Soalan Lazim


  1. Apakah dimaksudkan i-Invest?

    i-Invest adalah platform layan diri atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP yang membantu di dalam pengurusan pelaburan ahli dalam dana unit amanah yang diluluskan. Platform ini menyediakan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat keputusan pelaburan yang termaklum. Melalui i-Invest, ahli turut menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap, akses yang mudah bila-bila masa/di mana sahaja, caj perkhidmatan yang lebih rendah (kerana tidak melalui khidmat ejen), dan fungsi yang lebih banyak (boleh melihat semua pegangan pelaburan ahli).

  2. Ahli KWSP yang boleh melaksanakan i-Invest?

    Ahli KWSP yang boleh menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :-

    • Ahli yang berumur kurang 55 tahun dan simpanan di Akaun 1 KWSP melebihi baki simpanan asas
    • Ahli yang berumur 55 tahun/Akaun Emas
      Nota: Ahli yang telah mengeluarkan keseluruhan baki KWSP ketika mencecah umur 55 tahun tidak layak menggunakan kemudahan ini. Namun begitu, ahli boleh melaksanakan kemudahan ini ketika mencecah umur 60 tahun (Akaun Emas).
  3. Apakah jenis transaksi yang boleh dilaksanakan menerusi i-Invest?

    Anda boleh melaksanakan transaksi berikut:-

    • Pembelian
    • Penukaran tabung (switching)
    • Jualan balik - sekiranya ahli menjual pelaburan unit amanah, ASNB akan mengembalikan semua jumlah jualan balik pelaburan kepada KWSP.
      Nota: Transaksi penukaran tabung (switching) & jualan balik tidak ditawarkan bagi ahli KWSP yang berumur 55 tahun/Akaun Emas.
  4. Bolehkah pemegang unit amanah ASNB melaksanakan transaksi menerusi i-Invest?

    Boleh, anda boleh melaksanakan permohonan pelaburan melalui i-Invest dan anda telah mendaftar akaun portal myASNB. Sekiranya anda belum mendaftar akaun portal myASNB, skrin yang dipaparkan akan membantu anda membuka akaun portal myASNB.

  5. Sekiranya saya tiada akaun dengan mana-mana unit amanah ASNB, bolehkah saya melaksanakan i-Invest?

    Tidak boleh. Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB bagi mendaftar akaun unit amanah ASNB terlebih dahulu.

  6. Saya telah melaksanakan proses pembelian unit amanah menerusi i-Invest tetapi mengapa rekod tersebut tidak dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP?

    Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-

    Baki dikemaskini di portal myASNB2 hari bekerja
    Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP4 hari bekerja
    Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

    Bagi penukaran dana unit amanah ATAU jualan balik, baki akan dikemaskini seperti berikut :-

    Baki dikemaskini di portal myASNBSecara terus (online)
    Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP2 hari bekerja
    Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
  7. Saya telah melaksanakan pengeluaran berjumlah RM1,000 dari i-Invest, tetapi kemudiannya saya ingin mengubah jumlah pelaburan tersebut di portal myASNB. Bolehkah saya berbuat demikian?

    Anda tidak boleh menambah jumlah pelaburan di portal myASNB. Hanya pengurangan jumlah pelaburan sahaja dibenarkan di portal myASNB. Sekiranya anda ingin menambah pelaburan kepada jumlah baharu ia perlu dilaksanakan menerusi i-Invest semula.

  8. Berapakah jumlah pelaburan minimum dan maksimum yang saya boleh laksanakan menerusi i-Invest?

    Transaksi MinimumMaksimum
    PembelianRM1,000Berdasarkan had pelaburan di KWSP
    Penukaran (switching)RM0.01Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
    Jualan balikRM1.00Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
  9. Apakah caj yang dikenakan sekiranya saya melaksanakan transaksi i-Invest?

    TransaksiCaj
    PembelianUnit amanah harga berubah: caj jualan 0.5%
    Unit amanah harga tetap: tiada
    Penukaran (switching)Hanya penukaran daripada unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5%.
    Jualan balikTiada
  10. Kekerapan pengeluaran yang dibenarkan untuk i-Invest?

    Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi traksaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 25 tabung pada satu masa pengeluaran.

  11. Adakah saya dibenarkan untuk membuat transaksi pembelian menerusi i-Invest melebihi satu unit amanah secara serentak?

    Ya. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian menerusi i-Invest melebihi satu tabung unit amanah dalam satu-satu masa. Pemilihan unit amanah perlu dilaksanakan di i-Akaun (Ahli) KWSP dan ia tidak boleh ditambah ketika anda berada di akaun portal myASNB.

Back To Top