Program ‘Aspirasi Kecemerlangan KPBPNB’ bertujuan menggalakkan semua sekolah yang menaungi KPBPNB untuk mengambil langkah lebih proaktif dalam melaksana dan menyertai semua program dan aktiviti KPBPNB yang telah diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia dan menyampaikan ilmu dan maklumat berkaitan literasi kewangan dan pelaburan kepada pelbagai pihak menerusi program yang lebih inovatif dan bernilai tambah.
Bagi menggalakkan penyertaan aktif semua sekolah, ASNB memperkenalkan sistem kedudukan berdasarkan pengumpulan mata yang mana sekolah dengan mata terkumpul paling banyak akan berada pada kedudukan pertama, manakala sekolah dengan mata terkumpul paling sedikit akan berada pada kedudukan terakhir.
Papan mata (Leaderboard) kedudukan sekolah akan dimuat naik untuk sekolah mengetahui kedudukan terkini masing-masing pada setiap bulan.
Penentuan Kedudukan :
Penyumbang dan Mata Sumbangan
Program (30%)
*Pelaburan dan Akaun Baharu (50%)
Modul (20%)
*Sumbangan daripada Pelaburan dan Akaun Baharu yang
berkaitan ‘Rujukan’ akan dikira bermula Jun 2025