Cara Penyertaan



Log masuk @myASNB
dan daftar Auto Labur


Pilih akaun yang dikehendaki
  1. Akaun Sendiri
  2. Minor
  3. Pihak Ketiga


Tetapkan minimum RM50 potongan bulanan atau tambah minimum RM20 untuk potongan bulanan sedia ada


Kumpul mata untuk setiap potongan bulanan dan pendaftaran yang berjaya

Kelayakan Penyertaan

  1. Pendaftaran baharu Auto Labur akan menerima tiga puluh (30) penyertaan.
  2. Pelanggan baharu perlu menetapkan pelaburan bulanan minimum sekurang-kurangya RM50 untuk unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan (ASM 2 Wawasan).
  3. Pelanggan sedia ada perlu meningkatkan potongan bulanan sebanyak RM20 diperlukan untuk menyertai kempen ini;
  4. Pemotongan Auto Labur Peserta mestilah berjaya sekurang-kurangnya sebanyak SATU (1) kali potongan berturut (bulan) setelah berjaya mendaftar Auto Labur (pendaftaran baharu) atau kenaikan potongan bulanan (pengguna Auto Labur sedia ada).
  5. Penyertaan adalah automatik dengan pendaftaran dan langganan Auto Labur @ myASNB mengikut kelayakan seperti yang dinyatakan.
  6. Mata penyertaan diberi berdasarkan kategori berikut:

    Kelayakan Untuk Mendapat Penyertaan Bilangan Penyertaan Tambahan Penyertaan Catatan
    Pelaburan Bulanan RM50 - RM99 10 +30 (peningkatan RM20 potongan bulanan) Penyertaan diperoleh setiap kali potongan bulanan berjaya.
    RM100 - RM499 50
    RM500 dan ke atas 100
    Pendaftaran Ya 30 Penyertaan diperoleh sekali semasa pendaftaran.
    50 Penyertaan diperoleh semasa MSAM 2023 berlangsung


  1. Hadiah keseluruhan berjumlah RM250,000 untuk 607 orang pemenang diberikan dalam bentuk unit amanah ASNB. Hadiah terperinci seperti berikut:

    Hadiah Utama

    Hadiah Utama Jumlah Pemenang  Hadiah
    Hadiah Pertama 1 RM30,000​
    ‘Target Investment Plan’​
    Hadiah Ke-2 3 RM10,000
    ‘Target Investment Plan’ ​
    Hadiah Ke-3 4 RM5,000
    ‘Target Investment Plan’  
    Saguhati 200 RM500 unit amanah


    Hadiah Bulanan​

    Bulan Jumlah Pemenang​ Hadiah
    September 2023 100 RM200 unit amanah
    Oktober 2023 100 RM200 unit amanah
    November 2023 100 RM200 unit amanah
    Disember 2023 100 RM200 unit amanah


  2. Pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan berkomputer yang diuruskan oleh pihak ASNB. ​
  3. Pemenang Hadiah akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:

    Kategori Hadiah Kriteria Pemilihan Pemenang
    Hadiah Bulanan
    1. Pemenang akan dipilih daripada kumpulan peserta yang layak setiap bulan merangkumi pengguna Auto Labur baharu dan sedia ada.
    2. Peserta yang melakukan jualan balik pada bulan tersebut akan membatalkan kelayakan peserta untuk cabutan secara rawak untuk kategori Hadiah Bulanan.
    Hadiah Utama
    1. Pemenang akan dipilih daripada kumpulan peserta yang layak dari awal hingga akhir Tempoh Kempen.​
    2. Jumlah penyertaan peserta akan dikumpulkan hingga akhir Tempoh Kempen berdasarkan setiap potongan bulanan yang berjaya.​
    3. Peserta yang melakukan jualan balik sepanjang Tempoh Kempen akan membatalkan kelayakan Peserta untuk cabutan secara rawak untuk kategori Hadiah Utama.​
    4. Peserta yang telah memenangi Hadiah Bulanan tidak layak untuk pemilihan Hadiah Utama.

  4. Senarai Pemenang akan diumumkan oleh ASNB melalui www.asnb.com.my atau platform media sosial yang diuruskan oleh ASNB. ​
  5. Target Investment Plan ialah hadiah dalam bentuk unit Amanah yang akan dikekalkan dalam akaun pemenang selama 2 tahun.
  6. Bagi hadiah berbentuk unit amanah, ianya tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan akan dikreditkan ke dalam akaun unit amanah pemenang selepas 90 hari dari pengumuman pemenang. ​

  1. Apakah kempen ‘Jom Auto Labur’?
    Kempen ‘Jom Auto Labur’ bertujuan menggalakkan pelabur menggunakan kemudahan Auto Labur untuk pelaburan konsisten setiap bulan. Pelabur yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM250,000 yang ditawarkan.​

  2. Berapa lamakah kempen ini akan berlangsung?
    Kempen ini berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember 2023.

  3. Siapakah yang boleh menyertai kempen ini?
    Kempen ini terbuka kepada semua pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan (ASM 2)* termasuk akaun minor dan pihak ketiga.
    * Tertakluk kepada unit-unit Bumiputera yang sedia ada.

  4. Bagaimanakah untuk layak menyertai kempen ini?​
    1. Pendaftaran baharu Auto Labur akan menerima TIGA PULUH (30) penyertaan samda melalui portal atau aplikasi myASNB.
    2. Pelanggan baharu perlu menetapkan pelaburan bulanan minimum RM50​.
    3. Pelanggan sedia ada perlu meningkatkan potongan semasa mereka sehingga RM50 (minimum) dan sekiranya potongan sudah melebihi jumlah minimum, tambahan potongan bulanan sebanyak RM20 diperlukan untuk menyertai kempen ini
    4. Pemotongan Auto Labur Peserta mestilah berjaya sekurang-kurangnya sebanyak 1 kali potongan dalam Tempoh Kempen.
    5. Mata penyertaan diberi berdasarkan jumlah potongan bulanan seperti berikut


    Kelayakan Untuk Mendapat Penyertaan Bilangan Penyertaan Tambahan Penyertaan Catatan
    Pelaburan Bulanan RM50 - RM99 10 +30 (peningkatan RM20 potongan bulanan) Penyertaan diperoleh setiap kali potongan bulanan berjaya.
    RM100 - RM499 50
    RM500 dan ke atas 100
    Pendaftaran Ya 30 Penyertaan diperoleh sekali semasa pendaftaran.
    50 Penyertaan diperoleh semasa MSAM 2023 berlangsung


  • Bolehkah saya menyertai Kempen ini jika saya belum mempunyai akaun unit amanah ASB atau ASM 2?
    Tidak boleh. Anda perlu mempunyai tabung unit amanah ASB atau ASM 2 terlebih dahulu. Sekiranya anda merupakan pelabur sedia ada mana-mana unit amanah ASNB yang lain, anda boleh membuka akaun ASB dan/atau ASM 2 menerusi portal atau aplikasi mudah alih myASNB. Bagi pelabur baharu, anda boleh membuka akaun unit amanah ASNB melalui aplikasi mudah alih myASNB atau pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Dokumen yang diperlukan bagi pelabur baharu ialah kad pengenalan anda.

  • Bagaimana caranya untuk mendaftar myASNB
    Anda perlu muat turun aplikasi myASNB dan selepas berjaya mendaftar myASNB anda boleh mula menggunakan kemudahan Auto Labur.

  • Adakah saya masih layak menyertai kempen ini sekiranya saya melanggan Auto Labur tetapi kemudiannya membatalkan langganan/ pelaburan?
    Untuk layak, pemotongan Auto Labur Peserta mestilah berjaya sekurang-kurangnya sebanyak SATU (1) kali potongan (1 bulan) setelah berjaya mendaftar Auto Labur (bagi pengguna Labur Auto baharu) atau kenaikan potongan bulanan (pengguna Labur Auto sedia ada).

  • Bagaimana untuk memastikan saya kekal layak untuk menyertai kempen ini?
    Anda perlu memastikan potongan Auto Labur anda dilaksanakan tanpa gangguan untuk tempoh 1 bulan dalam Tempoh Kempen.
    Justeru sebelum memuktamadkan pendaftaran dan potongan bulanan, anda perlu memastikan perkara berikut disemak terlebih dahulu:
    1. Baki ASB yang masih boleh anda labur;
    2. Jumlah potongan bulanan yang anda tetapkan untuk Auto Labur berada dalam had pemindahan yang anda benarkan untuk kemudahan
    3. pemindahan di bank anda;
    4. Mempunyai baki yang cukup dalam akaun pada tarikh pemotongan yang anda tetapkan; dan
    5. Bank anda menawarkan kemudahan Perbankan Internet FPX.

  • Bila dan bagaimana pemenang akan diumumkan?
    1. Pemilihan pemenang adalah secara rawak menggunakan sistem berkomputer yang dibangunkan ASNB;
    2. Pemenang saguhati bulanan (dalam bentuk unit amanah) akan dipilih dan diumumkan setelah satu (1) pemotongan berjaya.
    3. Senarai Pemenang akan diumumkan oleh ASNB melalui www.asnb.com.my atau platform media sosial yang diuruskan oleh ASNB;

  • Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini?
    Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di 03 -7730 8899 atau melalui e-mel di asnbcare@pnb.com.my untuk maklumat lanjut.
    Anda juga digalakkan membaca Terma dan Syarat untuk memahami mekanisma kempen ini.

  • Sekiranya saya membuat Auto Labur untuk akaun minor anak saya, adakah saya yang layak menyertai Kempen ini?
    Tidak. Penyertaan akan diberikan kepada akaun minor anak anda kerana pelaburan Auto Labur tersebut dikreditkan ke dalam akaun minor. Ini juga terpakai sekiranya anda membuat potongan Auto Labur untuk akaun pihak ketiga.
  • Senarai penuh pemenang Jom Auto Labur 2023

    HADIAH UTAMA

    September

    Oktober

    November

    Disember

    Back To Top