Kemudahan untuk anda

Semuanya di hujung jari anda bersama Aplikasi
myASNB kini dengan ciri dan wajah baharu.

Soalan Lazim


Ria adalah aplikasi pelaburan automatik daripada ASNB yang dilesenkan melalui rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ria berfungsi menggunakan algoritma dan Teori Portfolio Moden untuk membentuk dan menguruskan portfolio pelaburan secara peribadi. Setelah meneliti profil risiko dan pelaburan pilihan, Ria memperuntukkan pelaburan anda di dalam pelbagai dana unit amanah saham ASNB, dengan tujuan untuk mencapai pulangan yang optimum dengan risiko yang minimum.

Ria berbeza daripada penasihat robo yang lain dengan menawarkan portfolio yang terdiri daripada dana unit amanah saham ASNB, yang mempunyai fokus pada ekuiti Malaysia dan ekuiti global serta sukuk (bon Islam). Selain itu, Ria menyediakan platform mesra pengguna di dalam aplikasi myASNB, pengimbangan semula berkala, pengoptimuman dan kepakaran tempatan, semuanya dengan yuran yang kompetitif.

Ria juga mendapat sokongan daripada Amanah Saham Nasional Berhad, sebuah syarikat pengurusan amanah saham yang dipercayai dan mempunyai lebih dari 40 tahun pengalaman dalam industri pelaburan.

Jumlah permulaan minimum untuk anda melabur dalam Ria ialah RM100, dan jumlah minimum pelaburan berikutnya juga ialah RM100. 

Jumlah permulaan minimum yang rendah untuk melabur dalam portfolio yang dipelbagaikan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dalam pasaran modal di kalangan rakyat Malaysia untuk mendapat manfaat dari pulangan pelaburan jangka masa panjang.

Individu yang merupakan warganegara Malaysia boleh membuka akaun dengan Ria.

Anda memerlukan MyKad dengan alamat tetap di Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Anda juga memerlukan alamat e-mel yang sah dan akaun bank di Malaysia yang aktif untuk proses pemindahan dana masuk dan keluar dari akaun Ria anda.

Ria, melalui ASNB, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital (DIM). Di bawah rangka kerja tersebut, Ria diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang menggabungkan teknologi inovatif ke dalam perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara automatik menurut Jadual 2 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.

Melabur dalam Ria melalui unit amanah yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebuah syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB telah difatwakan sebagai "Harus" atau dibenarkan di sisi Syarak oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan semua Majlis Fatwa Negeri di Malaysia.

Ria adalah perkhidmatan pelaburan yang direka untuk membantu pelabur meningkatkan nilai pelaburan mereka melalui portfolio dana yang dipelbagaikan, manakala akaun simpanan bank adalah akaun deposit yang membolehkan individu menyimpan wang dan memperoleh kadar faedah/keuntungan atas deposit mereka.

Ria mempunyai risiko yang tinggi, tetapi juga menawarkan potensi pulangan yang lebih tinggi, manakala akaun simpanan bank ialah pilihan berisiko rendah yang menawarkan pulangan yang lebih rendah.

Untuk deposit sekali, transaksi anda akan muncul dalam akaun RIA anda antara 3-6 hari perniagaan.

Untuk Auto Labur, ia mungkin mengambil masa sehingga 7 hari perniagaan dari tarikh potongan yang dijadualkan untuk status transaksi disahkan oleh pemegang amanah (custodian). Setelah diluluskan oleh pemegang amanah (custodian), urus niaga mungkin mengambil masa antara 3-6 hari perniagaan untuk dipaparkan dalam akaun RIA anda. Auto Labur mungkin dipaparkan dalam akaun RIA anda seawal 4 hari perniagaan dan selewatnya 13 hari perniagaan selepas tarikh potongan yang anda jadualkan. Memandangkan pemprosesan Auto Labur melibatkan pelbagai langkah dan pihak (dalam menyatukan urus niaga dalam bank dan antara bank), jumlah urus niaga yang meningkat boleh mengakibatkan kelewatan untuk pemegang amanah meluluskan dan untuk urus niaga dipaparkan dalam akaun RIA anda.

Ria boleh diakses secara eksklusif melalui aplikasi myASNB. Jika aplikasi myASNB mengalami gangguan dan tidak boleh diakses, Ria juga tidak boleh diakses oleh pelabur Ria.

ASNB akan menguruskan gangguan kepada platform Ria (contoh, penyelenggaraan berjadual) dan akan memaklumkan pelabur Ria sekiranya terdapat masa henti yang dijangka berpanjangan.

Cadangan untuk Ria

Beritahu kami apa yang boleh ditambah baik.
Undi idea sedia ada atau cadangkan yang baharu.

Back To Top