ASNB laksana Program Kemaskini Butiran
Pelabur Mandatori


Pelabur yang dihormati,

Di ASNB, kami memastikan ASNB mempunyai pengkalan data pelabur yang lengkap dan terkini dalam usaha kami menambah baik produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua pelabur ASB dan unit amanah ASNB yang lain selain melindungi akaun pelabur.

Bermula 11 November 2019, ASNB melaksanakan Program Kemas Kini Butiran Peribadi Pelabur Mandatori di semua Cawangan dan Ejen ASNB, dimana perlabur dikehendaki mengemaskini hanya sekali sahaja beberapa tambahan maklumat peribadi bagi memenuhi keperluan oleh pihak kawal selia industri.

Selaras dengan perlaksanaan program kemas kini butiran peribadi ini, tempoh untuk memproses transaksi pelabur di Cawangan ASNB atau Ejen ASNB mungkin akan mengambil sedikit masa berbanding sebelum ini kerana melibatkan pengesahan secara masa nyata (real time) dan dikemaskini ke sistem kami bagi memastikan perlindungan data peribadi pelabur berada pada tahap tertinggi.

Untuk melancarkan proses kemas kini ini, anda perlu membawa bersama MyKad asal dan membawa MyKid/MyKad dan sijil lahir bagi transaksi yang melibatkan Akaun Remaja/Akaun Bijak anak anda.

Selain itu, pengguna myASNB yang berdaftar boleh mengemas kini butiran peribadi melalui portal myASNB, di mana anda perlu mengemas kini sebaik sahaja berjaya log masuk ke akaun myASNB anda.

Pelabur yang telah mengemas kini butiran peribadi digalakkan untuk menggunakan kemudahan dalam talian yang kami tawarkan menerusi portal myASNB di www.myasnb.com.my, antaranya pelaburan tambahan, pelaburan bulanan automatik Auto Labur dan semakan urus niaga serta baki terkini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan program ini, boleh mengemukakan pertanyaan kepada Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899, atau melalui Facebook Amanah Saham Nasional Berhad atau ASNBTweet.

Terima kasih.

AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD

Pelabur boleh mengemaskini maklumat peribadi di :

Cawangan ASNB

Ejen ASNB

Portal myASNB (Untuk pengguna myASNB)

Back To Top