Bolehkah saya menggunakan pengiraan zakat berdasarkan kaedah al-Mustaghallat
untuk pelaburan dalam unit amanah berharga tetap ASNB sebelum kemudahan
penilaian dan pembayaran zakat secara kolektif (khultah) disediakan?
Ya, pemegang unit boleh menggunakan pengiraan berdasarkan kaedah al-Mustaghallat
iaitu zakat ke atas pengagihan pendapatan yang diterima untuk pelaburan unit amanah
berharga tetap ASNB, sebelum kemudahan kolektif disediakan.
Kemudahan pembayaran zakat secara kolektif (khultah) ialah kemudahan kepada
pemegang unit amanah berharga tetap yang beragama Islam untuk memilih bagi
menerima pengagihan pendapatan setelah ditolak zakat, yang dijangka dilaksanakan
bermula pertengahan tahun 2026.
Berapakah kadar peratusan zakat yang diguna pakai?
Zakat dikira ke atas pengagihan pendapatan, bonus/bonus khas (sekiranya ada) yang
diperoleh daripada pelaburan unit amanah berharga tetap ASNB pada kadar 2.57%.
Mengapa peratusan zakat yang dikenakan ialah 2.57%, bukannya 2.5% seperti biasa?
Asal penentuan haul untuk kiraan zakat ialah berdasarkan kepada tahun Hijrah. Namun
pada hari ini, kalendar yang digunakan di seluruh dunia, termasuk oleh umat Islam secara
umumnya adalah kalendar Masihi. Oleh itu, jika seseorang mengira zakatnya berdasarkan
kepada kalendar Masihi, maka kadar zakat ialah 2.57% setelah mengambil kira perbezaan
10 hingga 11 hari di antara kalendar Masihi (365hari) dan kalendar Hijrah (354 hari).
Maka, ASNB turut mengambil pendekatan ini seperti disarankan oleh Panel Penasihat
Syariah PNB, dan kadar 2.57% ini turut digunakan oleh Accounting and Auditing
Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) dalam Financial Accounting
Standards (Perenggan Kedua) untuk zakat (FAS 9).
Bagaimanakah untuk saya menentukan kadar bersih pengagihan pendapatan
selepas zakat?
Berikut ialah contoh pengiraan kadar bersih pengagihan pendapatan dengan kaedah
al-Mustaghallat.
Kadar pengagihan pendapatan ASB: *5.75%
Kadar pengagihan pendapatan bersih
5.75% - (2.57% x 5.75%) = 5.60%
Bagaimanakah untuk saya menentukan kadar bersih pengagihan pendapatan
selepas zakat?
Berikut ialah contoh pengiraan kadar bersih pengagihan pendapatan dengan kaedah
al-Mustaghallat.
Kadar pengagihan pendapatan ASB: *5.75%
Kadar pengagihan pendapatan bersih
5.75% - (2.57% x 5.75%) = 5.60%
*Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB 2024.
Bagaimana dengan pengiraan zakat bagi unit amanah harga tetap ASNB yang mana
pengagihan pendapatan telahpun diagihkan sebelum implementasi kaedah
al-Mustaghallat secara kolektif?
Sekiranya pembayaran zakat telah dibuat sebelum pengenalan kaedah al-Mustaghallat,
zakat tersebut telah dianggap dibayar.
Walau bagaimanapun, jika zakat belum dilaksanakan, pemegang unit boleh mengaplikasi
kaedah al-Mustaghallat untuk mengira zakat dalam pelaburan unit amanah harga tetap
ASNB dan bayaran zakat boleh dibuat ke mana-mana pusat pungutan zakat berkaitan.
Adakah akaun Bijak/Remaja layak untuk pengiraan zakat?
Ya, pengiraan dan jumlah zakat bagi akaun Bijak/Remaja adalah berasingan dengan
akaun penjaga.
Adakah pihak ASNB akan menyediakan kalkulator zakat untuk kemudahan
pemegang unit mengira jumlah bayaran zakat?
Tidak, oleh kerana ASNB akan memberikan kemudahan kaedah pengiraan dan
pembayaran zakat secara kolektif (khultah) untuk unit amanah harga tetap ASNB, dimana
pemegang unit tidak perlu lagi mengira zakat secara individu.
Di mana saya boleh mendapatkan bantuan, penjelasan dan nasihat tentang kaedah
pengiraan zakat dengan lebih lanjut?
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau emel ke
asnbcare@asnb.com.my untuk bantuan lanjut.