HOW TO USEmyasnb_logo
HOW TO USEmyasnb_logo
  • Langkah 1:
    1. Layari www.myasnb.com.my.
    2. Klik ‘Daftar di sini’.
    3. Baca Terma & Syarat, tandakan kotak dan klik ‘Setuju’.

  • Langkah 2: Maklumat Pemegang Unit
    1. Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor kad pengenalan anda.
    2. Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik ‘Seterusnya’.

  • Langkah 3: Pengesahan Telefon Bimbit
    1. Jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, klik ‘Permintaan TAC’. SMS yang mengandungi nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda.
    2. Masukkan kod TAC yang diterima dan klik ‘Seterusnya’.

    3. Nota Penting:
      Sekiranya tiada nombor telefon yang dipaparkan atau nombor yang dipaparkan bukan milik anda, sila ke cawangan ASNB atau ejen untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda.
      *Jika tidak menerima kod TAC, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak perhubungan pelanggan telco anda memohon untuk ‘unblock’ penerimaan SMS dari nombor 62000.

  • Langkah 4: Pendaftaran Akaun
    1. Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda.
    2. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Tamat’.

    3. Penting: Pastikan anda mengingati ID Pengguna, Frasa Keselamatan dan jawapan untuk semua soalan keselamatan kerana ia diperlukan apabila anda log masuk ke myASNB kelak.

  • Langkah 5:
    1. Sila simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama.
  • Langkah 1:
    1. Layari www.myasnb.com.my dan klik ‘Log Masuk’.

  • Langkah 2:
    1. Masukkan ID pengguna dan klik ‘Teruskan’.

  • Langkah 3
    1. Pastikan frasa keselamatan yang tertera adalah sama dengan yang anda cipta sebelum memasukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa anda mendaftar.
    2. Klik ‘Teruskan’.

    3. *Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan bukan seperti yang anda cipta, JANGAN teruskan.

  • Langkah 4
    1. Kemaskini dan tukar kata laluan anda untuk tujuan keselamatan.
    2. Klik ‘Tukar Kata Laluan’ Setelah penukaran kata laluan, sila log masuk menggunakan kata laluan baru.

  • Langkah 5: Halaman utama portal myASNB
    1. Semak jumlah pelaburan terkini
    2. Senarai portfolio pelaburan serta baki terkini
    3. Jenis pelaburan (Tunai, KWSP & Pinjaman)
 

Back To Top