun portal myASNB yang pernah anda daftar sebelum ini.
Sila layari laman web portal myASNB (www.myasnb.com.my) dan klik ‘Lupa ID Pengguna’ atau ‘Lupa Kata Laluan’ dan ikuti langkah seterusnya untuk mengakses akaun portal anda.
Akaun myASNB yang tidak diakses selama lebih 1 tahun akan menjadi dorman. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 untuk mengaktifkannya semula.
Anda dinasihatkan untuk segera menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.
Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.
Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.
Langkah mudah pengeluaran pelaburan secara dalam talian - Portal myASNB