MAKLUMAT AM
     
  1. Urus Niaga Unit Amanah
    1. Saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah ASNB. Apakah yang perlu saya lakukan?
    2. Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) terkini bagi tabung-tabung terlibat, yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan. Naskah-naskah prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di cawangan ASNB dan ejen ASNB. Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) juga boleh di muat turun melalui Laman Web ASNB.

    3. Di manakah saya boleh membuka akaun baru, menambah dan mengeluarkan pelaburan saya?
    4. Anda boleh membuat urus niaga tersebut di cawangan ASNB atau di ejen-ejen ASNB iaitu:

      • Maybank
      • Maybank Islamic
      • CIMB
      • CIMB Islamic
      • RHB
      • RHB Islamic
      • Pos Malaysia
      • Bank Simpanan Nasional (BSN)
      • Affin Bank
      • Alliance Bank
      • AmBank
      • AmBank Islamic
      • Bank Muamalat
      • HongLeong Bank
      • HongLeong Islamic Bank
      • Bank Islam
      • AFFIN Islamic

      Tambahan pelaburan juga boleh dilakukan melalui portal ASNB di www.myasnb.com.my atau secara dalam talian menerusi Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnline, RHBNow dan HLB Connect. Tertakluk kepada terma dan syarat.

    5. Adakah saya dikenakan tempoh bertenang ("Cooling-off Period") apabila saya membuat pelaburan?
    6. Tidak. Anda boleh melakukan urus niaga pengeluaran pelaburan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB.

    7. Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit antara unit amanah yang lain ("Switching Between Funds") dan di mana ianya boleh dilakukan?
    8. Boleh, tetapi ianya hanya terhad kepada unit-unit amanah berikut sahaja iaitu:

      • Antara tabung ASB dan ASN. Pindahan dari ASB ke ASN atau sebaliknya, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tiada had bilangan pindahan ditetapkan.
      • Antara tabung ASN Imbang 2, ASN Equity 3 dan ASN Sara 1. Pindahan unit antara tabung ASN Imbang 2, ASN Equity 3 dan ASN Sara 1 hanya terhad kepada 4 kali sahaja di dalam setiap tahun kewangan.
      Permohonan untuk pemindahan unit ini boleh dibuat di cawangan ASNB atau ejen ASNB yang terdekat dengan menggunakan borang khas yang ditetapkan.

    9. Di manakah saya boleh mengetahui harga Nilai Aset Bersih (NAB) unit-unit amanah ASNB?
    10. Anda boleh mendapatkannya di akhbar harian (Utusan Malaysia) atau di cawangan ASNB atau di ejen ASNB atau melalui Laman web ASNB atau telefon Jabatan Pengurusan Ejen dan Perhubungan Pelanggan di 03-2057 3000.

    11. Bagaimanakah harga Nilai Aset Bersih (NAB) bagi unit-unit amanah yang berharga berubah-ubah ditentukan?
    12. Harga seunit ditentukan berdasarkan harga masa hadapan. Penilaian dibuat pada setiap penghujung hari bekerja. NAB seunit ditentukan mengikut penilaian berikutnya selepas permohonan urusniaga diterima oleh ASNB.

    13. Bagaimanakah pengiraan Nilai Aset Bersih (NAB) seunit dilakukan?
    14. Nilai Aset Bersih (NAB) seunit dana dikira dengan membahagikan NAB Dana dengan unit dalam edaran, dan ianya digenapkan kepada empat titik perpuluhan. NAB seunit ini akan dijadikan asas bagi pengiraan Harga Pengurus.

    15. Apakah kelebihan yang saya dapat jika saya membuat pelaburan di dalam unit-unit amanah ASNB?
    16. Anda akan mendapat kelebihan-kelebihan seperti berikut:

      • Portfolio pelaburan yang dipelbagaikan membantu mengurangkan risiko pelaburan
      • Urus niaga serta-merta untuk belian dan jualan balik
      • Rangkaian ejen-ejen ASNB yang meluas di seluruh negara
      • Pengurusan yang profesional dan berpengalaman
      • Mampu dimiliki kerana tidak memerlukan modal yang besar
      • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh Amanah Raya Trustees Berhad, sebagai pemegang amanah

    17. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit amanah ASNB ini?
    18. Anda boleh ke cawangan ASNB yang berhampiran , menghubungi Pusat Panggilan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

     
  2. Pecahan Unit ASN Equity 2
    1. Apakah itu pecahan unit?
    2. Pecahan unit adalah suatu aktiviti pembahagian satu unit tunggal dalam skim unit amanah kepada dua atau lebih unit berdasarkan nisbah yang dipersetujui oleh syarikat pengurusan unit amanah.

    3. Berapakah pecahan unit yang diumumkan?
    4. Ahli Lembaga Pengarah ASNB telah bersetuju untuk melaksanakan pecahan unit pada nisbah 1-unit-untuk-1 unit pegangan (1:1).

    5. Mengapakah pihak ASNB melaksanakan pecahan unit untuk ASN Equity 2?
    6. Setakat 30 Jun, 2014, ASN Equity 2 secara konsisten telah mencatatkan jumlah pulangan tahunan yang menggalakkan berbanding penanda aras cipta suainya (80% Indeks FTSE Bursa Malaysia 100 dan 20% Kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-Bulan) bagi tempoh 3-tahun, 5-tahun dan 10-tahun. Pecahan unit juga akan menurunkan nilai aset bersih (NAB) seunit tabung kepada separuh, menjadikan lebih menarik kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baru.

    7. Siapakah yang layak untuk mendapat pecahan unit ini?
    8. Pemegang unit yang mengekalkan unit pelaburan ASN Equity 2 sehingga pada 18 Julai, 2014.

    9. Adakah unit yang dilabur menerusi KWSP layak menerima pecahan unit ini?
    10. Ya. Setiap unit yang dilabur menerusi KWSP akan terlibat sama dalam pelaksanaan pecahan unit.

    11. Adakah unit yang dilabur menerusi pinjaman/cagaran layak menerima pecahan unit ini?
    12. Ya. Unit tambahan yang diterima akan dicagarkan bersama dengan unit pinjaman/cagaran asal.

    13. Adakah syarat minima 1,000 unit yang perlu dikekalkan melalui Hibah/ Pengisytiharan Amanah layak menerima pecahan unit ini?
    14. Ya. Walau bagaimanapun, syarat 1,000 unit akan kekal seperti yang termaktub dalam surat perjanjian. Unit tambahan 1,000 unit lagi akan dikreditkan ke dalam buku pelaburan.

    15. Bilakah tarikh pelaksanaan pecahan unit ASN Equity 2 ini?
    16. Pelaksaan pecahan unit akan menggunakan nilai aset bersih (NAB) tabung pada 18 Julai, 2014 dan aktiviti ini akan dipaparkan pada 19 Julai, 2014 di dalam buku pelaburan para pemegang unit.

    17. Adakah unit-unit yang diperoleh menerusi pengagihan pendapatan ASN Equity 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014 terlibat dengan pecahan unit?
    18. Hanya unit-unit yang masih kekal sehingga pada 18 Julai, 2014 sahaja, akan terlibat dengan aktiviti pecahan unit ini.

    19. Adakah pecahan unit akan mengurangkan nilai pelaburan pemegang unit?
    20. Tidak. Pecahan unit ini akan meningkatkan unit dalam edaran sebanyak sekali ganda dan sekaligus nilai aset bersih (NAB) seunit tabung akan diselaraskan kepada separuh. Pada masa yang sama nilai tara (par value) tabung juga akan berubah dari RM1.00 kepada RM0.50. Oleh itu, pecahan unit tidak akan mengurangkan nilai pelaburan pemegang unit kerana walaupun NAB seunit berkurang, jumlah unit yang dipegang oleh pemegang akan meningkat berdasarkan nisbah pecahan unit tersebut. Dengan itu, nilai pelaburan pemegang unit masih kekal sama.

      *Unit pegangan sebelum pecahan unit Nilai tara sebelum pecahan unit *Harga seunit tabung sebelum pecahan unit *Nilai pelaburan sebelum pecahan unit *Unit tambahan yang diterima selepas pecahan unit
      1,000 RM1.000 RM1.3557 RM1,355.70 1,000
      2,000 RM1.000 RM1.3557 RM2,711.40 2,000
      3,000 RM1.000 RM1.3557 RM4,067.10 3,000
      *Jumlah unit pegangan selepas pecahan unit Nilai tara selepas pecahan unit *Harga seunit tabung selepas pecahan unit *Nilai pelaburan selepas pecahan unit
      2,000 RM0.5000 RM0.6779 RM1,355.70
      4,000 RM0.5000 RM0.6779 RM2,711.40
      6,000 RM0.5000 RM0.6779 RM4,067.10

      * Nota: Ini hanyalah simulasi pengiraan, bukanlah nilai sebenar bagi pelaburan ASN Equity 2.

    21. Apakah kesan pecahan unit ke atas kadar pengagihan pendapatan pada tahun-tahun berikutnya?
    22. Kadar pengagihan pendapatan ASN Equity 2 yang bakal diumumkan pada masa hadapan akan disesuaikan selaras dengan aktiviti pecahan unit ini. Sebagai contoh, jika kemampuan tabung pada masa akan datang dengan andaian tiada aktiviti pecahan unit adalah sebanyak 6.00 sen seunit, kadar pengagihan pendapatan akan diselaraskan kepada 3.00 sen seunit sejajar dengan pecahan unit. Walau bagaimanapun, penyelarasan kadar pengagihan pendapatan ini tidak akan memberikan kesan berbeza ke atas pulangan pengagihan (dividend yield) seperti yang digambarkan dalam jadual di bawah. Oleh yang demikian, adalah menjadi keutamaan kepada ASNB bagi memastikan prestasi ASN Equity 2 untuk menjana jumlah pulangan (total return) yang kompetitif tercapai seiring dengan objektif tabung.

      Pulangan pengagihan (dividend yield) tanpa pecahan unit
      Kadar pengagihan pendapatan (sen seunit) Harga seunit sebelum pengagihan pendapatan Harga seunit selepas pengagihan pendapatan Pulangan pengagihan (dividend yield)
      6.80 RM1.4014 RM1.3334 5.10%
      6.90 RM1.4014 RM1.3324 5.18%
      7.00 RM1.4014 RM1.3314 5.26%
      Pulangan pengagihan (dividend yield) dengan pecahan unit
      Kadar pengagihan pendapatan (sen seunit) Harga seunit sebelum pengagihan pendapatan Harga seunit selepas pengagihan pendapatan Pulangan pengagihan (dividend yield)
      3.40 RM0.7007 RM0.6667 5.10%
      3.45 RM0.7007 RM0.6662 5.18%
      3.50 RM0.7007 RM0.6657 5.26%
    23. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemegang unit untuk mengetahui baki jumlah unit selepas pecahan unit dilaksanakan?
      • Mohon cetak penyata pelaburan ASN Equity 2 di kaunter-kaunter Cawangan ASNB atau ejen-ejen.
      • Pelaburan Menerusi Skim KWSP: Sila rujuk penyata pelaburan ASN Equity 2 yang akan diedarkan.

    24. Apakah kebaikan pecahan unit kepada pelabur?
    25. Pecahan unit ini akan menyelaraskan harga NAB seunit tabung. Harga pelarasan ASN Equity 2 yang baru ini menjadikannya lebih menarik kepada pelabur-pelabur baru dan juga bagi pelabur-pelabur yang sedia ada untuk meningkatkan pegangan unit mereka di dalam ASN Equity 2. Pelabur-pelabur juga diharap dapat mengambil peluang ke atas prestasi tabung ASN Equity 2 yang secara konsisten telah mencatatkan jumlah pulangan tahunan yang menggalakkan berbanding penanda aras cipta suainya.

    26. Apakah kebaikan pecahan unit kepada ASNB?
    27. Pecahan unit akan menggalakkan langganan ASN Equity 2. Kenaikan unit dalam langganan ini dapat membantu tabung untuk meningkatkan pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang dilihat berpotensi memberikan pulangan berpatutan.

     
  3. Peningkatan had pelaburan individu kepada 200,000 unit bagi akaun remaja Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan akaun bijak Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)
    1. Apakah tabung unit amanah yang terlibat dengan peningkatan had pelaburan individu ini?
    2. Tabung unit amanah yang terlibat dalam peningkatan had pelaburan individu ini adalah:

      1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
      2. Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

    3. Apakah had pelaburan individu baharu bagi Akaun Remaja ASB dan Akaun Bijak ASB 2?
    4. Had pelaburan individu baharu bagi Akaun Remaja ASB dan Akaun Bjak ASB 2 adalah 200,000 unit.


    5. Berapakah jumlah had pelaburan Akaun Remaja ASB dan Akaun Bijak ASB 2 sebelum ditingkatkan?
    6. Had pelaburan individu Akaun Remaja ASB dan Akaun Bijak ASB 2 sebelum peningkatan adalah terhad kepada 50,000 unit sahaja.


    7. Apakah rasional bagi peningkatan had pelaburan individu ini?
    8. Langkah ini merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan golongan muda mengamalkan tabiat melabur secara berhemah dalam tabung unit amanah ASNB.


    9. Bilakah had pelaburan baru ini akan mula dilaksanakan?
    10. 2 Januari 2018.

PENDAFTARAN
     
  1. Kelayakan Melabur
    1. Siapakah golongan bumiputera yang layak melabur di dalam tabung unit amanah ASNB (termasuk Penjaga Berdaftar)?
    2. Bumiputera adalah Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang tertakrif di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperi yang didefinasikan di dalam Akta Orang Asli 1954.


    3. Adakah golongan bukan bumiputera dibenarkan melabur di dalam tabung unit amanah ASNB yang dikhaskan untuk bumiputera?
    4. Terdapat beberapa golongan bukan bumiputera iaitu warganegara Malaysia yang dibenarkan untuk melabur di dalam unit amanah ASNB seperti yang termaktub dalam Prospektus Induk ASNB dan Helaian Serlahan Produk.


    5. Siapakah golongan yang tidak layak melabur di dalam tabung unit amanah ASNB (termasuk Penjaga Berdaftar)?
      • Bukan Warganegara
      • Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia

    6. Apakah yang menyebabkan saya tidak layak melabur atau akaun ditutup?
      • Bukan warganegara Malaysia
      • Bukan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (Bagi tabung unit amanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja)
      • Tidak dapat mengemukakan dokumen yang menunjukkan keturunan yang dibenarkan melabur
      • Gagal memberi maklumbalas yang diperlukan, selepas surat peringatan dikeluarkan oleh ASNB

    7. Pengesahan taraf Bumiputera dari pihak berwajib manakah yang diterimapakai oleh ASNB bagi melayakkan individu untuk melabur didalam tabung unit amanah ASNB yang dikhaskan kepada golongan Bumiputera?
      • PHEANS (Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah)
      • MANWPL (Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan)
      • SAN (Sijil Anak Negeri dari Mahkamah Bumiputera Sarawak)

    8. Perlukah pemegang unit mengemukakan salinan surat (PHEANS/MANWPL/SAN) semula, sekiranya dia pernah membuka akaun di ASNB dengan menggunakan dokumen tersebut dan ingin membuka akaun lain di ASNB?
    9. Sekiranya pemegang unit telah melalui proses permohonan kelayakan dan telah disahkan layak oleh ASNB, beliau tidak perlu lagi menghantar dokumen tersebut. Cawangan/Ejen ASNB boleh berhubung dengan Ibu Pejabat ASNB untuk mendapatkan pengesahan kelayakan bagi pemohon tersebut. Jika tidak, pemohon perlu mengemukakan dokumen pengesahan untuk melabur.

PELABURAN
     
  1. Skim Pelaburan Ahli KWSP
    1. Siapakah yang layak memohon Skim Pelaburan Ahli-KWSP (SPA-KWSP)?
    2. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mencarum menerusi simpanan KWSP.

    3. Berapakah jumlah minimum pelaburan dan kekerapan pelaburan yang dibenarkan KWSP?
    4. Jumlah minimum pelaburan adalah RM1,000 dan tiada had pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP selagi jumlah tersebut tidak melebihi jumlah pelaburan yang maksima.

    5. Apakah kaedah pengiraan yang digunakan KWSP bagi menentukan jumlah yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1?

    6. Jumlah pelaburan maksimum adalah 30% daripada Jumlah Simpanan Akaun 1 KWSP yang telah ditolak dengan Simpanan Asas = [(Jumlah Simpanan Akaun 1-Simpanan Asas) x 30%]

      Contoh:

      Pemohon berusia 36 tahun dan mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam Akaun 1 KWSP = [(100,000 – 62,000) X 30%]
      = 11,400
    7. Berapakah kadar simpanan asas yang telah di tetapkan KWSP?
    8. Sila klik link berikut : Jadual Kadar Simpanan Asas KWSP


     
  2. Skim Potongan Gaji
    1. Berapakah jumlah minimum untuk potongan gaji setiap bulan yang dibenarkan?
    2. Potongan minimum yang dibenarkan adalah RM10.

    3. Bagaimanakah cara untuk menyertai perkhidmatan SPG ini?
    4. Untuk kakitangan swasta perlu mengisi borang Borang Kemudahan Potongan Gaji (PPS-SPG) dan dihantar terus ke unit gaji di majikan masing-masing.
      Untuk kakitangan perkhidmatan awam hendaklah mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPG ASNB) dan dihantar terus ke bahagian/unit gaji di majikan masing-masing.

    5. Bilakah tarikh sebenar potongan gaji dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit sedangkan potongan tersebut telah dipotong di dalam penyata gaji?
    6. ASNB akan mengkreditkan dalam masa 7 hari daripada tarikh ASNB menerima dokumen lengkap daripada Majikan dan bukan dari tarikh potongan gaji tersebut dipotong oleh majikan dari gaji pekerja (penyata gaji).

    7. Bolehkah pemegang unit membuat potongan gaji dengan Biro Angkasa dan JANM secara serentak?
    8. Boleh. Bagaimanapun, ASNB menasihatkan pemegang unit supaya membuat hanya satu potongan sahaja dalam satu-satu masa.

    9. Perlukah permohonan melalui Borang Kebenaran Potongan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPG ASNB) mendapat pengesahan di cawangan ASNB?
    10. Berkuatkuasa 1 Jun 2021, permohonan tersebut tidak perlu lagi mendapatkan pengesahan di cawangan ASNB tetapi perlu memenuhi syarat seperti di bawah:

      Sila sertakan mana - mana bahagian atas dokumen berikut yang memaparkan nama dan nombor ahli sebagai bukti pengesahan anda telah menjadi pemegang unit ASNB.

      • Penyata Pegangan Pelaburan Unit Amanah (terkini)*
      • Penyata Terperinci*
      • Penyata Pengagihan Pendapatan Tahunan*
      • Penyata Suku Tahunan -Skim Pelaburan Ahli KWSP*
      • Mana-mana dokumen ASNB yang mempunyai cetakan komputer yang memaparkan nombor ahli ASNB.

        *Dokumen di atas boleh diperolehi melalui portal myASNB (pemegang unit mesti mendaftar sebagai pengguna portal myASNB), cawangan ASNB atau ejen ASNB yang berhampiran.

    11. Bagaimana jika ingin bertukar potongan gaji daripada Biro Angkasa ke JANM?
    12. Pemegang unit perlu memaklumkan kepada Biro Angkasa melalui surat berhubung pemberhentian SPG ASNB. Apabila potongan gaji tidak lagi ditolak oleh Biro Angkasa (semak melalui penyata gaji), pemegang unit bolehlah melengkapkan dan hantar Borang SPG JANM bersama Borang SG20 kepada majikan.


     
  3. Sijil Pelaburan
    1. Di manakah pemegang unit boleh memohon untuk melabur dalam bentuk sijil?
    2. Mulai 28 Jun 2017 urus niaga pelaburan dalam bentuk sijil telah digantikan dengan bentuk 'Scriptless'. ASNB tidak lagi mengeluarkan sijil.

    3. Di manakah proses tukar bentuk sijil ke buku dapat dilakukan?
    4. Pemegang unit boleh membuat permohonan tukar bentuk sijil di Kaunter Utama ASNB atau Cawangan ASNB.

    5. Bagaimanakah pemegang unit boleh membuat gantian sijil yang rosak atau hilang?
    6. Pemegang unit boleh membuat permohonan di Kaunter Utama atau Cawangan ASNB. Walau bagaimanapun sijil tidak dikeluarkan. Ianya akan terus dilaburkan dalam bentuk pelaburan tunai.


    Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin Oleh Kerajaan Yang Melibatkan Tabung Unit Amanah ASNB - ASW Bandar dan ASB Sejahtera
    1. Adakah peserta boleh menggunakan wang prinsipal pembiayaan?
    2. Tidak boleh. Peserta hanya layak untuk wang pengagihan pendapatan, wang prinsipal akan adalah hak milik Kerajaan.

    3. Berapakah jumlah pembiayaan (prinsipal) yang ditawarkan untuk program ASW Bandar?
    4. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM10,000.

    5. Berapakah jumlah pembiayaan (prinsipal) yang ditawarkan untuk program ASB Sejahtera?
    6. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM5,000.

PEMINDAHAN & PENUKARAN
     
  1. Pemindahan Unit antara Tabung Unit Amanah ASNB
    1. Bolehkah pemegang unit Bumiputera melakukan pemindahan unit kepada pemegang unit bukan Bumiputera, atau sebaliknya?
    2. Bagi unit amanah yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tiada sekatan untuk pemindahan unit dari pemegang unit Bumiputera kepada pemegang unit bukan Bumiputera, dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, pemindahan tersebut tertakluk kepada unit-unit yang sedia ada dan peruntukan kaum (jika berkenaan).


    3. Bolehkah seorang kanak-kanak/remaja di bawah umur (pemegang unit berumur kurang daripada 18 tahun) melakukan transaksi pemindahan unit?
    4. Transaksi untuk kanak-kanak/remaja di bawah umur (pemegang unit berumur kurang daripada 18 tahun) hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar sahaja.


    5. Adakah pemohon pemindahan unit (pemegang unit/penjaga berdaftar) dan penerima pindahan unit perlu hadir untuk melakukan transaksi pemindahan unit?
    6. Hanya pemohon pemindahan unit (pemegang unit/penjaga berdaftar) sahaja yang perlu hadir untuk melakukan transaksi pemindahan unit.

      Sila rujuk Prospektus Induk dan mana-mana Prospektus Induk Tambahan untuk maklumat lanjut bagi kemudahan tabung-tabung unit amanah ASNB.


     
  2. Penukaran Unit antara Tabung Unit Amanah ASNB
    1. Adakah pemegang unit dibenarkan memindahkan unit dari tabung ASB kepada tabung ASB 2 kanak-kanak/remaja di bawah umur?
    2. Ya, tetapi pemegang unit perlu melakukan 2 transaksi;

      • Pertama, pemegang unit perlu melakukan penukaran unit dari tabung ASB ke tabung ASB 2,
      • Kedua, pemegang unit perlu melakukan pemindahan unit dari tabung ASB 2 pemegang unit kepada tabung ASB 2 kanak/remaja di bawah umur.

      Penukaran unit adalah tertakluk kepada unit-unit yang sedia ada. Urusniaga juga adalah tertakluk kepada yuran pemindahan dan penukaran.

    3. Di manakah saya boleh merujuk yuran penukaran atas talian (online) yang dipinda untuk tabung unit amanah ASNB?
    4. Yuran penukaran terkini boleh diakses melalui laman web rasmi ASNB dan yuran telah dipinda berkuatkuasa 6/5/2023. Klik di sini.


    5. Platform manakah yang akan terlibat dalam pindaan yuran penukaran?
    6. Semakan yuran penukaran atas talian (online) untuk unit amanah harga berubah ASNB melalui platform digital ASNB sahaja iaitu portal/aplikasi myASNB dan mesin kiosk. Yuran penukaran melalui transaksi kaunter masih kekal dan tidak berubah.


    7. Adakah yuran penukaran SPA-KWSP melalui i-Invest juga dipinda?
    8. Tidak. Yuran penukaran SPA-KWSP tidak berubah.

      Walau bagaimanapun, kemudahan penukaran atas talian untuk unit amanah harga berubah ASNB dalam SPA-KWSP melalui platform i-Invest ditangguh buat sementara berkuatkuasa dari 6/5/2023 hingga 31/12/2023 dan anda boleh melakukan transaksi penukaran anda untuk unit amanah harga berubah ASNB di mana-mana cawangan ASNB.

      Butiran mengenai yuran penukaran SPA-KWSP melalui transaksi kaunter boleh diakses melalui laman web rasmi ASNB. Klik di sini.


      Sila rujuk Prospektus Induk dan mana-mana Prospektus Induk Tambahan untuk maklumat lanjut bagi kemudahan tabung-tabung unit amanah ASNB.

TUNTUTAN HARTA PUSAKA
     
  1. Borang T1
    1. Adakah diterima Borang T1 yang waris hanya menurunkan salah satu cap jari ATAU tandatangan?
    2. Tidak boleh, berdasarkan tatacara semasa waris perlu menurunkan tandatangan dan cap ibu jari kiri. Sekiranya tiada salah satu, sila nyatakan sebab ketiadaan, contohnya "Tidak tahu membaca atau menulis".

    3. Bolehkah cap ibu jari pada Borang T1 menggunakan 'stamp pad' dakwat biru?
    4. Tidak boleh, hanya 'stamp pad' dakwat hitam yang diterimapakai.

    5. Bolehkah Mahkamah menurunkan cop Mahkamah Sesyen pada ruangan Setem Hasil, di Surat Akuan dan Jaminan Gantirugi?
    6. Tidak boleh, setem hasil hanya boleh dimatikan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pejabat Setem Hasil (LHDN).

    7. Bolehkah Cawangan ASNB menurunkan cop tarikh pada Setem Hasil yang tidak dimatikan oleh Pesuruhjaya Sumpah di ruangan Bahagian C di Borang T1?
    8. Tidak boleh. Setem Hasil hanya boleh dimatikan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pejabat Setem Hasil (LHDN).

    9. Kenapa perlu mengisi Surat Akuan dan Jaminan Gantirugi?
    10. Ianya bertindak sebagai pengakuan dari waris / pentadbir bahawa semua maklumat adalah tepat dan benar dan waris faham dengan semua syarat-syarat dan bersetuju dan bersedia menjamin gantirugi kepada ASNB dari sebarang tuntutan bersabit permohonan dan pembayaran harta pusaka tersebut kepada mereka serta bagi melindungi ASNB dan harta pusaka si mati.


     
  2. Dokumen Pertalian/Sokongan
    1. Bolehkah sijil nikah luar negara diterima bagi waris bukan warganegara?
    2. Tidak boleh. Waris perlu mendaftarkan sijil nikah tersebut di Malaysia terlebih dahulu. Hanya dokumen yang dikeluarkan di Malaysia diterimapakai.

    3. Bolehkah sijil lahir luar negara diterima bagi waris bukan warganegara?
    4. Boleh. Pemprosesan adalah mengikut tatacara semasa.

    5. Bolehkah diterima dokumen pengesahan pertalian dari luar negara?
    6. Tidak boleh.

    7. Bagaimana jika waris tiada dokumen pertalian?
    8. Dapatkan surat pengesahan pertalian daripada salah satu organisasi berikut iaitu JPN, JAKOA atau Sijil Faraid. Atau sila dapatkan surat kuasa mentadbir dari Mahkamah Tinggi Sivil atau Mahkamah Anak Negeri Sabah/Sarawak.

    9. Apakah dokumen pertalian?
    10. Sijil Nikah, Sijil lahir, Kad Pesara atau dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan pertalian antara simati dan waris.

    11. Bolehkah diterima Surat Pengesahan Pertalian daripada Pesuruhjaya Sumpah?
    12. Tidak boleh.

    13. Bagi kes waris yang tiada dokumen pertalian dan cabutan di JPN menyatakan TIADA REKOD, apakah dokumen-dokumen lain yang boleh disertakan bagi bukti pertalian.
    14. Waris perlu mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah (bagi tuntutan RM10,000 dan ke bawah) atau Surat Kuasa Mentadbir bagi membuktikan bayaran boleh dibuat kepada waris.

    15. Bolehkah pihak ASNB menerima dokumen Sijil Kematian yang tidak mempunyai nombor Kad Pengenalan si mati (pemegang unit)?
    16. Waris perlu mendapatkan pengesahan di JPN bahawa sijil kematian tersebut adalah milik pemegang unit yang sama seperti di sistem ASNB.

    17. Bolehkah menggunakan permit perkuburan bagi menggantikan sijil kematian?
    18. Boleh dengan syarat rekod di JPN telah dikemaskini.

    19. Bagaimana jika sijil kematian hilang/rosak?
    20. Dapatkan salinan sijil kematian (cabutan semula) daripada JPN.

    21. Bagaimanakah tuntutan harta bagi pemegang unit yang telah melepaskan kewarganegaraan?
    22. Dapatkan surat pengesahan kematian daripada JPN dan lengkapkan borang T1 mengikut tatacara semasa.

    23. Kes kematian pemegang unit meninggal dunia di luar negara. Bolehkah menggunakan sijil kematian dari luar negara?
    24. Tidak boleh. Perlu dapatkan surat pengesahan kematian daripada JPN.


     
  3. Dokumen Surat Kuasa Mentadbir
    1. Apakah Surat Kuasa Mentadbir?
    2. Adalah perintah pembahagian dan pentadbiran harta pusaka yang terletak di bawah bidangkuasa agensi Persekutuan seperti Amanah Raya Berhad, Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian dan Mahkamah Tinggi Sivil bagi menentukan waris/pentadbir yang berhak menerima harta pusaka si mati.

    3. Surat Kuasa Mentadbir ada, tetapi tiada nombor kad pengenalan waris/si mati.
    4. Waris hendaklah membetulkan Surat Kuasa Mentadbir tersebut dengan memasukkan nombor kad pengenalan si mati. Sila pastikan ianya sama dengan buku/sijil.

    5. Jika amaun pelaburan berjumlah kurang dari RM10,000, tetapi penerima yang dinyatakan di Surat Kuasa Mentadbir adalah bukan waris kadim, adakah ASNB akan membayar baki simati kepada penerima tersebut?
    6. ASNB akan membuat pembayaran mengikut Surat Kuasa Mentadbir tersebut.

    7. Bolehkah Sijil Faraid atau Perintah Pembahagian dari Mahkamah Syariah digunakan bagi menuntut baki simati?
    8. Sijil Faraid atau Perintah Pembahagian dari Mahkamah Syariah hanya diterima sekiranya unit pelaburan terkumpul simati berjumlah kurang dari RM10,000. Bagi unit pelaburan terkumpul melebihi RM10,000, ianya tidak boleh diterimapakai kerana bidang kuasa melantik pentadbir terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil kecuali jika ianya dari Mahkamah Syariah Sabah/Sarawak atau yang menyatakan dengan jelas aset si mati adalah Hibah.

    9. Bolehkah permohonan yang menggunakan Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Labuan diproses oleh ASNB?
    10. Tidak Boleh. Seksyen 1 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, menyatakan Akta ini digunapakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Oleh itu undang-undang pentadbiran Islam bagi Labuan adalah sama seperti Kuala Lumpur.


     
  4. Sijil Pinjaman
    1. Simati mempunyai pinjaman SARA 1Malaysia, bagaimana proses tuntutan harta?
    2. Waris boleh mengisi Borang T1. Unit Tuntutan Harta Pusaka, ASNB akan memaklumkan pihak Unit SARA 1M bagi proses pembatalan dengan pihak bank. Setelah selesai barulah proses tuntutan harta boleh diproses oleh ASNB.

    3. Bagaimana jika pemegang unit yang telah meninggal dunia masih ada sijil pinjaman atau sijil dicagarkan kepada Bank atau Institut Pemberi Pinjaman?
    4. Pihak waris perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan bank pemberi pinjaman terlibat.

      Seterusnya, pihak bank/Institut Pemberi Pinjaman perlu mengemukakan sama ada:

      1. Surat Pelepasan Sijil yang asal kepada Unit Sijil, Jabatan Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod, ASNB untuk dibuat pelepasan status sijil sebelum permohonan tuntutan harta pusaka di buat ATAU
      2. Surat jualan balik kepada Jabatan Akaun ASNB bagi proses jualan balik sijil kepada bank/institusi pemberi pinjaman

    5. Ada sesetengah ejen yang enggan menjual balik sijil dan meminta waris untuk menjual balik sijil dimana waris tidak berkemampuan bagi menyelesaikan sijil cagaran tersebut?
    6. Pihak waris perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan bank pemberi pinjaman terlibat.


     
  5. Kaedah Pembayaran
    1. Sekiranya cek tamat tempoh, apakah tindakan yang perlu diambil?
    2. Sila mohon gantian cek melalui Cawangan ASNB. Jabatan Akaun, ASNB akan memproses untuk menggantikan cek tersebut.

    3. Bagaimanakah tuntutan pusaka oleh waris bukan bumiputera yang melibatkan tabung-tabung unit amanah yang telah penuh dilanggan?
    4. Pembayaran tuntutan pusaka boleh diproses melalui pindahmilik walaupun tabung unit amanah telah habis dilanggan selagi waris mempunyai pelaburan di dalam tabung unit amanah yang sama.

    5. Kenapa perlu dibuat pembetulan nama, nombor kad pengenalan atau alamat waris bagi kes pindah milik?
    6. Ini bagi memastikan tiada kesilapan semasa proses bayaran disamping waris mengemaskini rekod terkini di ASNB. Sila kemas kini maklumat peribadi waris/pemegang unit sekiranya terdapat perbezaan di Cawangan ASNB atau Ejen ASNB di seluruh negara.


     
  6. Maklumat Simati
    1. Bagaimana proses tuntutan bagi simati yang mempunyai lebih dari 1 akaun bagi tabung unit amanah yang sama?
    2. Waris dikehendaki mengemukakan dokumen bagi membuktikan simati adalah orang yang sama atau surat kuasa mentadbir membenarkan bayaran bagi akaun yang berbeza (maklumat kedua-dua Kad Pengenalan).

    3. Apakah Beza Data atau Beza Maklumat Si Mati?
    4. Beza data adalah perbezaan maklumat Si mati iaitu nama atau nombor kad pengenalan di antara dokumen sokongan yang disertakan dengan sistem ASNB.

      Surat Kuasa MentadbirPembetulan di dokumen surat kuasa mentadbir daripada pihak yang mengeluarkan surat kuasa mentadbir tersebut adalah diperlukan dengan disertakan nama, jawatan, tarikh dan tandatangan.
      Tanpa Surat Kuasa MentadbirDokumen pengesahan adalah diperlukan bagi mengesahkan maklumat yang berbeza adalah merujuk kepada orang yang sama.
      Nama Si Mati berbeza dengan sistem bagi kes Mualaf/MurtadSertakan dokumen rasmi pertukaran agama bagi mengesahkan ianya merujuk kepada orang yang sama.
    5. Kenapa perlu dibuat penukaran/pembetulan nama atau no. k/p waris bagi kes pindah milik?
    6. Jika pembayaran melalui pindahmilik, maklumat di sistem dan dokumen hendaklah sama bagi membolehkan pindahmilik berlaku.

    7. Bolehkah tuntutan dibuat sekiranya terdapat perbezaan gelaran pada nama si mati?
    8. Boleh, dengan syarat nombor kad pengenalan si mati di dalam sistem ASNB dan dokumen tuntutan adalah sama.


     
  7. Maklumat Waris
    1. Bolehkah keluarga tiri membuat tuntutan?
    2. Boleh, sekiranya terdapat maklumat pertalian si mati ada di dokumen sokongan waris (sama ibu atau bapa).

    3. Apabila salah seorang waris muflis, adakah ASNB akan memproses permohonan tersebut? Jika ditolak apakah sebabnya?
    4. Berdasarkan Klausa 24(4) Akta Kebankrapan 1967, apabila seseorang diisytiharkan muflis, harta mereka bukan lagi menjadi hakmilik mereka, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Pengarah Insolvensi.

    5. Bolehkah tuntutan dibuat sekiranya terdapat perbezaan maklumat pada surat kuasa mentadbir dengan kad pengenalan waris?
    6. Tidak boleh. Pembetulan pada Surat kuasa perlu dilakukan dan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

    7. Adakah bekas isteri/suami simati boleh membuat tuntutan?
    8. Tidak boleh. Hanya waris kadim dibenarkan menuntut.

    9. Bolehkah tuntutan dilakukan oleh satu-satunya waris kadim yang masih di bawah umur (18 tahun ke bawah)?
    10. Tidak boleh, perlu mendapatkan perintah mahkamah atau perlu menunggu sehingga waris mencapai umur 18 tahun.

    11. Bolehkah tuntutan dilakukan oleh satu-satunya waris kadim tetapi waris yang mengalami kecelaruan mental (terencat akal)?
    12. Tidak boleh. Perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi pentadbir harta.

    13. Bolehkah tuntutan dibuat oleh dari waris kadim berlainan agama bagi tuntutan di bawah RM10,000?
    14. Tidak boleh. Waris kadim mestilah sama agama dengan si mati. Waris perlu mendapatkan surat kuasa mentadbir agar pembayaran dapat dilakukan kepada waris.

    15. Siapakah waris kadim?
    16. Suami/isteri, anak, ayah/ibu, adik-beradik, datuk/nenek.

    17. Bagaimanakah menyelesaikan tuntutan pusaka jika salah seorang waris di surat kuasa mentadbir tidak mahu bekerjasama?
    18. Waris-waris yang lain yang menuntut boleh menulis surat rasmi kepada ASNB menyatakan waris tersebut tidak memberi kerjasama dan surat tersebut perlu ditandatangani oleh semua waris lain yang nama ada dalam surat kuasa mentadbir. Seterusnya, ASNB akan menulis surat ke waris tersebut bagi mendapatkan maklumbalas sekiranya terdapat kes ulang bicara atau perintah terbaru.

    19. Jika seorang penjaga meninggal dunia dan mempunyai lebih dari satu akaun remaja dimana beliau menjadi penjaga, adakah waris perlu mengisi Borang T1 bagi setiap akaun yang terlibat?
    20. Tidak perlu. Hanya isi satu Borang T1.

KHAIRAT ASNB
 
  1. Bilakah struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa?
  2. Struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020. Sebarang permohonan yang diterima pada atau selepas tarikh kuat kuasa tersebut adalah tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ASNB.


  3. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan Khairat?
  4. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    PerkaraSyarat-syarat
    Pemohon (Waris Qadim)*
    • Pemohon adalah waris kepada si mati/pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
    • Salah seorang Penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati
    Unit Amanah TerlibatSi mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit
    Tempoh Tuntutan Permohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit

    *Waris bukan Islam layak menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam.


  5. Di manakah waris boleh memohon bantuan Khairat ASNB?
  6. Permohonan bantuan Khairat ASNB boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen mengikut prosedur terkini.


  7. Bagaimana waris menerima Khairat ASNB?
  8. Penerimaan bantuan Khairat ASNB adalah secara tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen.


  9. Berapakah jumlah kelayakan bantuan Khairat ASNB untuk struktur yang baharu?
  10. Kelayakan bantuan Khairat ASNB adalah tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

    Jumlah Pegangan UnitJumlah Khairat
    Bawah 1,000.00 unitRM200
    1,000.00 unit dan ke atasRM500

  11. Jika waris memohon bantuan Khairat ASNB pada 15 Oktober 2020 dan tarikh kematian pemegang unit adalah sebelum tarikh tersebut, adakah waris tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ini?
  12. Ya. Bantuan Khairat akan diproses mengikut tarikh permohonan di cawangan ASNB atau ejen.


PERANCANGAN PEWARISAN
     
  1. Hibah Amanah
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Hibah Amanah?
    2. Hibah Amanah adalah gabungan konsep Hibah dan Amanah. Ia adalah pemberian baki pelaburan tabung unit amanah ASNB (Harta Hibah) oleh pemegang unit (Pemberi Hibah) atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah berdasarkan terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah. Tuntutan pembayaran Harta Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Hibah?
    4. Harta Hibah adalah tabung unit amanah ASNB yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah pada masa hayat melalui Surat Ikatan Hibah Amanah:

      • Tabung unit amanah mestilah dihibahkan kesemua unit atau 100% kepada Penerima Hibah Amanah
      • Baki unit pelaburan dalam setiap tabung yang dihibahkan mestilah berjumlah 1,000 unit dan ke atas sepanjang tempoh Hibah Amanah
      • Tabung unit amanah melibatkan unit milik penuh/mutlak Pemberi Hibah dan bukan unit bercagar

    5. Mengapa ASNB tidak mengadakan sistem penamaan yang lebih mudah seperti KWSP dan Tabung Haji?
    6. Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Oleh yang demikian, pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau wasi yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati. Berbeza dengan KWSP dan Tabung Haji, di mana kedua-dua organisasi ini ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mempunyai peruntukan khusus membenarkan penamaan dilakukan.

    7. Mengapa ASNB memilih Hibah Amanah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada?
    8. Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Hibah Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan tiada persefahaman antara waris. Melalui Hibah Amanah, ianya boleh membantu para pemegang unit merancang agihan pelaburan unit amanah kepada Penerima Hibah yang dinamakan dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.

      Hibah Amanah ini adalah berlandaskan hukum Syariah dan ianya boleh meliputi kesemua pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB. Hukum Faraidh masih menjadi tunggak pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, pemegang unit dinasihatkan untuk berlaku adil dalam membuat pembahagian Harta Hibah.

    9. Bolehkah Penerima Hibah Amanah berumur 18 tahun ke bawah menerima Harta Hibah?
    10. Ya, boleh. Pemberi Hibah perlu melantik Penjaga sah bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur 18 tahun ke bawah. Penjaga sah mestilah dari kalangan:

      • ibu atau bapa
      • datuk atau nenek
      • abang atau kakak
      • penjaga berdaftar yang dibenarkan oleh ASNB


    Kelayakan Pemohon/Pemberi Hibah/Kelayakan Penerima/Pembatalan
    Permohonan
    1. Di manakah permohonan Hibah Amanah boleh dibuat?
    2. Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB.

    3. Apakah yang perlu dilakukan jika berminat untuk melakukan Hibah Amanah?
    4. Lengkapkan dokumen berikut dan jelaskan pembayaran yuran pendaftaran:

      • Borang Permohonan (PH1A)
      • Satu salinan asal Surat Kuasa Wakil

    5. Adakah Penerima Hibah Amanah perlu mengesahkan persetujuan pembahagian hibah ini?
    6. Ya, Ijab dan Qabul (sighah) adalah wajib. Maka perlu ada persetujuan pemberian dan penerimaan oleh kedua-dua pihak dan kedua-dua pihak mestilah menandatangani dokumen yang berkenaan.


    Tabung Unit Amanah yang Dibenarkan
    1. Bolehkah Pemberi Hibah Amanah menyertai atau menambah pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP ke atas tabung unit amanah yang dihibahkan?
    2. Boleh. Bagaimanapun, baki tabung unit amanah tersebut mestilah kekal 1,000 unit ke atas sepanjang tempoh Hibah Amanah.

    3. Bolehkah Pemberi Hibah Amanah mengambil pembiayaan atau cagaran ke atas tabung unit amanah yang dihibahkan?
    4. Boleh. Bagaimanapun, jumlah unit pelaburan tidak bercagar mestilah minimum 1,000 unit ke atas sepanjang tempoh Hibah Amanah.

    5. Adakah tabung unit amanah yang telah dihibahkan boleh ditangguhkan urusniaga, dibekukan atau perlu dikekalkan?
    6. Tabung unit amanah yang dihibahkan boleh ditangguhkan urusniaga dan dibekukan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, perintah mahkamah, tertakluk kepada syarat-syarat Hibah Amanah, Perintah Mahkamah, Prospektus Induk, Surat Ikatan tabung unit amanah dan KWSP.

    7. Kenapakah baki minimum mestilah sebanyak 1,000 unit?
    8. Salah satu syarat sah Hibah Amanah adalah terdapatnya barang atau harta yang dihibahkan. Oleh yang demikian, baki minimum sebanyak 1,000 unit bagi setiap tabung unit amanah yang dihibahkan adalah perlu bagi memastikan wujudnya Harta Hibah Amanah dalam bentuk unit amanah di dalam tabung unit amanah bagi tujuan pembahagian apabila berlakunya kematian Pemberi Hibah Amanah.

    9. Adakah Pemberi Hibah boleh menyenaraikan aset selain tabung unit amanah ASNB dalam perjanjian ini?
    10. Tidak boleh. Hanya tabung unit amanah ASNB sahaja yang boleh dihibahkan.


    Pembahagian Harta Hibah
    1. Bagaimanakah cara pembahagian Harta Hibah?
    2. Setiap tabung unit amanah mestilah dihibahkan kesemua unit (100%) kepada Penerima-penerima Hibah Amanah yang disenaraikan.

      Contoh: Pemberi Hibah Amanah mempunyai tabung unit amanah ASN Imbang 2. Pemberi Hibah Amanah mestilah menghibahkan 100% unit di dalam tabung unit amanah ASN Imbang 2 tersebut kepada Penerima-penerima Hibah Amanah yang telah dinamakan, seperti berikut:


      asg_carta



    3. Bolehkah pindaan terhadap Penerima Hibah Amanah dilakukan?
    4. Boleh. Bagaimanapun, pindaan boleh dilakukan jika melibatkan anak kandung dan cucu kandung. Sekiranya pindaan hendak dilakukan terhadap selain anak kandung dan cucu kandung, pembatalan Surat Ikatan Amanah perlu dilakukan dan Surat Akuan Penyerahan Harta Hibah Amanah perlu disediakan dan diserahkan semasa permohonan.


    Tuntutan dan Pembayaran
    1. Apakah tindakan yang perlu diambil jika berlaku kematian?
    2. Sekiranya Pemberi Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penerima Hibah, maka Harta Hibah akan dibahagikan mengikut pembahagian yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah dan ianya adalah menjadi hak mutlak Penerima Hibah. Sebaliknya, sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemberi Hibah, maka Harta Hibah tersebut akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

    3. Apakah yang akan berlaku kepada baki tabung unit yang masih di bawah pembiayaan/cagaran jika Pemberi Hibah Amanah meninggal dunia?
    4. Unit berpunca daripada pembiayaan/cagaran adalah tertakluk kepada perjanjian pemegang unit dengan IPP. Unit yang masih dalam pembiayaan akan dibayar kepada IPP. Hanya baki unit pelaburan (hak milik penuh) Pemberi Hibah Amanah sahaja yang akan dibayar kepada Penerima Hibah Amanah.


    Pembatalan Hibah Amanah
    1. Bolehkah saya membatalkan Hibah Amanah saya kepada selain anak kandung dan cucu kandung?
    2. Pembatalan Hibah Amanah kepada selain cucu kandung dan anak kandung hanya boleh dilakukan dengan Surat Akuan Penyerahan Harta Hibah Amanah dan disertakan dengan DPD Penerima Hibah Amanah yang disahkan.


     
  2. Pengisytiharan Amanah
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengisytiharan Amanah?
    2. Pengisytiharan Amanah merupakan perlantikan beberapa orang sebagai Penerima Harta Amanah oleh Pemegang Unit (Pemilik Harta Amanah) semasa hayatnya melalui Surat Ikatan Amanah. Pembahagian dan pembayaran dilakukan selepas kematian Pemilik Harta Amanah.

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Amanah?
    4. Harta Amanah adalah tabung unit amanah ASNB yang diamanahkan oleh Pemegang Unit pada masa hayat melalui Surat Ikatan Amanah:

      • Tabung unit amanah mestilah diamanahkan kesemua unit atau 100% kepada Penerima Harta Amanah
      • Baki unit pelaburan dalam setiap tabung unit amanah yang diamanahkan mestilah berjumlah 1,000 unit dan ke atas sepanjang tempoh Pengisytiharan Amanah
      • Baki tabung unit amanah melibatkan milikan penuh/mutlak Pemilik Harta Amanah dan bukan unit bercagar

    5. Mengapa ASNB tidak mengadakan sistem penamaan yang lebih mudah seperti KWSP dan Tabung Haji?
    6. Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau waris yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati.

      Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Tabung Haji, kedua-dua organisasi tersebut ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mempunyai peruntukan khusus membenarkan 'penamaan' dilakukan.

    7. Mengapa ASNB memilih Pengisytiharan Amanah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada?
    8. Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Pengisytiharan Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan tiada persefahaman antara waris.

      Pengisytiharan Amanah boleh membantu pemegang unit merancang pengagihan pelaburan unit amanah kepada waris yang dikehendaki dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.


    Kelayakan Permohonan/Pemilik Harta/Kelayakan Penerima/Pembatalan
    Kelayakan Pemohon/Pemilik Harta Amanah
    1. Siapakah yang layak membuat Pengisytiharan Amanah?
      • Pemegang unit tabung unit amanah ASNB
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur 18 tahun dan ke atas
      • Beragama selain dari agama Islam
      • Tidak Bankrap/ Muflis
      • Waras

    2. Jika Pemilik Harta muflis selepas Surat Ikatan Amanah dimeterai, apakah yang akan berlaku?
      • Pengisytiharan Amanah terbatal secara automatik
      • Pembekuan tabung unit amanah Pemilik Harta akan dilaksanakan
      • Hak-hak Pemilik Harta akan ditentukan berdasarkan kepada undang-undang Kebankrapan, mengikut arahan Jabatan Insolvensi Malaysia dan sebagainya

    3. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Pemilik Harta hilang upaya, koma atau gila?
    4. Pihak yang dilantik oleh mahkamah sebagai Penjaga Sah kepada Pemilik Harta berhak berurusan dengan ASNB bagi pihak Pemilik Harta.


    Kelayakan Penerima Harta Amanah
    1. Apakah kelayakan Penerima Harta Amanah?
      • Terhad kepada 10 orang bagi setiap Surat Ikatan Amanah
      • Tidak bankrap
      • Penerima Harta Amanah digalakkan menjadi pemegang unit berdaftar ASNB, jika layak
      • Warganegara dan bukan warganegara
      • Waras
      • Semua agama dan kepercayaan

    2. Bolehkah Penerima berumur 18 tahun ke bawah menerima Harta Amanah?
    3. Boleh. Pemilik Harta Amanah perlu melantik Penjaga sah bagi Penerima yang berumur 18 tahun ke bawah. Penjaga sah mestilah dari kalangan:

      • ibu atau bapa
      • datuk atau nenek
      • abang atau kakak
      • penjaga berdaftar yang dibenarkan oleh ASNB

    Permohonan
    1. Dimanakah permohonan Pengisytiharan Amanah boleh dibuat?
    2. Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB.

    3. Apakah yang perlu dilakukan jika berminat untuk melakukan Pengisytiharan Amanah?
    4. Lengkapkan dokumen berikut dan jelaskan pembayaran yuran pendaftaran:

      • Borang Permohonan (PH1B)
      • Satu salinan asal Surat Kuasa Wakil

    5. Adakah Penerima perlu mengesahkan persetujuan pembahagian amanah ini?
    6. Tidak perlu.


    Tabung Unit Amanah Yang Dibenarkan
    1. Bolehkah Pemilik Harta Amanah menyertai atau menambah pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP ke atas tabung unit amanah yang diamanahkan?
    2. Boleh. Bagaimanapun, baki tabung unit amanah tersebut mestilah kekal 1,000 unit ke atas.

    3. Bolehkah Pemilik Harta Amanah mengambil pembiayaan atau cagaran ke atas tabung unit amanah yang diamanahkan?
    4. Boleh. Bagaimanapun, baki tabung unit amanah tersebut mestilah kekal 1,000 unit ke atas.

    5. Adakah tabung yang telah diamanahkan boleh ditangguhkan urus niaga atau dibekukan?
    6. Tabung unit amanah yang diamanahkan boleh ditangguhkan urus niaga atau dibekukan, sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, tertakluk kepada syarat-syarat Pengisytiharan Amanah, perintah mahkamah, Prospektus Induk, Surat Ikatan tabung unit amanah dan KWSP.

    7. Kenapakah baki minimum sebanyak 1,000 unit perlu dikekalkan?
    8. Pemilik Harta Amanah dibenarkan melaksanakan urus niaga selepas mendaftar Pengisytiharan Amanah. Baki minimum sebanyak 1,000 unit bagi setiap tabung yang diamanahkan adalah perlu bagi memastikan masih wujudnya Harta Amanah dalam bentuk unit amanah di dalam tabung unit amanah untuk pembahagian apabila berlakunya kematian Pemilik Harta Amanah.

    9. Adakah Pemilik Harta boleh menyenaraikan aset selain tabung unit amanah ASNB dalam perjanjian ini?
    10. Tidak boleh. Hanya tabung unit amanah ASNB sahaja yang boleh diamanahkan.

    11. Bolehkah pindaan terhadap Penerima Harta Amanah dilakukan?
    12. Boleh, pindaan terhadap Penerima Harta Amanah boleh dilakukan.


    Pembahagian Harta Pengisytiharan Amanah
    1. Bagaimanakah cara pembahagian Harta Amanah?
    2. Setiap tabung unit amanah mestilah diamanahkan kesemua unit (100%) kepada Penerima-penerima yang disenaraikan.

      Contoh: Pemilik Harta Amanah mempunyai tabung unit amanah ASN Imbang 2. Pemilik Harta Amanah mestilah mengamanahkan 100% tabung unit amanah ASN Imbang 2 tersebut kepada Penerima-penerima yang telah dinamakan, seperti berikut:


      asg_carta



    Tuntutan dan Pembayaran
    1. Apakah tindakan yang perlu diambil jika berlaku kematian?
    2. Sekiranya Pemilik Harta meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penerima, maka Harta Amanah adalah menjadi hak mutlak Penerima sepenuhnya. Sebaliknya, sekiranya mana-mana Penerima meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemilik Harta, maka Harta Amanah tersebut akan dikembalikan kepada Pemilik Harta.

    3. Apakah yang akan berlaku kepada baki tabung unit yang masih di bawah pembiayaan/cagaran jika Pemilik Harta Amanah meninggal dunia?
    4. Unit berpunca daripada pembiayaan/cagaran adalah tertakluk kepada perjanjian Pemilik Harta Amanah dengan IPP. Unit yang masih dalam pembiayaan akan dibayar kepada IPP. Hanya baki unit pelaburan (hak milik penuh) Pemilik Harta Amanah sahaja yang akan dibayar kepada Penerima Harta Amanah.


    Pembatalan Pengisytiharan Amanah
    1. Bolehkah saya membatalkan Pengisytiharan Amanah saya?
    2. Boleh.

PENETAPAN HAD PELABURAN MAKSIMUM TUNAI
     

      Penetapan Had Pelaburan Maksimum RM25,000 Sehari

    1. Bilakah tarikh kuat kuasa?

      16 Mei 2019


    2. Berapakah had yang dibenarkan bagi pelaburan dibuat dalam bentuk wang tunai?

      RM25,000 sehari bagi setiap pelanggan untuk melabur di dalam kesemua unit amanah ASNB.


    3. Mengapa ASNB menetapkan had pelaburan wang tunai RM25,000 sehari bagi setiap pelanggan?

      Ia merangkumi langkah pencegahan risiko akaun-akaun disalahguna bagi tujuan pengubahan wang haram dan untuk keselamatan pelabur.


    4. Apakah yang dimaksudkan had pelaburan maksimum RM25,000 melalui wang tunai yang dihadkan bagi setiap pelanggan untuk melabur di dalam kesemua unit amanah ASNB dalam sehari?
    5. Had pelaburan hanya dikenakan apabila pelaburan dilaksanakan menggunakan wang tunai. Sekiranya pelabur melabur dalam bentuk wang tunai, ASNB hanya boleh menerima maksimum RM25,000 sahaja dalam sehari. Ini termasuk pelaburan di dalam kesemua produk ASNB pada hari yang sama.


    6. Adakah semua jenis pelaburan tunai tertakluk kepada had pelaburan tunai?
    7. Sekiranya pelabur melabur melalui kaedah berikut, tiada had pelaburan yang dikenakan, iaitu:

      • a) Urus niaga pelaburan melalui cek/deraf bank.
      • b) Urus niaga pelaburan yang dibuat melalui pindahan bank.
      • c) Urus niaga pelaburan yang dibuat melalui pindahan unit dari tabung unit amanah ASNB yang lain oleh pemegang unit yang sama.
      • d) Urus niaga pelaburan yang dibuat melalui pindahan unit menerusi kemudahan pemindahan atau penukaran unit Amanah.
      • e) Urus niaga pelaburan yang dibuat melalui pindahan unit dari tuntutan harta pusaka simati.
      • f) Pindahan unit dari kes-kes lain seperti pindahan dari urus niaga jualan balik pelabur uzur/koma.

    8. Apakah kaedah pelaburan dalam bentuk tunai yang boleh dibuat oleh pelanggan jika ingin membuat pelaburan melebihi RM25,000?
    9. Pelanggan boleh melaksanakan pelaburan melalui salah satu kaedah berikut:

      • Kaedah 1

      Pemohon/Pelanggan boleh membuat pelaburan melalui kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan di perkara V. a), b), c), d) dan perlu melengkapkan Borang Pengisytiharan "Know Your Customer"

      • Kaedah 2

      Membuat pelaburan tunai RM25,000 dan baki RM25,000 (atau lebih) melalui kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan di perkara V. a), b), c), d) dan perlu melengkapkan Borang Pengisytiharan "Know Your Customer".

      Pelaburan Yang Dipohon Oleh Setiap Pelanggan/Sehari Kaedah Bayaran Catatan
      Diri Sendiri (RM) Pihak Ketiga (RM) Jumlah (RM) Tunai (RM) Lain-Lain Kaedah (RM)
      25K dan ke bawah - 25K Maksimum 25K Tiada Had Jumlah pelaburan bagi setiap pelanggan sama ada untuk diri sendiri, sebagai penjaga berdaftar kepada akaun remaja/bijak dan/atau pihak ketiga bagi kesemua unit amanah ASNB yang dilanggan dalam sehari.
      - 25K dan ke bawah 25K Maksimum 25K Tiada Had
      25K 25K 50K Maksimum 25K Baki atau keseluruhan


URUS NIAGA SDT TIDAK DIBENARKAN
     
    Pelaburan dan jualan balik unit di tabung unit amanah yang sama pada hari yang sama ("SDT") tidak dibenarkan
    1. Bilakah tarikh penguatkuasaan?
    2. 1 Januari 2017.


    3. Apa yang maksudkan dengan urus niaga SDT?
    4. Urus niaga SDT terjadi apabila urus niaga pelaburan dan jualan balik unit dilaksanakan dalam tabung unit amanah yang sama pada hari yang sama.


    5. Bilakah urus niaga tidak dikategorikan sebagai SDT?
    6. Urus niaga tidak dikategorikan sebagai SDT adalah apabila urus niaga pelaburan adalah dari sumber berikut:

      1. Pelaburan yang dibuat dari pindahan unit tuntutan harta pusaka simati.
      2. Pelaburan yang dibuat melalui skim potongan gaji atau arahan tetap.
      3. Tambahan unit ("reinvestment") dari pengagihan pendapatan.
      4. Pelaburan yang dibuat dari Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

    7. Mengapa urus niaga SDT tidak dibenarkan?
    8. Ia adalah sebagai langkah untuk mencegah penyalahgunaan akaun pemegang unit untuk aktiviti pengubahan wang haram serta keselamatan akaun-akaun pemegang unit ASNB.


    9. Adakah terdapat sebarang pengecualian sekiranya pemegang unit mahu melaksanakan urus niaga SDT?
    10. Tiada.


    11. Bagaimana cara untuk pemegang unit memastikan urus niaga SDT tidak berlaku?
    12. Pemegang unit perlu lebih peka akan keperluan mereka, sama ada untuk melaksana pelaburan atau jualan balik dan juga tidak menggunakan akaun pelaburan unit amanah mereka sebagaimana akaun simpanan di institusi perbankan.

PERMOHONAN CARIAN REKOD URUS NIAGA
     
    1. Bila tarikh kuat kuasa?
    2. 1 Mac 2017.


    3. Mengapakah ASNB mengenakan caj untuk setiap permohonan carian rekod urus niaga?
    4. Antara rasional penetapan caj adalah mengambil kira proses carian rekod urus niaga dan kos-kos operasi dan pentadbiran. Ia merupakan amalan semasa yang telah dipraktikkan oleh beberapa buah institusi kewangan di Malaysia.


    5. Caj yang dikenakan adalah membebankan?
    6. Secara perbandingan, caj yang dikenakan adalah caj yang paling minima jika dibandingkan dengan caj yang dikenakan oleh institusi kewangan yang lain.


    7. Bolehkah pemohon/pengadu memohon untuk mendapatkan pengecualian ke atas caj yang dikenakan?
    8. Tidak ada pengecualian diberikan. Walau bagaimanapun caj tersebut akan dikembalikan kepada pemohon/pengadu jika hasil maklum balas siasatan mendapati aduan beza baki pelaburan/jualan balik tidak sah adalah disebabkan oleh masalah ejen.

      Jika hasil maklum balas siasatan aduan beza baki pelaburan/jualan balik tidak sah adalah disebabkan oleh pemegang unit lupa atau keliru, caj tersebut adalah dikekalkan dan tidak akan dikembalikan.


    9. Apakah jenis permohonan carian rekod urus niaga yang akan dikenakan caj?
    10. Permohonan carian rekod urus niaga yang dikenakan caj adalah:

      • Aduan beza baki pelaburan/ jualan balik tidak sah
      • Salinan dokumen urus niaga asal
      • Salinan dokumen Hibah Amanah (HA) /Pengisytiharan Amanah (PA)
      • Salinan dokumen Tuntutan Harta Pusaka

    11. Berapa lamakah tempoh urus niaga yang dibenarkan untuk carian rekod urus niaga?
    12. Tempoh dokumen urus niaga yang boleh dimohon adalah urus niaga tujuh (7) tahun daripada tarikh permohonan sahaja.

      Berdasarkan Prospektus Induk, ASNB akan menyimpan dokumen berkaitan dengan transaksi unit amanah bagi setiap tabung unit amanah dalam masa tujuh (7) tahun daripada tarikh sesuatu dokumen tersebut. Oleh itu, ASNB tidak bertanggungjawab untuk mengemukakan sebarang dokumen yang dipohon bagi tempoh melebihi tujuh (7) tahun daripada tarikh dokumen tersebut.


    13. Berapakah caj yang akan dikenakan untuk setiap permohonan carian rekod urus niaga?
    14. Caj dikenakan adalah sebanyak RM35 untuk satu permohonan atau RM37.10 termasuk GST.


    15. Jika pemohon enggan membayar caj yang dikenakan, adakah permohonan tersebut boleh diteruskan?
    16. Tidak boleh. Sila rujuk soalan No. 2, 3 & 4.


    17. Siapakah yang boleh memohon?
    18. Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemegang unit atau penjaga berdaftar sahaja. Pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.


    19. Di manakah permohonan ini boleh dilakukan?
    20. Boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB yang berhampiran.


    21. Adakah permohonan ini boleh dilakukan di ejen-ejen ASNB?
    22. Tidak boleh.


    23. Apakah dokumen yang perlukan dikemukakan untuk setiap permohonan carian rekod/dokumen?
    24. Pemohon/pengadu perlu melengkapkan:

      1. Borang Permohonan Carian Rekod
      2. Borang Maklum Balas Pelanggan (jika melibatkan aduan beza baki/jualan balik tidak sah)

    25. Bagaimana cara untuk membuat tuntutan semula jika mendapati aduan beza baki pelaburan/jualan balik tidak sah adalah disebabkan oleh masalah ejen atau masalah sistem?
    26. Pemohon/pengadu tidak perlu memohon untuk membuat tuntutan semula.

      ASNB akan membuat bayaran balik kepada pemohon/pengadu ke atas caj yang dikenakan sebelum ini jika hasil maklum balas siasatan mendapati aduan beza baki pelaburan/jualan balik tidak sah adalah disebabkan oleh masalah ejen atau sistem, melalui mana-mana kaedah yang bersesuaian.

TEMPOH BERTENANG
    1. Apakah itu hak bertenang?
      • Hak bertenang adalah hak yang diberikan kepada pemegang unit yang melabur dalam unit amanah harga berubah ASNB buat kali pertama untuk membatalkan dan mendapat bayaran balik pelaburan mereka melalui sebarang kaedah pembayaran termasuk pelaburan menerusi Skim Pelaburan AhliKWSP (SPA-KWSP), jika hak bertenang tersebut dilaksanakan dalam tempoh bertenang yang dibenarkan.
      • Walau bagaimanapun, hak bertenang tidak dibenarkan untuk pemegang unit institusi/korporat, kakitangan PNB/ASNB atau mana-mana individu yang bekerja dengan badan-badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menguruskan tabung unit amanah.

      Nota: Berkuat kuasa mulai 15 April 2023, pemegang unit layak untuk menggunakan hak bertenang bagi pelaburan (urus niaga pelaburan dan penukaran) unit amanah harga berubah melalui SPA-KWSP.

    2. Berapa lamakah tempoh bertenang?
    3. Tempoh bertenang adalah enam (6) hari bekerja bermula dari hari belian, iaitu tarikh ASNB menerima borang permohonan belian yang lengkap berserta jumlah pelaburan.


    4. Apakah kriteria bagi hak bertenang?
      • Hak bertenang terpakai kepada pemegang unit sedia ada dan baharu ASNB, yang melabur buat kali pertama di dalam unit amanah Harga Berubah (termasuk pelaburan melalui SPA-KWSP), tanpa sebarang transaksi berikutnya untuk pelaburan tersebut sebelum pelaksanaan hak bertenang;
      • Pembatalan separa adalah tidak dibenarkan;
      • Hak bertenang hanya diberikan sekali seumur hidup.

    5. Apakah prosedur yang perlu diambil untuk melaksanakan hak bertenang?
    6. Untuk melaksanakan hak bertenang, pemegang unit boleh membuat permohonan pembatalan pelaburan di mana-mana cawangan ASNB dan ejen seluruh negara dengan menyertakan MyKad bagi tujuan verifikasi. Bagi permohonan pembatalan pelaburan di cawangan ejen, pemegang unit perlu mengemukakan MyKad dan nombor rujukan yang tertera pada draft printing yang diperoleh semasa pelaburan kali pertama dibuat.



    7. Apakah yang akan diterima oleh pemegang unit dan bilakah pemegang unit akan menerima pembayaran pulangan apabila melaksanakan hak bertenang?
      • Berkuat kuasa 15 April 2023, bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang oleh pemegang unit yang melaksanakan hak bertenang adalah berdasarkan harga seunit pada hari belian unit atau harga seunit pada hari pelaksanaan hak bertenang (harga pasaran), yang mana lebih rendah.
      • Pemegang unit juga akan menerima keseluruhan amaun pelaburan termasuk caj jualan seunit yang dikenakan.
      • Amaun yang dibayar balik adalah dalam bentuk tunai, cek atau pindahan ke akaun bank pemegang unit yang berdaftar dengan ASNB, dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan pembatalan pelaburan. Bagi pelaburan menerusi SPA-KWSP, pembayaran balik akan dipindahkan ke Akaun 1 KWSP pemegang unit.

    8. Jika pemegang unit A ingin menggunakan hak bertenangnya keatas pelaburan buat kali pertama didalam ASN, adakah beliau akan menerima amaun penuh pelaburan?
    9. Amaun bayaran balik bagi pemegang unit A apabila menggunakan hak bertenang adalah berdasarkan harga seunit (NAB seunit) pada hari belian unit atau harga seunit pada permohonan pembatalan pelaburan, yang mana lebih rendah.


      Ilustrasi:

      Pemegang unit A berhasrat untuk melaburkan sejumlah RM 10,000 didalam ASN pada 3/6/2023.

      NAB seunit (pada 3/6/2023):RM 0.5000
      Caj jualan5% bagi NAB seunit
      Unit diperoleh dan caj jualan
      Jumlah unit ASN19,047.62 unit
      Caj jualanRM476.19


      Senario 1
      NAB seunit pada hari belian (pada 3/6/2023) adalah lebih rendah daripada NAB seunit pada hari pelaksanaan hak bertenang (pada 5/6/2023)

      NAB seunit (pada 3/6/2023):RM 0.5000
      NAB seunit (pada 5/6/2023): RM 0.5200
      Pengiraan amaun bayaran balik
      Bayaran balik unit-unit ASN19,047.62 unit x RM 0.5000 = RM 9,523.81
      Caj jualanRM476.19
      Jumlah Bayaran Balik bagi Pemegang Unit ARM 10,000


      Senario 2
      NAB seunit untuk harga seunit pada hari belian unit (pada 3/6/2023) adalah lebih tinggi daripada NAB seunit pada hari pelaksanaan hak bertenang (pada 5/6/2023)

      NAB seunit (pada 3/6/2023): RM 0.5000
      NAB seunit (pada 5/6/2023): RM 0.480
      Pengiraan bagi Amaun Bayaran Balik
      Bayaran balik unit-unit ASN19,047.62 unit x RM 0.4800 = RM 9,142.86
      Caj jualanRM476.19
      Jumlah Bayaran Balik bagi Pemegang Unit ARM 9,619.05



    10. Jika pemegang unit B mempunyai akaun ASM dan ingin membuat pelaburan dalam ASN Equity 2, adakah beliau layak mendapat hak bertenang ke atas pelaburan kali pertama dalam ASN Equity 2?
    11. Ya, pemegang unit B layak mendapat hak bertenang ke atas pelaburan dalam ASN Equity 2 sekiranya pelaburan tersebuat adalah pelaburan kali pertama dalam mana-mana unit amanah harga berubah ASNB.


    12. Jika pemegang unit C mempunyai akaun ASN Equity 2 dan ingin membuat pelaburan dalam ASN Sara 2, adakah beliau layak mendapat hak bertenang ke atas ASN Sara 2?
    13. Tidak, pemegang unit C tidak layak mendapat hak bertenang ke atas pelaburan dalam ASN Sara 2. Hak bertenang hanya dibenarkan untuk pelaburan kali pertama dalam unit amanah harga berubah ASNB.



    14. Jika pemegang unit D mempunyai akaun ASN Equity 3 dan ingin membuat pelaburan dalam ASN Imbang 1 melalui SPA-KWSP, adakah beliau layak mendapat hak bertenang ke atas pelaburan tersebut?
    15. Tidak, pemegang unit tidak layak mendapat hak bertenang ke atas pelaburan dalam ASN Imbang 1. Hak bertenang hanya dibenarkan untuk pelaburan buat kali pertama dalam unit amanah harga berubah ASNB.



    16. Jika pemegang unit E membuat pelaburan kali pertama dalam ASN Equity 2 melalui pindahan unitunit yang diterima daripada perkhidmatan pewarisan (Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah/ Tuntutan Harta Pusaka) ASNB, adakah beliau layak mendapat hak bertenang ke atas pelaburan tersebut?
    17. Tidak, unit yang diterima daripada perancangan pewarisan tidak layak mendapat hak bertenang.




LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
     
  1. Permohonan Dokumen Maklumat Urus Niaga
    1. Apakah jenis dokumen yang boleh dipohon berkaitan maklumat urus niaga Pemegang Unit?
      • Data urus niaga
      • Pengiraan terperinci pengagihan pendapatan
      • Salinan penyata pengagihan pendapatan

    2. Berapa tahunkah had masa yang dibenarkan bagi jenis dokumen yang dipohon?
      • Permohonan data urus niaga dan pengiraan terperinci pengagihan – tujuh (7) ke belakang dari tahun semasa
      • Salinan penyata pengagihan pendapatan – tiga (3) tahun ke belakang dari tahun semasa

    3. Siapakah yang layak memohon maklumat urus niaga?
      • Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
      • Wakil yang dilantik oleh PU/Penjaga Berdaftar melalui Borang Kebenaran Wakil
      • Waris/pentadbir bagi pemegang unit yang telah meninggal dunia
      • Pihak ketiga (individu) melalui peguam yang dilantik

    4. Bolehkah pemohon membuat permohonan dokumen di Ejen ASNB?
    5. Tidak, permohonan dokumen maklumat hanya boleh dibuat di mana-mana Cawangan ASNB seluruh negara.

    6. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan sekiranya saya berada di luar negara?
    7. Anda perlu emel ke asnbcare@pnb.com.my dengan mengemukakan dokumen berikut:

      • Borang permohonan (boleh dimuat turun di laman web ASNB
      • Salinan Dokumen Pengenalan Diri (termasuk passport) yang disahkan oleh Pegawai Kedutaan Malaysia / Notari Awam / Pesuruhjaya Sumpah dengan menurunkan cop rasmi nama, jawatan dan tandatangan
      • Bayaran yuran boleh dbuat kepada:
        • Bank: CIMB
        • Nombor Akaun: 8000797410
        • Nama Akaun: ASNB Back Office

    8. Adakah yuran permohonan data urus niaga ASN dan ASB perlu dibayar secara berasingan?
    9. Ya, sila bayar secara berasingan ASN dan ASB kerana maklumat data dikeluarkan secara berasingan.

    10. Adakah permohonan penyata pengagihan pendapatan ASN dan ASB perlu di bayar secara berasingan?
    11. Perlu bayar RM5.00 setiap permohonan mengikut tahun kerana maklumat dalam satu penyata (Maksimum 3 tahun ke belakang sahaja bermula dari tahun semasa).

    12. Bagaimanakah cara penghantaran atau pengambilan dokumen yang telah dipohon?
      • Melalui pos biasa dan dihantar mengikut alamat yang dipohon.
      • Mengambil sendiri di cawangan permohonan dibuat.
      • Melalui e-mel pemohon sekiranya berada di luar negara.

    13. Mengapakah permohonan data urus niaga dan pengiraan terperinci pengagihan mempunyai had masa yang dibenarkan untuk dipohon?
    14. Had masa yang dibenarkan adalah merujuk kepada prosidur dalaman ASNB yang telah dibuat berdasarkan surat ikatan tabung unit amanah ASNB di dalam klausa 'Destructions of Documents') yang menyatakan bahawa 7 tahun digunakan sebagai penanda aras penyimpanan maklumat pemegang unit. Di dalam Seksyen 308 "Capital Market Services Act" (CMSA) juga menyatakan 7 tahun sebagai penanda aras bagi penyimpanan maklumat pemegang unit.

    15. Saya adalah Waris/Pentadbir kepada si mati yang telah menerima pembayaran harta unit amanah si mati, apakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan maklumat urus niaga?
    16. Waris/Pentadbir yang telah menerima pembayaran unit unit adalah dibenarkan untuk membuat permohonan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

    17. Saya telah menerima bayaran tuntutan pusaka unit amanah. Walaubagaimanapun saya ingin mendapatkan maklumat urus niaga si mati. Apakah dokumen yang diperlukan?
    18. Anda perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri.

    19. Saya adalah Waris/Pentadbir yang masih belum menuntut harta pusaka unit amanah si mati. Adakah saya boleh membuat permohonan maklumat urus niaga si mati?
    20. Ya, anda boleh memohon sekiranya anda mempunyai nama di dalam dokumen sokongan seperti Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau Perintah Mahkamah.

    21. Saya adalah waris terdekat si mati. Adakah saya dibenarkan membuat permohonan maklumat urus niaga?
    22. Hanya Waris/Pentadbir yang mempunyai nama di dalam dokumen sokongan seperti Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau Perintah Mahkamah dibenarkan memohon. Waris yang telah membuat tuntutan dan menerima pembayaran harta unit amanah si mati juga layak untuk memohon mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

    23. Saya mempunyai Surat Rasmi Pentadbir Tanah. Bolehkah saya membuat permohonan maklumat urus niaga?
    24. Ya, dengan menggunakan Surat Rasmi Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah atau Atas arahan Pihak Berkuasa yang berkaitan di dalam Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

    25. Adakah permohonan daripada pihak ketiga hanya dibenarkan ke atas akaun pemegang unit yang telah meninggal dunia sahaja?
    26. Tidak. Permohonan juga dibenarkan ke atas akaun pemegang unit yang masih hidup dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti perintah mahkamah dan Surat Pertalian (sekiranya berkaitan) dan Surat perlantikan peguam (sekiranya melantik peguam).

    27. Bolehkah saya melantik wakil bagi urusan permohonan maklumat urus niaga?
    28. Boleh, anda perlu melengkapkan Borang Kebenaran Wakil dengan menyertakan bersama dokumen sokongan iaitu:

      • Pengesahan dokumen pengenalan diri wakil yang diberi kebenaran.
      • Salinan Dokumen Pengenalan Diri(DPD) Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
      • Salinan Muka Hadapan Buku Pelaburan Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar
      • Borang Kebenaran Wakil – Borang ASNB B/6 yang dilengkap oleh Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar

    29. Bolehkah firma guaman memohon bagi pihak individu lain?
    30. Ya, boleh. Firma guaman tersebut perlu mengemukakan Surat Perlantikan Peguam yang sah yang menyatakan syarikat guaman tersebut mempunyai hak/arahan daripada individu/pihak berkuasa melalui Perintah Mahkamah atau Surat Kuasa Mentadbir.


     
  2. Penukaran Butir Peribadi
    1. Kenapa Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar perlu membuat permohonan penukaran butir peribadi?
    2. Penukaran butir peribadi adalah bagi memastikan maklumat penting seperti nama dan nombor kad pengenalan di rekod ASNB adalah sama dan betul seperti maklumat yang tertera di dokumen pengenalan diri pemegang unit.

    3. Apakah implikasi sekiranya maklumat peribadi Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar di rekod ASNB berbeza atau ada kesilapan?
    4. Pemegang unit/Penjaga Berdaftar tidak boleh membuat urus niaga apabila terdapat perbezaan maklumat di rekod ASNB.

    5. Adakah pemegang unit perlu mengemaskini alamat setiap kali berpindah kediaman?
    6. Ya perlu. Pemegang unit dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini alamat surat menyurat di rekod ASNB bagi memudahkan urusan transaksi dan komunikasi dengan ASNB.


     
  3. Kehilangan Buku Pelaburan
    1. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya kehilangan buku pelaburan?
    2. Pemegang unit/penjaga berdaftar tidak perlu membuat gantian kehilangan buku pelaburan kerana mulai 28 Jun 2017, ASNB telah melaksanakan urus niaga tanpa buku pelaburan bagi semua unit amanah ASNB. Pemegang unit/penjaga berdaftar hanya perlu membawa kad pengenalan diri ke cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB untuk melakukan urus niaga berkaitan.


PINDAAN YURAN TAHUNAN PEMEGANG AMANAH
     
    1. Bila tarikh ia berkuat kuasa?
    2. 90 hari selepas Prospektus Induk Tambahan Kedua bertarikh 16 Mac 2017 dikeluarkan.


    3. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai perubahan yuran tahunan pemegang amanah?
    4. Anda boleh mendapatkan maklumat ini di dalam Prospektus Induk terkini dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) dana, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti. Anda juga boleh mendapatkannya di laman web kami di www.asnb.com.my.


    5. Adakah pindaan yuran tahunan pemegang amanah ini memberi kesan kepada Pemegang Unit?
    6. Yuran tahunan pemegang amanah adalah satu bentuk perbelanjaan yang dikenakan secara tidak langsung kepada Pemegang Unit. Walau bagaimanapun, sebagai perbelanjaan Dana, apa-apa pindaan berpotensi untuk memberi kesan kepada prestasi kewangan Dana.


    7. Apakah rasional pindaan ini?
    8. Yuran tahunan pemegang amanah tidak pernah dipinda sejak dana-dana ini bermula. Sementara itu, kos operasi pemegang amanah telah meningkat disebabkan peraturan yang lebih ketat dan keperluan pematuhan.

      Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada AmanahRaya Trustee Berhad.


PENYATA & LAPORAN SECARA ELEKTRONIK
     
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik?
    2. Bermula tahun kewangan 2018 penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim akan dihantar secara elektronik melalui emel pemegang unit. Laporan tahunan dan laporan interim juga boleh didapati di laman web ASNB, www.asnb.com.my.


    3. Mengapakah penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim perlu dibuat secara elektronik?
      • Lebih cepat – Pelabur mendapat akses lebih awal kepada penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim.
      • Mudah – Pelabur tidak perlu ke cawangan ASNB/Ejen untuk melihat agihan pendapatan yang diterima.
      • Lebih selamat – Penyata hanya boleh diakses oleh pelabur yang sah melalui kata laluan dan mengelakkan daripada sampul penyata dibuka oleh pihak ketiga.
      • Mesra alam – Alam sekitar akan lebih terpelihara dengan pengurangan sumber untuk bahan percetakan.

    4. Bilakah tarikh perlaksanaan penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim perlu dibuat secara elektronik?
    5. Proses penghantaran secara elektronik ini akan bermula dengan unit amanah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018 iaitu Amanah Saham Gemilang (ASG), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2).


    6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik daripada ASNB dan adakah saya akan dikenakan apa-apa bayaran untuk perkhidmatan tersebut?
    7. Pelabur perlu mengemaskini maklumat emel, nombor telefon dan nombor akaun bank di mana-mana cawangan ASNB serta cawangan ejen-ejen di seluruh Malaysia. Pelabur akan menerima penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik yang dihantar oleh ASNB melalui emel yang telah didaftarkan di ASNB.

      Tidak. Pelabur tidak akan dikenakan sebarang yuran bagi perkhidmatan ini.


    8. Apakah maklumat yang diperlukan oleh ASNB untuk menghantar penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik?
    9. Maklumat peribadi yang diperlukan termasuk alamat emel dan nombor telefon bimbit.


    10. Apakah yang harus dilakukan jika saya tiada alamat emel yg diperlukan oleh ASNB bagi menghantar penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik?
    11. Pelabur yang tidak mempunyai emel boleh mendaftar/membuka akaun emel peribadi dengan pembekal emel seperti Yahoo, Google, Hotmail dan lain-lain.


    12. Bagaimanakah saya boleh mendaftarkan e-mel dengan ASNB?
    13. Pemegang unit boleh mengemaskini alamat e-mel, nombor telefon dan juga butiran peribadi yang lain melalui:

      1. Cawangan ASNB atau ejen ASNB seluruh negara
      2. Surat-menyurat*:
        Amanah Saham Nasional Berhad
        Jabatan Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan
        UG, Balai PNB
        201-A, Jalan Tun Razak
        50400 Kuala Lumpur
      3. Faks*: 03-2050 5220
      4. E-mel*: asnbcare@pnb.com.my

      * Anda perlu sertakan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh mana-mana Pegawai ASNB/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Professional/Penghulu atau Ketua Kampung dengan menggunakan cop rasmi nama, jawatan dan tandatangan.


    14. Adakah saya akan dimaklumkan sebaik sahaja ASNB menghantar penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik ke emel yang didaftar?
    15. Ya, pelabur akan dimaklumkan secara elektronik melalui pesanan teks ke telefon bimbit yang telah didaftarkan di ASNB.


    16. Adakah selamat sekiranya penyata pengagihan pendapatan saya dipaparkan secara elektronik?
    17. Ya. Untuk mengakses penyata secara elektronik, pelabur harus memasukkan kata laluan unik yang ditetapkan oleh ASNB.


    18. Di manakah saya boleh mendapatkan kata laluan bagi penyata pengagihan pendapatan elektronik?
    19. Kata laluan tersebut boleh diperolehi melalui notis emel yang dihantar oleh ASNB.


    20. Adakah penyata pengagihan pendapatan yang diterima secara elektronik sama seperti penyata pengagihan pendapatan yang dihantar oleh pihak ASNB sebelum ini?
    21. Ya. Format penyata pengagihan pendapatan yang dihantar secara elektronik adalah sama dengan penyata fizikal yang telah dihantar oleh ASNB.


    22. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak memberi sebarang maklum balas kepada ASNB?
    23. Sekiranya ASNB tidak menerima apa-apa maklum balas sehingga 31 Mac 2018, anda dianggap bersetuju untuk menerima penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim bagi tabung unit amanah harga berubah secara elektronik. Di mana penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan laporan interim boleh diakses di laman web ASNB di www.asnb.com.my.


    24. Adakah saya masih akan menerima penyata dan laporan fizikal dari ASNB selepas tarikh tersebut?
    25. Tidak.


    26. Bolehkan saya memilih untuk menerima laporan tahunan, laporan interim dan penyata pengagihan pendapatan secara fizikal?
    27. Ya boleh. Anda perlu memaklumkan ASNB dengan menghadirkan diri di mana-mana cawangan ASNB atau secara bertulis dengan mengisi borang yang terdapat di dalam laporan tahunan dan laporan interim dan hantarkan kepada ASNB melalui:

      1. Surat-menyurat:
        Amanah Saham Nasional Berhad
        Jabatan Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan
        UG, Balai PNB
        201-A, Jalan Tun Razak
        50400 Kuala Lumpur
      2. Faks: 03-2050 5220
      3. E-mel: asnbcare@pnb.com.my

      Walaubagaimanapun, kaedah mel pilihan anda yang telah dikemaskini hanya akan berkuatkuasa pada tahun kewangan berakhir berikutnya.


    28. Jikalau saya setuju agar penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan interim secara elektronik tetapi memutuskan untuk menerima kembali laporan tahunan, laporan interim dan peyata pengagihan pendapatan secara fizikal?
    29. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan menyatakan nama anda, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat surat menyurat, alamat emel dan nombor ahli bagi mana-mana produk ASNB kepada alamat yang tertera di atas. Anda juga boleh mengemukakan maklumat di atas di cawangan-cawangan ASNB , menghantar surat atau emel ke asnbcare@pnb.com.my. Walaubagaimanapun, kaedah mel pilihan anda yang telah dikemaskini hanya akan berkuatkuasa pada tahun kewangan berakhir berikutnya.


    30. Bolehkah pembatalan pemilihan penerimaan dibuat dan berapakah fi yang dikenalan?
    31. Ya boleh. Anda boleh membatalkan persetujuan untuk menerima penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim unit amanah ASNB secara elektronik pada bila-bila masa seperti kaedah yang dinyatakan dalam perkara 2 di atas dan tiada fi yang dikenakan di atas setiap pembatalan yang dibuat.


APLIKASI MUDAH ALIH myASNB
     
    1. Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan ini?
    2. Perkhidmatan ini terbuka kepada pemegang akaun unit amanah ASNB (dewasa) yang telah mendaftar dengan portal myASNB.


    3. Apakah jenis-jenis urus niaga yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini?
    4. Urus niaga yang ditawarkan termasuk:

      • Mengakses jumlah pelaburan unit amanah ASNB
      • Melaksanakan pelaburan tambahan unit amanah ASNB
      • Mengakses rekod urusniaga terkini
      • Mengakses penyata akaun
      • Melaksanakan pendaftaran akaun baru unit amanah ASNB
      • Carian kepada cawangan ASNB terdekat

    5. Berapakah jumlah minimum pelaburan tambahan yang dibenarkan?
    6. Jumlah minimum pelaburan tambahan yang dibenarkan :

      • Unit Amanah Harga Tetap : RM100
      • Unit Amanah Harga Berubah : RM150

    7. Adakah sebarang caj perkhidmatan dikenakan bagi penggunaan myASNB mobile app?
    8. Tiada caj perkhidmatan.


    9. Berapakah jumlah maksimum pelaburan tambahan yang dibenarkan?
    10. RM30,000 bagi setiap transaksi.


    11. Bilakah urus niaga pelaburan tambahan melalui 'myASNB mobile app' boleh dilakukan?
    12. Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
      Unit Amanah Harga Berubah:Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan


    13. Adakah perkhidmatan melalui 'myASNB mobile app' meliputi semua unit amanah ASNB?
    14. Ya, perkhidmatan ini ditawarkan bagi semua unit amanah ASNB.


    15. Bolehkah saya membuat pelaburan permulaan atau mendaftar tabung unit amanah yang baharu?
    16. Boleh.


    17. Adakah perkhidmatan jualan balik pelaburan dibenarkan melalui 'myASNB mobile app' ?
    18. Dibenarkan.


    19. Apakah sistem pengendalian yang disyorkan bagi memuat turun 'myASNB mobile app'?
    20. Peranti Android : Disyorkan untuk menggunakan Android versi 6.0 dan ke atas.
      Peranti Apple : Disyorkan untuk menggunakan iOS versi 10.0 dan ke atas.

TAMBAHAN 1.50 BILION UNIT-UNIT
AMANAH SAHAM MALAYSIA 3 (ASM 3)
(DAHULU DIKENALI SEBAGAI AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
DIBUKA UNTUK LANGGANAN MASYARAKAT INDIA
     
  1. Umum
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan tambahan unit-unit Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) dibuka untuk langganan masyarakat India?
    2. PNB memperuntukkan 1.5 bilion unit-unit tambahan bagi Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) untuk dilanggan oleh masyarakat India. Langkah ini dijangka menyediakan peluang dan akses kepada masyarakat India untuk membuka akaun baharu atau menambah pelaburan mereka di dalam ASM 3, sehingga had maksimum yang dibenarkan.


    3. Adakah sebarang had langganan dikenakan?
      • Ya, boleh melabur sebarang jumlah, sehingga had maksimum 30,000 unit bagi setiap akaun individu.
      • Walau bagaimanapun, unit-unit hanya boleh dilanggan oleh individu berbangsa India yang belum mempunyai akaun ASM 3 atau pemegang unit sedia ada yang mempunyai pegangan kurang dari 30,000 unit dalam ASM 3.

      Contoh pengiraan:

       (Jumlah unit ASM 3 dalam akaun peserta)
      Baki unit ASM 3 dalam akaun peserta10,000
      (+) Jumlah unit layak untuk dilanggan20,000
      Jumlah baki unit ASM 3 dalam akaun peserta30,000

    4. Apakah jumlah peruntukan unit-unit tambahan baru ASM 3 yang ditawarkan?
    5. 1.50 bilion unit (sehingga unit habis dilanggan)

    6. Berapa lamakah tempoh langganan unit- unit ASM 3 ini?
    7. Sehingga 1.50 bilion unit tambahan habis dilanggan.

    8. Bilakah unit-unit tambahan ASM 3 ini mula dilanggani?
    9. 29 Januari, 2018


     
  2. Kriteria Kelayakan
    1. Apakah kriteria–kriteria kelayakan untuk melanggan ASM 3?
      • Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berbangsa India.
        • Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas)
        • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah yang melabur bagi kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah, dan mempunyai sijil kelahiran yang sah).
      • Pemohon tidak mempunyai pegangan unit ASM 3 atau telah menjadi pemegang unit namun mempunyai pegangan kurang daripada 30,000 unit;
      • Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon dan sepanjang tempoh pegangan;

    2. Bagaimanakah kelayakan pelabur ini dikenalpasti dan apakah keturunan masyarakat India yang layak melanggan unit-unit tambahan ASM 3 ini?
      • Kelayakan para pelabur dikenalpasti melalui maklumat bangsa yang terkandung di MyKad.
      • Pihak ASNB mengenalpasti kelayakan pelabur masyarakat India berdasarkan klasifikasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebagai contoh, terdapat sepuluh (10) kategori keturunan yang dikenalpasti sebagai berbangsa India iaitu:
        • India
        • Malayali
        • Punjabi
        • Sikh
        • Tamil
        • Telegu
        • Malabari
        • India Muslim
        • Telugu
        • Orissa

    3. Apakah yang menyebabkan langganan unit saya tidak dapat dilaksanakan sedangkan saya merupakan salah seorang yang berketurunan India mengikut klasifikasi JPN?
      • Pegangan sedia ada anda dalam ASM 3 telah melebihi 30,000 unit.

      • atau

      • Anda seorang pemegang unit ASNB sedia ada dan telah mempunyai pegangan unit sama ada di ASM 3 atau mana-mana unit amanah ASNB yang lain, dan disebabkan masalah data sedia ada di sistem unit amanah ASNB menyebabkan langganan tidak dapat dilaksanakan.

    4. Apakah tindakan ASNB terhadap isu data di sistem ini dan bilakah saya boleh membuat langganan ASM 3 ini?
    5. Pihak ASNB telah menangani isu ini. Para pemegang unit yang terlibat dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Panggilan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my.


     
  3. Cara-cara Memohon
    1. Bagaimanakah untuk saya melanggan unit-unit tambahan ASM 3 ini?
    2. Pemohon boleh ke mana-mana Cawangan ASNB atau mana-mana Ejen ASNB di seluruh negara seperti berikut:-

      • Maybank
      • CIMB Bank
      • RHB Bank
      • POS Malaysia
      • Bank Simpanan Nasional (BSN)
      • Affin Bank
      • Alliance Bank
      • AmBank
      • Bank Muamalat Malaysia Berhad
      • Hong Leong Bank

    3. Selain daripada Cawangan ASNB dan Ejen ASNB, apakah saluran lain untuk melanggan unit-unit tambahan ASM 3?
      1. Portal myASNB : Pemegang unit sedia ada yang mempunyai baki kurang daripada 30,000 unit dalam ASM 3 dan telah mendaftar sebagi pengguna Portal myASNB boleh menambah pelaburan ASM 3 melalui Portal myASNB.
      2. Perbankan Internet : Tambahan pelaburan juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnline, RHBNow dan HLB Connect.
      3. Perkhidmatan Terminal Layan Diri (ATM Maybank) : Tambahan pelaburan juga boleh dilakukan melalui ATM Maybank.
      4. Bentuk bayaran: Pemohon/Pemegang unit boleh membeli unit-unit tambahan ASM 3 menggunakan Tunai/ Bank Deraf/Cek/Banker’s Cheque/ Skim Pelaburan Ahli KWSP.

      5.          Perhatian:

        • Pelaburan melalui Cek atau Bank Deraf atau Banker's Cheque atau Skim Pelaburan Ahli KWSP hanya boleh dilakukan di Kaunter Utama ASNB Kuala Lumpur atau Cawangan ASNB sahaja.
        • Cek pelaburan tambahan hanya diterima atas nama ‘Amanah Saham Nasional Berhad’.
        • Langganan melalui cek atas nama `Pemegang Unit’ atau Penjaga Berdaftar’ dibenarkan sekiranya cek dikeluarkan oleh yang berikut:
          1. Kerajaan Malaysia
          2. Syarikat di bawah Kumpulan PNB
          3. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs)
          4. Syarikat Penerima Labur PNB (Investee Company)
        • Langganan melalui Cek/Bank Deraf/Banker's Cheque adalah tertakluk kepada tarikh Cek/Bank Deraf/Banker's Cheque dijelaskan.

      6. Skim Pelaburan Ahli KWSP : Pemohon / pemegang unit boleh membuat pelaburan melalui pengeluaran wang KWSP. Transaksi akan hanya disahkan apabila ASNB menerima bayaran dari KWSP (kebiasaannya 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dihantar pemegang unit sehingga bayaran diterima dari KWSP).

      Walau bagaimanapun langganan unit-unit tambahan ASM 3 ini berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan tertakluk kepada terma dan syarat serta unit-unit yang masih ada untuk dilanggan.



    4. Bilakah waktu urusniaga bagi melanggan unit-unit ASM 3?

    5. SaluranWaktu Perniagaan
      Cawangan ASNB8:15 pagi – 4.00 petang
      Ejen ASNBTertakluk kepada waktu urusniaga ejen-ejen berkenaan
      Portal myASNBIsnin – Ahad, 7.00 pagi hingga 6.00 petang, waktu tempatan
      Perkhidmatan Terminal Layan Diri (ATM Maybank)

      7.00 pagi hingga 7.00 petang
      (waktu tempatan, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum)

      Perbankan Internet Maybank2u, CIMB Clicks, AffinOnline, RHBNow dan HLB Connect

      Tertakluk kepada waktu operasi bagi saluran perbankan internet masing-masing.

    6. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?
    7. Pemohon dewasa perlu membawa dokumen pengenalan diri (Mykad).
      Pemohon kanak-kanak perlu membawa Mykid dan/atau Sijil Kelahiran sah semasa membuat urusniaga, serta MyKad Penjaga Berdaftar.


     
  4. PRESTASI ASM 3
    1. Bagaimanakah prestasi ASM 3 bagi tempoh 3 tahun kebelakangan ini?
    2. Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit bagi tempoh 3 tahun kebelakangan ini adalah seperti berikut:

      Tahun Berakhir 30 September 2016 2017 2018
      Kadar Pengagihan Pendapatan (sen seunit) 6.10 6.00 6.00
      Sumber: Laporan Tahunan 2018, ASM 3

      Informasi lanjut boleh layari www.asnb.com.my


PENJENAMAAN SEMULA HARGA BERUBAH
TABUNG UNIT AMANAH ASNB
     
  1. Penjenamaan Semula Tabung-tabung Unit Amanah ASNB
    1. Apakah objektif penjenamaan semula tabung-tabung unit amanah ASNB yang sedia ada?
    2. Untuk makluman anda, ASNB kini sedang dalam proses penjenamaan semula nama unit-unit amanah ASNB secara komprehensif, yang mana perubahan utama yang diketengahkan adalah seperti berikut:

      1. Pengenalan nama-nama baru bagi tabung unit amanah harga berubah-ubah ASNB
      2. Pindaan terhadap kategori tabung unit amanah ASNB
      3. Strategi perumpukan aset tabung unit amanah ASNB
      4. Pindaan terhadap penanda aras prestasi tabung unit amanah ASNB

      Untuk makluman anda, inisiatif penjenamaan semula tabung telah dilakukan secara berhemah berdasarkan tema-tema berikut:

      1. Memacu Prestasi
      • Benchmark (Penanda aras)
        • Menyusun semula perumpukan aset strategik dan menetapkan penanda aras

      • Total Return Focus

        Lebih fokus kepada:

        1. Kenaikan Nilai Aset Bersih (NAB) bagi tabung unit amanah harga berubah ASNB
        2. Sasaran agihan pendapatan kompetitif dan konsisten

      2. Jelas dan Mudah
      • Pendekatan True-to-type
        • Menjelaskan ciri & kategori tabung dengan lebih tepat
      • Segmen pemegang unit
        • Lebih jelas untuk memenuhi keperluan dan toleransi risiko pemegang unit yang berbeza
      • Khidmat nasihat produk lebih mudah dan berstruktur
      3. Penyelarasan Imej
      • Nama baharu diperkenalkan sesuai dengan ciri tabung
      • Logo mengekalkan konsep yang sama dengan unit amanah Harga Tetap ASNB
      • Membawa jenama ‘ASN’ yang merupakan tabung unit amanah pertama ASNB


     
  2. Perubahan Nama Tabung Unit Amanah ASNB
    1. Apakah nama tabung-tabung unit amanah ASNB yang terlibat dalam inisiatif penjenamaan semula yang diuruskan oleh ASNB? Apakah nama-nama baru bagi tabung-tabung tersebut?
    2. Tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB yang terlibat dalam penjenamaan semula adalah tabung-tabung unit amanah harga berubah-ubah ASNB:

      Nama Tabung
      Nama SebelumnyaNama Baru
      Amanah Saham Nasional (ASN)Tiada Perubahan
      Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)ASN Equity 2
      Amanah Saham Kesihatan (ASG–Kesihatan)ASN Equity 3
      Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3)ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 atau ASN Imbang 1
      Amanah Saham Pendidikan (ASG–Pendidikan)ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 2 atau ASN Imbang 2
      Amanah Saham Persaraan (ASG–Persaraan)ASN Sara (Mixed Asset Conservative) 1 atau ASN Sara 1


    3. Bagaimanakah imej terbaharu bagi logo-logo tabung harga berubah ASNB?
    4. Imej terbaharu bagi logo-logo tabung unit amanah tabung harga berubah ASNB adalah seperti berikut:

      vp_newlogo


    5. Adakah nama-nama bagi tabung harga tetap ASNB seperti di bawah akan berubah?
      (Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham 1Malaysia, Amanah Saham Bumiputera 2)
    6. Tidak. Buat masa ini, tidak ada sebarang perubahan terhadap nama tabung-tabung unit amanah harga tetap ASNB. Bagaimanapun, ASNB akan memaklumkan kepada pemegang unit dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan.


    7. Adakah nama tabung terdahulu masih akan digunapakai bersama nama-nama tabung yang baru?
    8. Bagi memudahkan para pelabur, nama tabung terdahulu akan tetap digunapakai bersama nama-nama tabung baru ke atas kesemua dokumen kami pada tempoh awal pengenalan nama-nama tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan penerimaan oleh pelabur.


     
  3. Perubahan Kategori, Strategi Perumpukan Aset dan Penanda Aras Tabung Unit Amanah Berharga Tetap
    1. Apakah perubahan yang melibatkan tabung unit amanah berharga tetap?
    2. TabungSemasaPerubahan
      PENANDA ARAS
      ASB, ASW 2020, ASM, ASD3-bulan KLIBOR
      Kadar Simpanan Tetap 12-bulan Maybank
      ASB 2, AS 1MalaysiaSekuriti Kerajaan Malaysia 5-Tahun
      KATEGORI
      ASB, ASM, ASW 2020, ASD and AS 1MalaysiaEkuitiAsset Campuran
      ASB 2Asset CampuranTiada perubahan
      PERUMPUKAN ASET
      ASB, ASM, ASW 2020, ASD and AS 1MalaysiaTabung akan melabur di antara 70% – 90% daripada Nilai Tabung (VOF) dalam ekuiti manakala yang selebihnya akan dilaburkan dalam sekuriti berpendapatan tetap and instrumen pasaran wang termasuk aset cair. Perumpukan Aset:
      • Sehingga 90% daripada NilaiTabung (VOF) dalam ekuiti
      • Sehinggao 50% daripada VOF dalam kelas aset yang lain
      • Minimum 5% daripada VOF dalam tunai atau aset cair

      Nota: Perubahan perumpukan aset berkuatkuasa 1 Mei 2018.
      ASB 2 Tabung akan mencapai objektifnya dengan melabur seperti berikut:
      • Sehingga 90% daripada NilaiTabung (VOF) dalam ekuiti
      • Sehinggao 50% daripada VOF dalam kelas aset yang lain
      • Minimum 10% daripada VOF dalam tunai atau aset cair
      Tiada perubahan

    3. Apakah rasional perubahan tersebut?
      • Sebagai inisiatif untuk mengukuhkan portfolio pelaburan tabung-tabung unit amanah ASNB, PNB merangka Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (Strategic Asset Allocation Framework (SAA)) agar ianya dioptimakan berdasarkan kategori dan objektif tabung berkenaan.
      • SAA menggariskan keperluan reposisi setiap tabung mengikut kategori bagi tujuan berikut:
        • Mengimbangi pulangan dan risiko tabung secara optimal
        • Meningkatkan keupayaan tabung menjana pulangan yang mampan dalam jangka masa panjang
      • SAA juga menggariskan keperluan pelarasan penanda aras tabung yang sedia ada di mana prestasi setiap tabung akan dibandingkan mengikut portfolio rujukan yang ditetapkan SAA bagi mengukur prestasi tabung mengikut objektif dan kategori tabung.
      • Memandangkan kesemua tabung unit amanah berharga tetap mempunyai ciri yang serupa, kategori, penanda aras dan strategi perumpukan asset tabung-tabung ini akan diselaraskan.
      • Sebagai tabung unit amanah berharga tetap prestasi tabung perlu dibandingkan dengan instrumen yang mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan tabung-tabung ini.
      • Oleh yang demikian, kadar simpanan tetap 12-bulan lebih sesuai dijadikan perbandingan dari perspektif pemegang unit memandangkan kadar 3-bulan KLIBOR hanya digunakan oleh institusi perbankan (kadar antara bank) manakala pelaburan Sekuriti Kerajaan hanya dilakukan oleh pemegang unit sofistikated.

    4. Adakah perubahan akan menjejaskan prestasi tabung?
      • Objektif pelaburan dan profil risiko tabung tidak terjejas dengan perubahan ini.
      • Seperti yang dinyatakan di atas, objektif SAA adalah untuk meningkatkan keupayaan tabung untuk menjana pulangan yang mampan dalam jangka masa panjang selaras dengan objektif dan kategori tabung. Oleh yang demikian pengurus pelaburan mempunyai mandat untuk mencapai objektif tersebut.

    5. Bilakah perubahan ini akan berkuatkuasa?
    6. Perubahan ini akan berkuatkuasa 1 Mei 2018.


     
  4. Perubahan Kategori dan Penanda Aras Tabung Unit Amanah Harga Berubah-ubah
    1. Apakah perubahan yang melibatkan tabung unit amanah harga berubah?
    2. TabungSemasaPerubahan
      PENANDA ARAS
      • ASN
      • ASN Equity 2 (terdahulunya ASN 2)
      80% FBM 100 : 20% 3-bulan KLIBOR80% FBM 100 : 20% Kadar Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank
      • ASN Imbang 1 (terdahulunya ASN 3)
      50% FBM 100 : 50% 3-bulan KLIBOR50% FBM 100 : 50% Kadar Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank
      • ASN Equity 3 (terdahulunya ASG-Kesihatan)
      70% FBM 100 : 30% 3-bulan KLIBOR80% FBM 100 : 20% Kadar Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank
      • ASN Imbang 2 (terdahulunya ASG-Pendidikan)
      60% FBM 100: 40% 3-bulan KLIBOR50% FBM 100 : 50% Kadar Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank
      • ASN Sara 1 (terdahulunya ASG-Persaraan)
      40% FBM 100 : 60% 3-bulan KLIBOR30% FBM 100 : 70% Kadar Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank
      KATEGORI
      • ASN Imbang 2 (terdahulunya ASG-Pendidikan)
      Aset CampuranAset Campuran Seimbang
      • ASN Sara 1 (terdahulunya ASG-Persaraan)
      Aset CampuranAset Campuran Konservatif
      PERUMPUKAN ASET
      • ASN Imbang 2 (terdahulunya ASG-Pendidikan)
      Tabung akan melabur di antara 20% – 70% daripada Nilai Aset Bersih Tabung (NAV) dalam sekuriti berpendapatan tetap dan asset cair manakala selebihnya dalam ekuiti.Tabung akan melabur di antara 25% to 75% daripada Nilai Aset Bersih Tabung (NAV) dalam ekuiti manakala selebihnya dalam instrumen berpendapatan tetap termasuk asset cair dan instrumen yang lain.
      • ASN Sara 1 (terdahulunya ASG-Persaraan)
      Tabung akan melabur di antara 20% – 80% daripada Nilai Aset Bersih Tabung (NAV) dalam sekuriti berpendapatan tetap termasuk asset cair manakala selebihnya dalam ekuiti.Tabung akan melabur di antara 20% – 80% daripada Nilai Aset Bersih Tabung (NAV) dalam sekuriti berpendapatan tetap termasuk asset cair manakala selebihnya dalam ekuiti dan instrumen lain.

    3. Apakah rasional perubahan tersebut?
      • Sebagai inisiatif untuk mengukuhkan portfolio pelaburan tabung-tabung unit amanah ASNB, PNB merangka Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (Strategic Asset Allocation Framework (SAA)) agar ianya dioptimakan berdasarkan kategori dan objektif tabung berkenaan.
      • SAA menggariskan keperluan reposisi setiap tabung mengikut kategori bagi tujuan berikut:
        • Mengimbangi pulangan dan risiko tabung secara optimal
        • Meningkatkan keupayaan tabung menjana pulangan yang mampan dalam jangka masa yang panjang
      • SAA juga menggariskan keperluan pelarasan penanda aras tabung yang sedia ada di mana prestasi setiap tabung akan dibandingkan mengikut portfolio rujukan yang ditetapkan SAA bagi mengukur prestasi tabung mengikut objektif dan kategori tabung.
      • Strategi perumpukan aset akan diselaraskan bagi memberi gambaran lebih jelas kategori tabung dan strategi pelaburan yang diamalkan.
      • Strategi perumpukan aset dan penanda aras juga diselaraskan berdasarkan kategori tabung agar menepati amalan industri. Rujukan penanda aras terhadap tunai atau instrumen berpendapatan tetap akan mengguna pakai kadar simpanan tetap 12-bulan yang lebih bersesuaian dari perspektif pemegang unit memandangkan kadar 3-bulan KLIBOR hanya digunakan oleh institusi perbankan (kadar antara bank).

    4. Adakah perubahan akan menjejaskan prestasi tabung?
      • Objektif pelaburan dan profil risiko tabung tidak terjejas dengan perubahan ini.
      • Seperti yang dinyatakan di atas, objektif SAA adalah untuk meningkatkan keupayaan tabung untuk menjana pulangan yang mampan dalam jangka masa panjang selaras dengan objektif dan kategori tabung. Oleh yang demikian pengurus pelaburan mempunyai mandat untuk mencapai objektif tersebut.

    5. Bilakah perubahan ini akan berkuat kuasa?

      Perubahan ini akan berkuat kuasa 1 Mei 2018.


     
  5. Tarikh Pelancaran serta Tarikh Kuat Kuasa Semula bagi Tabung-tabung Unit Amanah ASNB
    1. Bilakah tarikh pelancaran rasmi untuk memperkenalkan penjenamaan semula tabung unit amanah ASNB?
    2. Tarikh pelancaran penjenamaan semula bagi tabung-tabung unit amanah ASNB adalah pada 20 April 2018.


    3. Bilakah tarikh berkuat kuasa bagi segala perubahan berkaitan penjenamaan semula ini?
    4. Aktiviti-aktiviti yang terlibat untuk menzahirkan penjenamaan semula bagi tabung-tabung ASNB telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti melalui melalui Prospektus Induk Tambahan Kedua pada 1 April 2018.

      Walau bagaimanapun, tarikh kuat kuasa bagi segala perubahan adalah pada 1 Mei 2018.


    5. Mengapa terdapat perbezaan di antara tarikh pengumuman dan tarikh berkuat kuasa bagi perubahan berkaitan penjenamaan semula ini?
    6. Pengumuman akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tarikh kuat kuasa adalah untuk memberi kesedaran awal kepada pemegang unit dan melancarkan aktiviti penjenamaan semula ini.


     
  6. Kesan Perubahan dari Penjenamaan Semula Tabung-tabung Unit Amanah ASNB terhadap Para Pelabur ASNB
    1. Adakah penjenamaan semula ini akan memberi kesan terhadap nombor akaun saya dengan ASNB?
    2. Tidak. Pelabur tidak perlu risau kerana latihan penjenamaan semula ini tidak akan memberi sebarang kesan terhadap nombor akaun pemegang unit ASNB pada tarikh kuat kuasa perubahan. Nombor akaun yang sedia ada adalah kekal dan tidak berubah.


    3. Adakah penjenamaan semula ini akan memberi kesan terhadap maklumat peribadi saya dengan ASNB?
    4. Tidak. Pelabur tidak perlu risau kerana penjenamaan semula ini tidak akan menjejaskan maklumat peribadi para pemegang unit dengan ASNB.


    5. Adakah penjenamaan semula ini akan memberi kesan terhadap unit pelaburan saya dengan ASNB?
    6. Tidak. Pemegang unit tidak perlu risau kerana penjenamaan semula ini tidak akan memberi kesan terhadap pelaburan dalam kesemua tabung-tabung ASNB.


    7. Adakah terdapat sebarang kos yang perlu saya bayar atau akan dikenakan ke atas akaun saya?
    8. Tidak. Sebarang kos yang terlibat dalam penjenamaan semula ini tidak akan ditanggung oleh pelabur.


     
  7. Kesan Penjenamaan Semula Tabung ASNB terhadap Dokumen-dokumen Transaksi ASNB
    1. Bagaimanakah kesan penjenamaan semula ini ke atas dokumen transaksi antara ASNB dan pelabur?
    2. Semua dokumen yang menggunakan jenama ASNB akan masih kekal. Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen rasmi (yang mana berkenaan) akan dipinda bagi menzahirkan perubahan-perubahan berkaitan penjenamaan semula tabung-tabung tersebut.


     
  8. Kesan Penjenamaan Semula Tabung terhadap Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah
    1. Sebelum ini, saya telah mendaftar untuk menggunakan kemudahan Hibah Amanah/Pengistiharan Amanah ke atas pelaburan saya di bawah tabung-tabung ASNB yang menggunakan nama terdahulu. Adakah penjenamaan semula tabung–tabung tersebut akan mempunyai implikasi undang-undang ke atas kontrak Hibah Amanah/Pengistiharan Amanah saya?
    2. Penjenamaan semula ini tersebut tidak akan menjejaskan kontrak sedia ada yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, pemegang unit tidak perlu menandatangani Surat Ikatan Hibah/Surat Ikatan Amanah yang baharu.


     
  9. Tindakan oleh Pelabur
    1. Apakah langkah yang perlu saya lakukan berkenaan dengan latihan penjenamaan semula tabung-tabung unit amanah harga berubah-ubah ini?
    2. ASNB telah bertindak mengambil kesemua langkah dengan teliti untuk memaklumkan kepada pemegang unit berkenaan penjenamaan semula tabung unit amanah yang terlibat. Walau bagaimanapun, tiada tindakan perlu diambil oleh pelabur berhubung dengan pelaburan anda dengan ASNB.


     
  10. Hubungi Kami
    1. Saya ingin tahu lebih banyak mengenai penjenamaan semula ini. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan lebih maklumat?
    2. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai latihan penjenamaan ini, anda boleh melayari laman web kami di www.asnb.com.my atau mengunjungi mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara. Anda juga boleh menghubungi kami melalui cara-cara berikut:

      1. Secara bertulis:
        Amanah Saham Nasional Berhad
        Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Pengurusan Ejen
        UG, Balai PNB
        201-A, Jalan Tun Razak
        50400 Kuala Lumpur

      2. Pusat Panggilan ASNB : 03 – 7730 8899
      3. Emel: asnbcare@pnb.com.my


      Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Prospektus Induk Tambahan Kedua yang telah didaftarkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 1 April 2018.


PENAMAAN SEMULA HARGA TETAP
TABUNG UNIT AMANAH ASNB
     
    1. Apakah objektif penjenamaan semula tabung unit amanah berharga tetap ASNB?
    2. Penjenamaan semula tabung unit amanah berharga tetap ASNB dilakukan dengan tujuan menyelaraskan jenis tabung mengikut dua kategori iaitu:

      • Jenama ASB digunapakai terhadap kesemua tabung unit amanah yang khusus untuk masyarakat Bumiputera
      • Jenama ASM digunapakai terhadap kesemua tabung unit amanah yang terbuka untuk kesemua warganegara Malaysia

    3. Tabung unit amanah yang manakah terlibat dalam aktiviti penjenamaan semula ini?
    4. Kesemua tabung harga tetap ASNB akan dijenamakan semula seperti berikut:

      Nama Tabung
      Nama TerdahuluNama Terkini
      Amanah Saham BumiputeraTiada Perubahan
      Amanah Saham Bumiputera 2Tiada Perubahan
      Amanah Saham MalaysiaTiada Perubahan
      Amanah Saham DidikAmanah Saham Bumiputera 3 - Didik atau ASB 3 Didik
      Amanah Saham Wawasan 2020Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan atau ASM 2 Wawasan
      Amanah Saham 1MalaysiaAmanah Saham Malaysia 3 atau ASM 3


    5. Bilakah tarikh pelancaran penjenamaan semula tabung unit amanah berharga tetap?
    6. 27 September 2018


    7. Bilakah tarikh kuat kuasa penjenamaan semula tabung unit amanah berharga tetap?
    8. 15 Oktober 2018


    9. Adakah penjenamaan semula tabung unit amanah berharga tetap turut melibatkan perubahan logo?
    10. Ya. Logo – logo terbaharu bagi tabung-tabung unit amanah ASNB adalah seperti berikut:

      vp_newlogo


    11. Adakah nama tabung terdahulu masih akan digunapakai bersama nama-nama tabung yang terkini?
    12. Ya. Ini untuk mengelak dari sebarang kekeliruan dan memudahkan penerimaan oleh pemegang unit.


    13. Mengapa terdapat perbezaan di antara tarikh pengumuman dan tarikh berkuat kuasa bagi perubahan tersebut?
    14. Pengumuman akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tarikh kuat kuasa bagi memberi kesedaran awal kepada pemegang unit.


    15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penjenamaan semula unit amanah ASNB?
    16. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penjenamaan semula unit amanah ASNB, anda boleh melayari laman web kami di www.asnb.com.my atau mengunjungi mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara. Anda juga boleh menghubungi kami melalui kaedah berikut:

      • Email : asnbcare@pnb.com.my
      • Pusat Panggilan ASNB : 03 – 7730 8899
      • Secara bertulis:

        Amanah Saham Nasional Berhad
        Jabatan Pengurusan Ejen dan Perhubungan Pelanggan
        UG, Balai PNB
        201-A, Jalan Tun Razak
        50400 Kuala Lumpur

      Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Prospektus Induk Tambahan Keempat yang telah didaftarkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 14 September 2018.


PERKHIDMATAN SST (ATM MAYBANK & CIMB)
     
    1. Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan ini?

      Perkhidmatan ini terhad kepada pemegang unit amanah ASNB (dewasa) yang juga merupakan pemegang kad ATM Bank berkenaan sahaja.


    2. Apakah jenis-jenis urus niaga yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini?

      Urus niaga yang ditawarkan termasuk:

      1. Pendaftaran servis (bagi mendaftarkan Akaun ASNB ke Kad ATM);
      2. Pembatalan servis (bagi membatalkan pendaftaran Akaun ASNB dari Kad ATM);
      3. Semakan baki akaun unit pelaburan unit amanah ASNB berharga tetap; dan
      4. Pemindahan tunai daripada akaun bank ke akaun pelaburan unit amanah ASNB berharga tetap persendirian.


    3. Berapakah jumlah minimum pelaburan tambahan yang dibenarkan?

      Jumlah minimum pelaburan tambahan yang dibenarkan ialah RM100 (Tidak termasuk caj oleh pihak Bank).


    4. Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan?
    5. Caj perkhidmatan bagi pelaburan tambahan ke tabung unit amanah ASNB adalah RM1. Caj perkhidmatan ini akan ditolak dari akaun bank pemegang unit.


    6. Berapakah jumlah maksimum pelaburan tambahan yang dibenarkan?
    7. Jumlah maksimum pelaburan tambahan adalah tertakluk kepada polisi sedia ada oleh pihak Bank atau had maksimum yang ditetapkan oleh pemegang kad ATM. Pelaburan tambahan juga tertakluk kepada baki sedia ada tabung unit amanah ASNB.


    8. Bilakah urus niaga melalui SST boleh dilakukan*?
    9. Maybank: Ahad – Jumaat, 7.00 pagi –7.00 malam.
      (Tiada urus niaga pada hari Sabtu dan cuti umum bagi Wilayah Persekutuan)

      CIMB: Setiap hari, 7.00 pagi – 7.00 malam
      *Tertakluk perubahan oleh pihak Bank


    10. Apakah jenis-jenis tabung unit amanah yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini?
    11. Perkhidmatan ini adalah terhad kepada tabung unit amanah ASNB yang berharga tetap sahaja.


    12. Bolehkah saya membuat pelaburan permulaan atau membeli tabung unit amanah yang baharu?
    13. Tidak boleh. Bagi pemegang unit sedia ada, pelaburan permulaan untuk unit amanah baharu boleh dilakukan melalui kaunter cawangan ASNB, ejen-ejen ASNB atau portal myASNB. Untuk pembukaan akaun tabung unit amanah ASNB yang pertama, mestilah melalui kaunter cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB sahaja.


    14. Adakah perkhidmatan jualan balik dibenarkan melalui SST?
    15. Tidak dibenarkan.


PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET MAYBANK2U
     
    1. Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan ini?

      Perkhidmatan ini adalah terbuka kepada semua pengguna yang berdaftar dengan perkhidmatan perbankan Internet.


    2. Apakah jenis-jenis urus niaga yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini?

      Urus niaga yang ditawarkan termasuk:

      1. Semak baki pelaburan akaun dewasa;
      2. Semak baki pelaburan akaun Bijak/Remaja (yang didaftarkan di bawah akaun pengguna/penjaga dewasa yang berkenaan sahaja);
      3. Pelaburan tambahan ke akaun ASNB persendirian (dewasa) dan akaun ASNB Bijak/Remaja berdaftar bagi penjaga berkenaan;
      4. Pelaburan tambahan ke akaun ASNB pihak ketiga; dan
      5. Semak 5 transaksi terakhir bagi setiap tabung unit amanah ASNB


    3. Berapakah jumlah minimum pelaburan tambahan ke tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan?

      Jumlah minimum pelaburan tambahan ke tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan ialah RM1 (tidak termasuk caj oleh pihak Bank).


    4. Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan?
    5. Caj perkhidmatan bagi pelaburan tambahan ke tabung unit amanah ASNB adalah RM1. Caj perkhidmatan ini akan di tolak dari akaun bank pemegang unit.


    6. Berapakah jumlah maksimum pelaburan tambahan ke tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan?
    7. Jumlah maksimum pelaburan tambahan adalah tertakluk kepada polisi/had sedia ada oleh pihak Bank atau had maksimum yang ditetapkan oleh pengguna perkhidmatan perbankan Internet. Pelaburan tambahan juga tertakluk kepada baki sedia ada tabung unit amanah ASNB.


    8. Bilakah urus niaga melalui perbankan Internet boleh dilakukan?
    9. Waktu urus niaga unit amanah ASNB bagi perkhidmatan pelaburan tambahan melalui perbankan Internet adalah seperti berikut:
      Produk berharga tetap: Ahad – Jumaat. 7.00 pagi – 7.00 malam.
      Produk harga berubah: Ahad – Jumaat. 7.00 pagi – 4.00 petang.

      Tiada urus niaga pada hari Sabtu dan cuti umum bagi Wilayah Persekutuan.


    10. Apakah jenis-jenis tabung unit amanah yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini?
    11. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi semua unit amanah ASNB.


    12. Bolehkah saya membuat pelaburan permulaan atau membeli tabung unit amanah yang baharu?
    13. Tidak boleh. Bagi pemegang unit sedia ada, pelaburan permulaan untuk unit amanah baharu boleh dilakukan melalui kaunter cawangan ASNB, ejen-ejen ASNB atau portal myASNB. Untuk pembukaan akaun tabung unit amanah ASNB yang pertama, mestilah melalui kaunter cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB sahaja.


    14. Adakah perkhidmatan jualan balik dibenarkan melalui perbankan Internet?
    15. Tidak dibenarkan.


Back To Top