Celik MADANI merupakan program di bawah kelolaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dan tabiat menabung dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dan kolej vokasional di Malaysia.

Matlamat utama program ini adalah untuk membangunkan tahap celik kewangan generasi masa depan Malaysia serta memperkasakan pelajar dengan ilmu kewangan asas agar dapat membuat keputusan kewangan yang bijak pada masa depan. Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim semasa majlis perasmian program Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) pada 22 Ogos 2024.

Program Celik MADANI mensasarkan 200,000 pelajar setiap tahun untuk tempoh lima tahun, bermula dari tahun 2025 hingga 2030. Setiap pelajar yang layak akan menerima unit amanah percuma bernilai RM50, yang akan dikreditkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM). Program ini dibiayai melalui sumbangan bersama antara Kerajaan Malaysia dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM50 juta. Unit ini akan dikunci selama lima tahun sebagai galakan untuk menyimpan secara konsisten dan mengurus kewangan dengan bijak.​

Syarat Kelayakan

Kategori Pelajar Semester 1 di Institusi Pendidikan Terpilih​

CARA MENYERTAI CELIK MADANI

*Tertakluk pada terma & syarat

Manfaat Celik Madani

Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus Induk Tambahan Kedua bertarikh 1 April 2023, Prospektus Induk Tambahan Ketiga bertarikh 1 Disember 2023, Prospektus Induk Tambahan Keempat bertarikh 31 Disember 2024, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020, Prospektus Tambahan Pertama ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus Tambahan Kedua ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 1 April 2023, Prospektus Tambahan Ketiga ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 1 Disember 2023, Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021, Prospektus Tambahan Pertama ASN Equity Global bertarikh 1 April 2023, Prospektus Tambahan Kedua ASN Equity Global bertarikh 1 Disember 2023, Prospektus ASN Sukuk bertarikh 25 November 2022, Prospektus Tambahan Pertama ASN Sukuk bertarikh 1 April 2023 dan Prospektus Tambahan Kedua ASN Sukuk bertarikh 1 September 2024 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.

Kenyataan Penafian Pengiklanan Produk ASNB dan Perkhidmatan Berkaitan

Selaras dengan Garis Panduan Pengiklanan untuk Produk Pasaran Modal dan Perkhidmatan Berkaitan yang dikeluarkan oleh SC, semua iklan dan bahan promosi yang diterbitkan oleh ASNB adalah disemak oleh Jabatan Pematuhan, Permodalan Nasional Berhad dan tidak memerlukan semakan oleh SC. Pendaftaran / Penyerahan dokumen berkaitan dengan tabung ASNB tidak bermakna atau menunjukkan bahawa SC telah mengesyorkan atau mengesahkan tabung tersebut.

Amanah Saham Nasional Berhad (197901003200 (47457-V)). Syarikat Unit Amanah Permodalan Nasional Berhad (197801001190 (38218-X)). PENAFIAN .

Back To Top