Pengenalan

HIBAH AMANAH adalah perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh ASNB untuk Pemegang Unit warganegara Malaysia beragama Islam. Ianya berlandaskan Syariah dan menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Pemegang. Hibah merupakan pemberian sesuatu benda (ain) atau manfaat. Secara istilahnya, satu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain sewaktu hidupnya tanpa mengharap apa-apa balasan (iwad) dan ia dilakukan secara sukarela.

Pensyariatan dan Hukum Hibah
Terdapat dalil al-Quran dan Hadith Sunnah serta Ijma’ dalam galakan berhibah bagi membantu dan mengeratkan lagi silaturrahim.

Firman Allah SWT:
Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
(Surah an-Nisa’, 4)

Daripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Berilah hadiah, kerana dengan pemberian itu dapat menyuburkan kasih sayang.
(Hadith Riwayat Abi Hurairah, Ahmad bin Al-Husayn bin ‘Ali bin Musa Abu Bakr al-Bayhaqi, Sunan al Bayhaqi al-Kubra, jilid 6, Hadith no 11726)

Hibah Bersyarat
Terdapat 2 jenis hibah bersyarat:

  • Hibah Umra - Pemberian hak milikan harta seseorang secara bertempoh (tawqit) berdasarkan kematian penerima hibah atau kematian pemberi hibah. Harta akan dipulangkan kepada pemberi hibah atau warisnya jika berlaku kematian.

  • Hibah Ruqba - Pemberian selepas kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup. Harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Perkhidmatan Hibah Amanah ASNB menggunapakai pendekatan Hibah Ruqba yang diperhalusi mengikut prinsip Syariah dan memenuhi keperluan pemegang unit amanah ASNB sekiranya penerima meninggal dahulu daripada pemberI hibah

Konsep

Syarat Kelayakan

Pemegang Unit warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.

Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar/ pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP)

Tertakluk kepada tabung unit amanah ASNB yang terbuka untuk pendaftaran Hibah Amanah.

Perbandingan Proses Tuntutan

Back To Top