Semua pemegang unit baharu dan sedia ada yang memenuhi kriteria kelayakan Unit Amanah yang ditawarkan dalam pakej ASB Plus (termasuk Akaun Dewasa dan/atau Akaun Remaja/Bijak).
ASB Plus ditawarkan di semua cawangan ASNB dan dalam talian melalui aplikasi myASNB serta portal myASNB di www.myasnb.com.my.
Pelaburan minimum sebanyak RM1,000 diperlukan bagi setiap transaksi dalam pakej ASB Plus.
Tidak ada jumlah pelaburan maksimum yang dikenakan bagi setiap langganan pakej ASB Plus. Walau bagaimanapun, semua langganan adalah tertakluk kepada baki unit individu anda yang masih tersedia untuk dibeli dalam ASB/ASB 2, ketersediaan unit ASB 2, dan had transaksi di saluran berkenaan, sekiranya ada.
Tiada had kepada bilangan pakej yang boleh anda langgani sepanjang tempoh kempen, selagi anda mempunyai unit individu mencukupi untuk dibeli dalam ASB/ASB 2.