ASNB akan menawarkan kemudahan kepada pemegang unit memilih
untuk menerima
pengagihan pendapatan setelah ditolak zakat.
Berdasarkan pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 4 September 2025 serta keputusan fatwa Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 22 September 2025, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang pada 13 Oktober 2025, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 28 Oktober 2025, Mesyuarat Jamaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 30 Oktober 2025, penilaian zakat bagi pelaburan unit amanah harga tetap ASNB adalah melalui kaedah al Mustaghallat secara kolektif (khultah)