1. Apakah kemudahan Auto Labur?

Auto Labur membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan secara automatik setiap bulan menerusi Portal myASNB (www.myasnb.com.my). Buat masa ini, tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan bagi kemudahan Auto Labur ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

2. Berapakah jumlah pelaburan minimum menerusi Auto Labur?

Pelaburan minimum menerusi Auto Labur ialah serendah RM30 dan had maksima adalah RM 30,000.

3. Adakah sebarang caj dikenakan untuk kemudahan Auto Labur ini?

Tiada caj yg dikenakan untuk kemudahan ini.

4. Mengapa ada pemotongan sebanyak RM1 semasa saya membuat pendaftaran, kemaskini (tarikh pemotongan & jumlah potongan) dan penamatan untuk kemudahan Auto Labur ini?

Pemotongan sebanyak RM1 adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak bank anda. Bagi setiap pendaftaran dan kemaskini yang berjaya, wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun tabung unit amanah ASNB. Sekiranya pendaftaran anda gagal dilaksanakan atau anda ingin menamatkan perkhidmatan auto labur, wang tersebut akan dikembalikan semula ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

5. Bilakan arahan auto labur saya akan mula diaktifkan?

Arahan Auto Labur akan diaktifkan dalam masa 48 jam. Sebaik sahaja diaktifkan, pelaburan bulanan yang anda tetapkan akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh yang dipilih.

6. Bolehkah saya mengubah jumlah pelaburan bulanan yang ditetapkan?

Boleh. Anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.

7. Bolehkah saya menukar tarikh pelaburan yang ditetapkan untuk Auto Labur?

Boleh.

8. Bolehkah saya menamatkan arahan pelaburan menerusi Auto Labur?

Boleh. Anda boleh menamatkan arahan pada bila-bila masa.

9. Adakah sebarang waktu operasi tertentu untuk pendaftaran Auto Labur?

Waktu operasi bagi pendaftaran Auto Labur adalah mengikut waktu operasi urus niaga semasa di myASNB portal iaitu seperti berikut:

Ahad – Jumaat: 7.00 pagi – 6.00 petang.
Ahad hingga Jumaat dan Sabtu minggu ketiga, tidak termasuk cuti umum.

10. Bilakah unit akan dikreditkan ke dalam akaun ASB untuk perkhidmatan Auto Labur?

Unit akan dikreditkan dalam tempoh T+5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda.



Mulakan Sekarang

Back To Top