Panduan anda untuk pendaftaran dan pelaburan mudah alih dengan myASNB

Pantas

Senang, selamat dan pantas.
melabur kini lebih mudah untuk semua.

Mudah

Belum pernah melabur? Daftar melalui aplikasi dan anda boleh mulakan pelaburan dengan mudah.

Terbuka

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Pengguna myASNB baharu dan sedia ada boleh terus mula melabur.

Bagaimana untuk bermula

  • Muat turun aplikasi myASNB
  • Pengguna kali pertama aplikasi myASNB: Klik ‘Daftar’
  • Lengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan identiti dalam aplikasi
  • Jawab 6 soalan mudah
  • Mula melabur

Muat turun aplikasi myASNB

  • Jika ini kali pertama anda menggunakan aplikasi myASNB, klik ‘Daftar’. 
  • Jika anda pernah menggunakan portal myASNB sebelum ini, klik ‘Log Masuk’.
  • Jika anda tidak pasti pilihan mana yang betul, klik ‘Daftar’ dan ikut arahan yang dipaparkan di skrin.


  • Setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memiliki MyKad boleh membuka akaun ASNB menerusi aplikasi myASNB. Walau bagaimanapun, pemastautin Amerika Syarikat dan pemastautin cukai luar negara (iaitu pemastautin cukai di negara selain daripada Malaysia) dikehendaki hadir ke cawangan ASNB atau ejen untuk  membuka akaun. 
  • Bagi individu yang mempunyai pengenalan diri selain MyKad (contohnya Tentera, Polis), sila ke cawangan ASNB atau ejen yang terdekat.

Sila klik ‘Log Masuk’ dan masukkan ID pengguna dan kata laluan anda.


Sila klik ‘Log Masuk’ dan pilih ‘Lupa ID Pengguna’ atau ‘Lupa Kata Laluan’ seperti yang terpapar di skrin, dan ikut arahan yang diberikan.


Sila klik ‘Log Masuk’ dan pilih ‘Lupa ID Pengguna’ atau ‘Lupa Kata Laluan’ seperti yang dipaparkan di skrin, dan ikut arahan yang diberikan.


  • Pilih tabung unit amanah yang anda inginkan.
  • Masukkan jumlah yang anda ingin laburkan.
  • Pilih bank daripada senarai FPX atau e-wallet.
  • Anda akan dibawa ke laman log masuk bank atau e-wallet untuk melengkapkan transaksi.

  • Jika anda seorang pelabur baru yang ingin mendaftar untuk tabung unit amanah ASNB buat kali pertama, jumlah minimum ialah RM10. 
  • Jika anda seorang pelabur ASNB sedia ada yang ingin melabur di dalam unit amanah harga tetap yang baru atau ingin membuat pelaburan tambahan ke tabung unit amanah harga tetap ASNB, jumlah minimum ialah RM100.
  •  
  • Jika anda seorang pelanggan ASNB sedia ada yang ingin melabur di dalam unit amanah harga berubah yang baru, jumlah minimum ialah RM150.

Semua unit amanah yang diuruskan oleh ASNB boleh dilanggan menerusi aplikasi myASNB, tertakluk kepada kelayakan. Sila lihat semua unit amanah kami di sini.


  • Pindahan wang tidak boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi myASNB. Anda boleh ke cawangan ASNB atau ejen yang terdekat jika ingin memindahkan wang daripada akaun ASNB. 
  • Sila layari halaman kami Pemindahan & Penukaran untuk maklumat lanjut. 

  • Proses pendaftaran aplikasi my ASNB biasanya mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk dilengkapkan. 
  • Namun, dalam kes tertentu, ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk sistem melengkapkan proses pengesahan identiti.

  • Anda boleh mulakan pelaburan anda melalui aplikasi myASNB setelah anda menerima SMS yang mengesahkan bahawa pendaftaran akaun anda berjaya.
  • Pastikan anda menggunakan akaun bank di bawah nama anda sendiri untuk membuat pelaburan.

  • Aplikasi myASNB menggunakan protokol keselamatan terbaik yang memenuhi semua peraturan kawal selia, termasuk semasa pendaftaran secara dalam talian melalui peranti mudah alih.
  • Anda dikehendaki memilih satu frasa keselamatan dan satu kata laluan yang unik untuk tujuan log masuk dan membuat transaksi melalui aplikasi myASNB. Sebagai alternatif, bergantung kepada model peranti mudah alih, anda juga boleh memilih untuk log masuk dengan menggunakan cap jari atau pengenalan wajah (Face ID).

  • Anda boleh membuat jualan balik sehingga RM1,000 sebulan melalui aplikasi myASNB. 
  • Sila pilih unit amanah dan klik ‘jualan balik’ daripada senarai transaksi.

Hanya individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki MyKad boleh membuka akaun dengan menggunakan aplikasi myASNB.


  • Sebarang kerosakan pada MyKad boleh menyebabkan kesilapan/isu timbul semasa proses pendaftaran. Anda mungkin perlu menggantikan MyKad anda dengan yang baru. Kemudian, sila cuba sekali lagi.
  •  
  • Sebagai alternatif, sila ke cawangan ASNB atau ejen untuk membuat pendaftaran akaun. Selepas itu, anda akan dapat mengakses akaun anda secara dalam talian dengan menggunakan portal atau aplikasi myASNB.

Anda akan dimaklumkan melalui SMS apabila pendaftaran anda berjaya.


  • Sila tutup aplikasi ini, buka semula, dan sambung proses di mana anda terhenti sebelum ini.
  •  
  • Sebagai alternatif, sila padamkan dan muat turun semula aplikasi ini, dan mulakan proses dari mula.
  •  
  • Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03- 7730 8899.

Had pelaburan maksimum melalui aplikasi myASNB ialah sehingga RM30,000 setiap transaksi bagi semua unit amanah.


Perkara yang anda ingin ketahui lebih lanjut

Semua unit amanah yang diuruskan oleh ASNB tersedia untuk pelabur di dalam aplikasi myASNB, tertakluk pada kelayakan. Lihat semua produk.


Ya,untuk maklumat lanjut, sila layari laman Pemindahan & Penukaran kami.


Ya, kami menawarkan Hibah Amanah untuk pelabur Muslim dan Pengisytiharan Amanah untuk pelabur lain.


Anda boleh muat turun penyata akaun daripada myASNB.


Muat turun aplikasi untuk bermula

Back To Top